topbella

30 March 2016

MAAF...

Assalamualaikum...

Kehadapan pembaca-pembaca, pengikut-pengikut dan pembaca senyap blog kesayanganku. Apa khabar semuanya???

Sehingga ke hari ini blog ini dah mendapat pageviews sebanyak 145177. Ramai juga rupanya yang baca blog ni. Terharu sangat. Sedikit throwback...blog ini mula didaftar sejak tahun 2009 lagi dan saya mula menulis secara aktif bermula Febuari 2010. Dah 6 tahun usia blog ni dan pelbagai cerita dah saya coretkan disini. Saya menulis tentang family kesayangan saya, percutian-percutian saya, resepi, study, pandangan dan pelbagai lagi.

Ok, berbalik kepada tajuk entri diatas...saya selaku pemilik blog ini ingin memohon maaf kepada semua yang telah sudi membaca, meninggalkan jejak dan tak kurang juga yang meninggalkan komen kerana tidak membalas komen-komen kamu semua. Sorry!!!!

Bila diselongkar balik entri-entri lama ramai juga yang bertanya itu dan ini. Saya rasa bersalah pula kerana tidak dapat membantu kalian semua. InshaAllah lain kali saya lebih alert.

(antara komen-komen yang tidak dibalas)

Semenjak menggunakan smartphone ni, blog dilayari menggunakan handphone. Paparan handphone adalah secara minimal je. Nak puas kena bukak blog dekat laptop ataupun desktop. Sebab tu saya banyak terlepas menjawab pertanyaan-pertanyaan anda semua.

(pertanyaan di kotak mesej fb)

Dipenjuru kanan blog ini, ada saya letakkan link fb juga untuk memudahkan pertanyaan kamu semua. Mesej akan masuk ke kotak inbox saya dan bila saya bukak saya reply k. Untuk yang request nak jadi friend kt FB tu maaf saya tak approve orang yang saya tak kenal. Just leave your message there. 

(dari blog ke fb)

Sekali lagi saya mohon maaf dan terima kasih kerana terus menyokong blog ini walaupun takdelah selalu saya update. Saya akan update kalau ada cerita, info dan pengalaman yang hendak dikongsi. Blog ini adalah diari perjalanan hidup saya diselang selikan dengan perkara-perkara lain juga. 

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Setiap perkongsian adalah sebagai kenangan untuk masa akan datang dan tidak ada sebarang unsur riak mahupun ingin menunjuk-nunjuk. 

AKHIR KATA...TERIMA KASIH SEMUA...

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile