topbella
Showing posts with label HUMOUR. Show all posts
Showing posts with label HUMOUR. Show all posts

21 April 2012

PEKERJA JENIS MANA???


10 jenis pekerja. Mana satu U?

1. Taichi - Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing- Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut- Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy- Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee -Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja -Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo -Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan -Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter- Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling -Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila...tapi ia hanya lakonan semata mata.....credit to Hafiz Sukor


24 October 2010

"LUAHAN HATI"



Kadang kala

ketika kita menangis

tiada orang nampak tangisan kita




Kadang kala

ketika kita sedang menderita

tiada orang nampak derita kita




Kadang kala

ketika kita risau

tiada org nampak kerisauan kita


Kadang kala

ketika kita gembira

tiada org nampak kegembiraan kita



-

-

-

-

-

-

-

-

-

tapi KENTUT !! Sekali je cukup....



Semua orang tau!!


Hahahaha!!


GOTCHA!!!

19 August 2010

FACEBOOK FEVER...

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ..

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?
My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile