topbella

06 December 2016

SUMMER IN PERTH : DAY 1

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi dalam segmen travel di It's My Life. Ini merupakan percutian yang keempat untuk tahun 2016. Kali ini pergi waktu cuti sekolah. Perancangan untuk trip kali ini adalah yang paling singkat. Yes...everything. Tiket mula ditempah sebulan lebih dari tarikh berlepas. 

Day 1, (29 November 2016)

Kami memilih penerbangan Airasia. Bertolak dari KL Sentral menggunakan ERL untuk ke KLIA2. Flight kami dijadualkan akan berlepas pada jam 10.10 pagi. Tapi disebabkan kesesakan trafik di landasan semua penerbangan perlu beratur menunggu giliran untuk take off. Dekat satu jam jgklah duduk dalam flight tu sebelum berlepas. Penerbangan ke Perth mengambil masa 5 jam 35 minit. 

1) Perth International Airport

Alhamdulillah selamat mendarat di Perth around 4.30 pm Waktu Perth dengan Malaysia sama je. Waktu kami sampai tu, tiada penerbangan lain yg mendarat, so tak perlulah nak beratur panjang sangat dengan kaunter immigration tu. Maka bermulalah pengembaraan kami, melalui kawasan security check yg sangat byk, aku kira ada dalam 6 kali aku kena stop dan tunjukkan dokumen perjalanan. Yg paling tak tahan waktu dekat pemeriksaan yg ada anjing tu. Anjing tu datang hidu dekat beg and seluar kita. 


2) Kedai Simcard 

Keluar je dari Arrival Hall terus cari kedai simcard. Dari jauh dah boleh nampak Optus. Caj yang dikenakan adalah AUD2 untuk sehari dengan 500MB data sehari. So, bayar AUD 10 untuk 4 hari. Sangat cukup dan kami beli hanya satu simcard dan share via tethering je. 

Settle kat situ pergi amik a few guide book about Perth  dan free je. Kemudian pergi cari surau utk solat. Konsep kat sini unisex campur lelaki dengan perempuan. So, kena pandai-pandailah nak solat camne. Satu lagi botol air mineral mesti ada sebab toilet takde air. Nak travel negara mat salleh so jangan ingat toilet sama macam Malaysia. 

 3) Transperth (public transport in Perth)


Sebelum datang sini dah sesiap google camne nak bergerak ke sana sini. Tak susah pun sebab Perth memang public user friendly. Naik je bas or tren. Kami keluar dari airport dan tunggu bas dekat bus stop yang disediakan. Just to be alert dengan nombor bas yang kita nak naik tu. Tiket AUD 4.60 dan boleh digunakan dalam masa 2 jam. Berapa kali nak tukar bas tak kisah janji tiket valid untuk tempoh dua jam. Untuk sampai ke bilik penginapan kitaorg perlu naik 3 bas.

4) Curtin University

Bas yang kitaorg naik kali yg kedua tu stop dekat station Curtin University. Sementara nak tunggu bas yang ketiga tu sempatlah jalan-jalan dan amik gambar kejap dekat situ. Ok lar untuk kenangan. Nak belajar kat luar negara tak dapat, dapat bergambar pun jadi lar. 


 5) Air BNB, Wilson

Untuk penginapan plk, kitaorg tempah melalui Air BNB. Satu bilik untuk dua orang. Owner dia orang Indonesia. Semua kelengkapan cukup mesin basuh, iron even nak masak pun boleh. 



Untuk hari pertama ni, kitaorg just rehat sebab esoknya nak travel seharian. Konsep backpacker ni memerlukan kekuatan fizikal dan mental sebab nak tukar-tukar bas or tren and then nak jalan lagi.

TO BE CONTINUED...

21 September 2016

16 YEARS


When she is a daughter, she opens a door of JANNAH for her father.
When she is a wife, she completes half of the deen for her husband.
When she is a mother, JANNAH life under her feet.

If everyone knew the true status of a muslim women in Islam. 
Even the men would want to be a woman.
The Women - Sheikh Akram Nadawi


P/S:- whoever reading this post, please recite Al-Fatihah to my beloved late grandmother Zainab Bt Awang (21 Sept 2000 - 21 Sept 2016)

19 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 4

Assalamualaikum...



...sambungan...


Day 4, (3 September 2016)

Hari terakhir di Bandung. Nak balik dah...alah tak puas lagi jalan. Jam 5 pagi masing-masing dah bangun untuk bersiap. Beg semua dah siap kemas malam lagi. Tinggal bangun untuk mandi dan solat. 

1) Orange Homes Hotel


Dekat depan bilik kami ada kolam ikan. Menghirup udara segar awal pagi sambil melihat ikan-ikan berkejaran. Ada set sofa juga untuk duduk berehat dan santai. Sempat lar duduk kejap situ sebelum pergi check out. 


Kami check out jam 6 pagi dari hotel. Dengar 6 pagi je macam awal kan tapi Bandung dah cerah waktu tu. Bandung kan lambat satu jam dari Malaysia. Kami tak sempat breakfast pun sebab cafe mula beroperasi jam 7. Pergi receptionist untuk serah kunci dan masukkan segala beg ke dalam Avanza sebelum bergerak ke airport. 

2) Bandara Hussien Sastera Negara, Bandung


Sampai airport, pergi timbang segala beg untuk dimasukkan ke dalam kargo. Ramainya orang waktu ni. Disebabkan luggage atas nama aku, so aku beratur kat sini settlekan luggage sementara yang lain-lain terus bergerak ke balai berlepas. 


Tepat 8.30 pagi waktu Bandung, kami sekeluarga selamat berlepas untuk pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Bandung dan InshaaAllah panjang umur kami datang lagi. 

3) Air Asia Flight 

Disebabkan kami tak sempat nak breakfast dekat cafe hotel, adik aku dah siap2 pre book breakfast menerusi website air asia. Better pre book murah sikit jika dibandingkan dengan beli waktu cabin crew jual2 tu. 


Kami amik nasi lemak 4 dan satu nasi ayam untuk adik laki aku. Untuk yang first time makan nasi lemak ni, apa yang boleh aku cakap sedap. Terbaeklah Pak Nasser punya rendang dengan sambal tu. Perut kenyang and then tidur. Sebelum kami mendarat, cabin crew membuat semburan dalam flight bagi mencegah virus zika yang sedang berleluasa sekarang ni. Ini atas arahan dari KKM. Kalau flight domestik takde pun. Yang ni sebab kami semua dari Indonesia. Kami selamat mendarat di KLIA2 jam 11.40 pagi. 

Berakhirlah percutian keluarga kami di Kota Bandung. Esoknya memasing dah start kerja.


17 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 3

Assalamualaikum...



...sambungan...


Day 3, (2 September 2016)

Kepenatan hari kedua tidak lagi terasa setelah melalui tidur yang sangat lena pada malam kedua di Bandung. Hari ni bangun dengan teruja dan tak sabar nak pergi shopping lagi. Hari ketiga memang dikhaskan untuk shopping. Sebelum memulakan perjalanan hari ketiga, kami ke cafe untuk sarapan dulu. Menu pagi tu bihun goreng + telur mata, roti bakar, air teh dan kopi. Settle makan terus ke Avanza sebab Supir dah sedia menunggu. Supir yang kami upah tu tak dapat bawak kami jalan-jalan hari ni kerana perlu menghadiri kenduri dan dia mintak kawan dia gantikan. Kitaorang takde masalah janji misi shopping kami berjalan lancar. Here we go!!!

1) Grutty, Cibaduyut


Destinasi pertama kami untuk hari ketiga ni adalah ke Cibaduyut. Cibaduyut sememangnya terkenal dengan barangan kulit. Suka bebenor adik aku yang laki tu. Kasut, beg, tali pinggang, wallet dan pakaian semuanya ada kat sini. Harga pun takdelah mahal sangat. Tempat yang kami pergi ni namanya Grutty. Besar dan selesai untuk membuat exercise kaki...hehehe. 

Kalau nak beli t-shirt Bandung pun ada kat sini. Aku dengan adik perempuan aku beli untuk hadiahkan kat kawan-kawan. Manakala adik laki aku plk semua dia macam nak beli. Beli kasut, beg, jaket kulit dan t-shirt. Abah dengan mama pun beli jgk baju kat sini. Kami kat sini sampai tengahari. 

2) Rumah Kain, Taman Kopo


Kami keluar dari Grutty menjelang masuknya waktu Zohor. Di sebabkan hari ni hari Jumaat, abah dengan adik aku nak g Solat Jumaat. Sementara diaorg Solat Jumaat, kami mintak tinggalkan team perempuan ni kat Rumah Kain je. Kalau dah masuk rumah kain, memang pening lagi tengok kain cantik-cantik. Aku tak beli dah kain kat sini. Hati mesti kental ok...hehe. Tapi sempat jugak rembat telekung solat sepasang. Lepas habis solat Jumaat, diaorg datang jemput kami untuk pergi makan tengahari plk. 

3) Restoran Makan Sederhana


Kami ke Restoran Sederhana untuk makan tengahari. Sajian yang disajikan adalah masakan Padang. Masuk je, pelayan akan tanya berapa orang rombongan dan tunjukkan kita meja. Lepas tu mereka akan hantar nasi dengan lauk-lauk yang pelbagai jenis dalam setiap pinggan tu. Mana yang nak makan, amik siap-siap. Harga dikira untuk lauk yang kita usik je. Yang tak nak tu boleh letak tepi siap2. Ini merupakan kali kedua dah kami ke restoran ni. Sangat sedap, harga pun berpatutan dan very recommeded u ollsss. 

4) Toko Tiga


Perut dah kenyang... sambung berjalan lagi. Lokasi seterusnya adalah ke Toko Tiga. Toka Tiga merupakan tempat menjual jeans yang original. Supir aku siap berlawak lagi sebelum kami masuk. Dia cakap nak masuk dalam tu baca doa banyak2 sebab banyak jin katanya...hahaha. Di samping jeans, t-shirt, blouse pun ada dijual kat sini. Tapi fokus utama orang datang ke sini mostly akan beli jeans. Disediakan perkhidmatan potong jeans siap2 selepas kita dah selesai bayar tu. 

5) Pasar Kosambi


Tidak jauh dari Toko Tiga tu, ada pulak Pasar Kosambi. Pasar Kosambi ni terkenal dengan kerepek dan kacang. Pelbagai jenis dan rasa.Tarikan utama of course Kacang Bandung. Sedap jugak boleh rasa dulu sebelum beli. 


Aku beli Pisang Salai Cheese kat sini untuk diberi kepada rakan-rakan guru kat sekolah. Harga jauh lagi murah jika nak dibandingkan dengan Kartika Sari mahupun Pasar Baru. Kami dah kali ketiga datang Bandung so dah boleh compare mana mahal mana murah. 

6) Kartika Sari


Siap beli kerepek, kami ke Kartika Sari plk. Fokus datang sini sebab nak beli brownies. Adik beradik aku memang hantu Coklat. Semua yang coklat-coklat suka jangan vanilla, strawberri mahupun pandan. Ada brownies chip, brownies kukus, brownies gulung dan pelbagai lagi. Kek pun ada. Aku bawak brownies ni pergi sekolah dan bagi anak murid rasa sikit sorang. Selain Kartika Sari, satu lagi brownies yang famous kat Bandung ni ialah Amanda Brownies. Waktu kali pertama datang dulu, dah test dekat dua-dua kedai ni. Dan kami jatuh cinta dengan texture dan rasa dari Kartika Sari. 

7) Cihampelas Walk Mall (CiWalk)


Sebelah malam adalah waktu untuk mengukur Mall. Mall yang kami pergi untuk hari ketiga adalah CiWalk. Bila sebut Mall, macam biasa sama je macam Mall dekat Malaysia. Mall ni sangatlah besar sampai kami tak jumpa jalan mula-mula masuk tu. Apa yang aku boleh cakap, tempat ni budak-budak muda datang jalan. Dan kanak-kanak pun suka sebab ada corner untuk main. Mainan yang pakai masuk duit syiling tu pastu gerak. Sampai menangis-nangis tak nak turun. 

8) Paris Van Java


Selepas dah puas pusing kat dalam CiWalk, wassap Supir untuk datang jemput dan bergerak ke shopping complex yang lain pula. Penutup shopping malam tu adalah ke Paris Van Java. Kalau datang sini bolehlah kalau nak usha barang-barang branded. Even, Sogo pun ada kat dalam ni. Kat sini, beli tshirt je. 

9) HDL Cilaki


Penutup jalan-jalan hari ketiga adalah makan. Nak mula jalan makan dan of course habis jalan pun makan...hehehe. Kami makan malam di HDL Cilaki. Masakan Sunda. Sumpah sedap. Teringat-ingat sampai kat Malaysia. Tiga kali datang Bandung, tiga kali jgk kami datang makan kat restoran ni. Yang bestnya, lauk yang tak habis boleh tapau bawak balik. Sajian kat sini adalah masakan Sunda. Main dish kat sini seafood. 

Dah habis cerita jalan-jalan hari ketiga. Balik hotel keluarkan beg dan kemas barangan shopping. Esok awal-awal lagi dah nak check out sebab flight pagi. 

TO BE CONTINUED...


14 September 2016

AIDILADHA 2016

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. 

Aidiladha tahun ini, aku dan keluarga beraya di rumah je. Mama aku pulak buat ibadah qurban melalui ezi qurban je. Senang tak payah nak fikir untuk potong-potong dan agih-agihkan daging-daging qurban tu nanti. 

Aidildha lagi meriah jika nak dibandingkan dengan Aidilfitri untuk tahun 2016. Ini kerana waktu Aidilfitri masing-masing beraya di rumah mertua mereka. Since nenek meninggal tahun 2000 disusuli pula oleh arwah atuk tahun 2010, mama aku lah yang jadi tuan rumah untuk adik-beradik sebelah mama aku. Masing-masing balik berkumpul kat rumah yang kami duduk sekarang. Mama aku ada enam orang adik-beradik. Semua balik kecuali ayah long yang beraya di Kuantan. 

Paginya kami semua ke masjid untuk Solat Sunat Aidiladha. Pulang dari masjid barulah masing-masing mula menjamu selera. Menu kegemaran semua orang dalam rumah ini tak lain tak bukan nasi minyak. Mak cik aku pulak tempah sate dengan nasi himpit dari Kemaman. Menjelang tengahari Cik Za take turn untuk buat steamboat. Kelas kan menu raya kitaorg...hehe tapi kami masih tak lupakan pada ketupat dan lemang. 

Disebabkan lama tak berjumpa dengan semua orang, hari tu memang cakap cakap non stop. Macam-macam cerita keluar. Pak Cik, Mak Cik, Sepupu dan anak sepupu. Penuh rumah riuh sekali. 

Terimalah ucapan Hari Raya dari anak sepupu aku yang berusia 4 tahun, Husna Aqilah namanya. 



Aidiladha yang kedua, aku teman adik aku ke majlis pertunangan kawan dia waktu kerja sama-sama dekat Hospital Kemaman dulu. So, ke Bukit Besi kami pagi tu. Majlis pertunangan berlangsung dalam jam 11.30 pagi. Kami pulang setelah rombongan pihak lelaki bertolak balik. 


Aidiladha ketiga pula, barulah aku pulang ke kampung sebelah Abah di Kedai Buluh, Kuala Terengganu. Adik-beradik abah sembilan orang. Yang beraya kat sini 8 orang je. Yang lagi sorang Pak Cik aku yang kerja kat Kazakhtan tak dapat balik. Happy je Atuk dengan nenek aku sebab rumah dia penuh dengan anak menantu cucu dan cicit. 

Aidiladha keempat aku ke K.L pula menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah. 4 hari kat sana sebelum balik mengajar lagi. 

Sekian...cerita Aidiladha tahun ini. 


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile