topbella

21 December 2014

ULASAN FINAL PIALA AFF SUZUKI 2014

Pak Mat Tempe, Pak Dol Sarip, Mak Jemah, Mak Cik Jenab...confirm esok sana sini duk borak pasal bola noooo. Tak cukup sehari bawak ke esoknya pula.. Warung-warung, ofis-ofis dan merata-rata larrr dok cakap topik BOLA.

Sebentar tadi telah berakhirnya perlawanan Akhir bagi Piala AFF Suzuki edisi 2014. Ianya menyaksikan kemenangan bergaya di tempat lawan bagi pasukan Thailand dengan agregat 4-3. Tahniah untuk pasukan Thailand yang berjuang habis-habisan sehingga ke visel penamat. Untuk Kiatisuk, piala edisi kali ini pastinya sangat istimewa buat dirinya kerana mengenggam Piala AFF Suzuki sebagai jurulatih setelah memenanginya pada tahun 1996 sebagai salah seorang pemain. Good job...well done!!!

Berbalik kepada pasukan Malaysia pula, malam ini pastinya akan meninggalkan satu memori yang tak akan dilupakan oleh kesemua para pemain. Kekalahan di tempat sendiri pastinya amat perit ditambah pula dengan ribuan penyokong yang datang dari serata negeri memberi sokongan. Di saat Malaysia di ambang kemenangan, tiba-tiba segalanya berubah dalam hanya 10 minit yang terakhir. Apa sudah jadi???  Adakah keyakinan sudah berada pada tahap yang tertinggi atau kelekaaan lewat permainan yang menjadi pemusnah???

Di sini ingin aku kongsikan pandangan dan kritikan mengenai perlawanan yang berlangsung sebentar tadi:-

1) Jentera serangan yang sangat lemah

Bagi aku ini merupakan kelemahan yang sangat-sangat ketara. Walaupun aku tak berada di stadium, hanya menonton di skrin tv yang kecil tapi aku dapat lihat ketumpulan di bahagian serangan. Cuba kira berapa jaringan gol yang mampu dijaringkan oleh barisan penyerang negara untuk Piala AFF Suzuki kali ini? Hantaran-hantaran cantik dari bahagian tengah mahupun pertahanan gagal disudahkan oleh 'pemain penyerang'. What happen to them? Bola kat depan gol pun tak mampu nak sepak menerjah gawang apatah lagi bola larian solo yang sepatutnya membuahkan GOL. Tendangan dari 'pemain penyerang' pun aku rasakan sangat lemah kerana hampir semua cubaan dapat diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Thailand. Berbeza dengan pasukan Thailand, tendangan mereka sangat padu dengan larian-larian pantas. Mereka cukup bertenaga untuk mengegar gawang Malaysia walaupun ketinggalan dengan 3-0. 

Dimana penyerang-penyerang Malaysia yang berbisa? Adakah Malaysia sudah ketandusan barisan pemain penyerang yang hebat-hebat? Aku rasa tak kerana masih ramai calon pemain yang boleh dibawa ke skuad ini. Contohi liga-liga Inggeris mahupun pasukan bola sepak dunia, pemain-pemain terbaik pada ketika itu akan membarisi pasukan negara masing-masing. Tetapi itu tidak berlaku pada skuad Malaysia...Dimana pemain yang menerima anugerah Penyerang Terbaik untuk liga Malaysia pada tahun 2014? Tidak layak kah beliau untuk dibawa masuk membarisi pasukan negara ketika ini? Sebaliknya 'pemain penyerang' Malaysia yang dipilih dalam kesebelasan utama hanyalah pemain yang sekadar menghuni bangku simpanan ketika liga Malaysia. Kat situ kita dah boleh nampak kekurangannya kan...huhu. Alasan yang selalu kita dengar mereka tiada pengalaman, kekurangan aksi antarabangsa, tiada keserasian dalam pasukan. Hellllooooooo...untuk mendapat satu-satu pemain terbaik antara yang terbaik, mereka perlulah diberi pendedahan yang banyak dalam aksi antarabangsa walaupun masih di peringkat yang baru. Pilih pemain yang terbaik pada ketika itu dan bawa mereka untuk bermain dalam pasukan kebangsaan. Pada awalnya mungkin nampak macam susah untuk membentuk satu pasukan yang baik, mencipta keserasian bersama pemain-pemain yang akan digandingkan tapi itu tidak mustahil akan berjaya dan berhasil sekiranya semua pihak berganding bahu, berani mengambil risiko dan memberi pendedahan sedari awal lagi. Kalah dulu tak semestinya kita tak akan menang pada masa akan datang. 

Kemasukkan pemain import juga salah satu faktor yang meyumbang kepada kurangnya pendedahan kepada penyerang-penyerang negara kita. Pemain import diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan negeri masing-masing...pemain kita hanya duduk menunggu di bangku simpanan. 

2)Hantaran-hantaran cantik dari bahagian tengah

Tak dapat dinafikan lagi, untuk edisi AFF 2014 ini, barisan tengah Malaysia merupakan barisan yang menghadirkan jaringan gol untuk pasukan. Striker kat mane??? Striker kat mane?? Mereka bertindak cemerlang dengan memastikan sepakan menuju ke gawang gol. Pujian pastinya untuk Indra Putra dan Piya kerana sentiasa menghantar hantaran-hantaran cantik ke kawasan gol lawan tapiiiiiiii sayangnya gagal disudahkan oleh barisan serangan negara.Walaupun sudah berusia jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain tetapi pengalaman pastinya menjadi senjata utama mereka. Nampak tak corak permainan Malaysia terus kucar-kacir setelah Indra dikeluarkan. Keserasian barisan tengah yang telah dicipta pada awal perlawanan tidak mampu dikekalkan sehingga ke visel penamat. Tempiasnya juga terpalit pada barisan pertahanan yang bertungkus lumus dari awal mengekang asakan lawan. 

Satu lagi nama yang pastinya akan diingati utuk edisi kali ini adalah Safiq Rahim. Kebolehannya mengambil sepakan penalti mahupun sepakan percuma memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Aku masih ingat sepakan percuma yang dilakukan oleh Safiq Rahim ketika aksi antarabangsa menentang pasukan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil satu ketika dahulu. You are amazing!!!! Clap..clapclap!!! Kemenangn Safiq Rahim sebagai Penjaring terbanyak sedikit sebanyak mengubat kekecewaan pasukan negara kita. Tapi apapun, aku dapat rasakan perasaan Safiq Rahim sama macam Messi ketika menerima anugerah pemain terbaik perlawanan akhir Piala Dunia 2014  yang mana pasukannya Argentina tewas kepada Germany 1-0 dalam masa tambahan. Ok...yang ni aku teka je...hehe

3)Kelekaan barisan pertahanan membawa padah

Walau apa sekalipun kata-kata orang untuk barisan pertahanan Malaysia, aku tetap rasa mereka TERBAIKKKKKK. Mereka sentiasa berusaha untuk mengekang asakan lawan sedari awal visel ditiupkan lagi. Mereka sentiasa cuba untuk mematahkan asakan-asakan lawan dari menembusi gawang negara dan mengeluarkan bola dari kawasan gol negara kita. Tapiiiiiii cuba korang bayangkan perasaan permain-pemain pertahanan ni, mereka penat-penat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, membawa bola naik ke atas...sampai kat atas bola tu pasti terlepas dari jentera serangan. Even depan gol pun tak mampu nak tendang masuk.Ayoyoyo.. Pastu akan keluarlah tajuk kelekaan pertahanan punca kekalahan. Sedangkan aku nampak mereka bertahan habis-habisan untuk memastikan lawan sukar menembusi kawasan negara kita.

Shukor Adan you did a great job as a capten. Aku selalu nampak dia macam marah-marah kalau ada pemain yang membuat silap dan rajin memberi arahan kepada rakan-rakan sepasukan. Zubir Azmi satu lagi pemain yang aku rasakan sangat berkeyakinan. Beliau merupakan pemain yang paling lama bermain untuk edisi AFF 2014. Beliau sentiasa berada dalam kesebelasan utama negara dan akan bermain untuk masa penuh 90 minit. Zubir boleh diangkat sebagai salah satu contoh permain yang bermula dari bawah dengan menyertai pasukan sukma negeri Terengganu sebelum dibawa masuk ke pasukan negeri Terengganu. Beliau seterusnya bermain untuk skuad Harimau Muda Malaysia dan sekarang ini dipilih membarisi skuad utama pasukan kebangsaan. Big congrats Zubir!!! Nampak tak kat situ pendedahan sejak dari usia muda dengan pelbagai peringkat kejohanan negeri, kebangsaan, asean, asia dan antarabangsa menjadikan beliau pemain yang berpotensi tinggi walaupun pada usia yang masih muda. 

Apapun perlawanan sudah tamat. Tiada apa yang mampu mengubah keputusan yang tercatat tadi. Ayuh rakyat Malaysia salurkan semangat positif kepada para pemain negara kita. Sangat perit untuk ditelan kerana kita sudah hampir diambang kemenangan dalam membawa maruah negara, mengibar bendera kita, diatas padang kita dengan bersaksikan puluhan ribu penyokong kita sendiri tapi kita KECUNDANG. 

Sekian sahaja ulasan tak berbayar dari aku. Setiap orang bebas mengutarakan pendapat dan pandangan masing-masing kan??? Ini blog aku so mitak ampun kalau ada pembaca yang kurang menggemari. SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!!

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile