topbella

28 March 2016

MASALAH HANTARAN KAHWIN

Assalamualaikum...

Kehadapan pembaca-pembaca dan pengikut blog It's My Life hari ini aku rasa terpanggil untuk mengulas mengenai tajuk akhbar Kosmo yang tertera di bawah ini. 

Keratan akhbar ini dah lama tapi kembali viral setelah tercetusnya isu hantaran 15k. Aku turut mengikuti perjalanan kisah itu di laman-laman sosial. Korang rasa wajar ke tak? Tepuk dada jawapan ada pada diri masing-masing.

Ok...berbalik kepada isu hantaran kat bawah ini...aku sekeras-kerasnya menentang statistik yang dinyatakan dibawah. Nak tau kenapa??? Tidakkah pelik jika wanita itu dinilai pada skrolnya tapi bukan pada akhlaknya, kebaikannya dan kemahiran rumah tangga yang ada padanya.
Untuk pengetahuan semua sebagai pelajar yang mempunyai kelulusan yang agak baik, aku rasa untuk menjadi seorang isteri tidak perlulah diukur pada taraf pendidikannya kerana dalam skrol tu takde pun istilah hebat ke power ke bijak ke. Apa yang penting sekarang ni adalah menjadi seorang isteri yang baik untuk suami. 

Teristimewa buat lelaki-lelaki bujang kat luar sana yang masih tercari-cari pasangan pelengkap hidup, jangan sempitkan pemikiran kamu hanya dengan melihat pada taraf pendidikan seorang wanita. Kebahagiaan rumahtangga bukan diukur dari situ. Tak salah pun memiliki isteri yang mempunyai pencapaian lebih tinggi dari kamu. Ianya adalah satu bonus buat kamu. Kamu adalah insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk memiliki wanita yang rajin belajar. 

Mungkin ada sesetengah lelaki yang mempunyai pencapaian agak rendah takut untuk mendekati wanita-wanita berpendidikan tinggi kerana mereka rasa takut dan tak layak untuk berkawan dengan golongan tersebut. 

Hello my dear gentleman...kamu akan jadi ketua keluarga, pengemudi rumahtangga, imam kepada isteri dan bapa kepada zuriat-zuriat kamu. Kamu seharusnya buang segala rasa rendah diri itu dan kamu perlu sentiasa berani untuk mendepani isu ini. Tak ada istilah isteri lagi tinggi dari suami

Tidak dapat dinafikan perempuan-perempuan lebih rajin belajar jika nak dibandingkan dengan lelaki, tapi janganlah pula kamu takut untuk mendekati mereka. Mereka juga ingin berkahwin dan memiliki suami yang akan mengepalai rumahtangga kelak. Jika lelaki-lelaki diluar sana tak mampu untuk ubah persepsi itu, maka tak mustahil akan ada lambakan anak dara pada masa akan datang. 

Untuk pengetahuan lelaki diluar sana bukan semua yang berpelajaran tinggi itu akan meletakkan wang hantaran yang mahal. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyusahkan pihak sebelah lelaki. Hari ini banyak 'cendawan segar' tumbuh melata tapi maharnya sangat rendah. 

'Nilailah seorang wanita itu dengan mata hati bukan pada skrolnya' InshaAllah dapat penyejuk mata dan penenang jiwa. 

Berbaliklah pada Islam dalam mencari pasangan hidup. Nikahilah mereka kerana perkara-perkara berikut:-  

  • beriman & solehah
  • rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
  • tidak memandang harta semata-mata

Can you see...takde pun dinyatakan taraf akademiknya disitu. Jadi jangan jadikan keratan akhbar itu sebagai panduan mencari teman hidup. 

Bagi diri aku sendiri pula, aku sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan seorang yang menjaga solatnya supaya nanti dia mampu untuk kejutkan aku untuk solat bersama. Seorang yang menerima segala kekurangan aku kerana dia nanti yang akan menutup kekuranganku. Seorang yang menghormati ibu bapa aku supaya aku juga mampu menyayangi ibu bapa dia seperti ibu bapaku sendiri. Dan yang paling penting BERSIH DAN KEMAS. Aku sangat allergik dengan orang yang suka buat sepah. Sorry

Pesan Abahku...nak dapat suami yang baik kita kena jadi baik, nak dapat suami penyabar kita kena jadi penyabar, nak dapat suami bertanggungjawab kita kena jadi bertanggungjawab dan kalau nak yang bersih kenalah jadi bersih Fiza oiiiii. To be honest aku ni OCD punya type. 

Buat bakal suamiku yang sentiasa didoakan (belum jumpa ok jangan silap faham) saya impikan sebuah majlis perkahwinan yang sesederhana mungkin tanpa perlu membuat pinjaman pun, saya akan pastikan awak tak bankrup  jika berkahwin dengan saya, tak kisahlah awak belajar sampai manapun PMR ke SPM ke Diploma ke janji awak ada kerja yang halal dan saya akan sayang awak dan seluruh keluarga awak macam family saya sendiri.... AMIN

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile