topbella

10 June 2016

PABILA RAMADHAN MENJELMA...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1437H. Alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih meminjamkan nikmat usia dan kesihatan untuk bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun ini. 

Ramadhan bulan mulia dan keterujaan menanti ramadhan memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak benda menarik yang kita akan temui bila ramadhan menjelang. Antaranya:- 

1) Solat Tarawih

Solat tarawih hanya boleh dilakukan dalam bulan ramadhan je. Jadi, marilah sama-sama kita usahakan untuk menyempurnakannya paling kurang 8 rakaat. Seusia aku 6 tahun aku mula didedahkan dan dilatih untuk solat tarawih oleh arwah nenek aku. Dan sehingga hari ini, aku sentiasa tertunggu-tunggu bulan ramadhan untuk pergi ke surau ataupun masjid untuk solat tarawih berjemaah. Kalau nak solat kat rumah pun boleh je. 

2) Mercun/ Bunga Api

Masuk je 1 Ramadhan, mulalah sana sini berdentum berdentam dengan bunyi mercun. Dah rupa macam duk negara yang tengah berperang plk rasa. Yang paling aku tak tahan kenapalah kebanyakkan bebudak ni suka main waktu orang tengah tarawih. Dah tu plk dekat dengan masjid, mujur xde sakit jantung. Kadang-kadang jemaah yang tengah sembahyang tu pun boleh terkejut. Orang cakap raya tak sah kalau xde mercun dan bunga api.Tapiiiii please larrr hormat jugak dengan jiran tetangga. Kekadang tu tengah2 malam boleh plk main mercun...kesian dekat baby-baby kecik yang tidur. Nak lagi syok masuk tv jari putus lar, mata lebam lar. Hmmm...macam2. Tak salah pun naik main tapi tahu hormat waktu, tempat dan tetangga. 

3) Bazar Ramadhan

Syurga makanan dah datang. Waktu bulan ramadhan ni lah segala macam makanan yang jarang-jarang jumpa akan memunculkan diri. Segala mak nek kuih-muih akan dijual. Tapi kalau difikirkan logik, bulan ramadhan buat apa lah nak jual banyak-banyak, sedangkan waktu makan singkat je. Kenapalah tak dijual dalam 11 bulan yang lain tu ye. Bulan ramadhan tu jugak lah rasa nak makan tu nak makan ni. Habis waktu 11 bulan yang lain tu tak plk pergi makan. Percayalah dapat sepinggan nasi dengan segelas air yang sejuk tu pun dah boleh buat perut kenyang. Mulalah kuih2 yang dibeli dari bazar tu tak berapa nak usik. End up masuk tong sampah sebab basi. 

4) Tadarus Al-Quran

Sana sini sibuk  dengan aktiviti tadarus bila datangnya bulan ramadhan. Maka wujudlah kumpulan-kumpulan kecil di jabatan, sekolah mahupun tetangga. Berlumba-lumba nak khatamkan Al-Quran. Ye aktiviti ni sangat bagus tapi adakah kita istiqamah untuk bulan-bulan selepas ramadhan. Jangan mengaji bila ramadhan je ye. Usahakan jugak dalam bulan-bulan lain. 

5) Lailatul Qadar

Rebutlah ia di 10 malam terakhir ramadhan. Yang pasti hanya insan-insan terpilih sahaja akan dipertemukan dengan malam ini. Berusahalah kita untuk memanfaatkan malam2 tersebut dengan amalan-amalan sunat kerana malam Lailatul Qadar hanya hadir sekali dalam bulan ramadhan. 

Akhir kata, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Moga amalan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Perkongsian ini lahir dari pandangan mata dan hati. Maaf sekiranya ada yang terguris kerana ia selebihnya adalah peringatan untuk diri sendiri. 

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile