topbella
Showing posts with label MA. Show all posts
Showing posts with label MA. Show all posts

22 February 2016

HAPPY ANNIVERSARY SWEET 30TH...

Assalamualaikum...

Sempena ulangtahun perkahwinan Abah dan Mama tahun ini...saya kongsikan doa ini...


DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

( credit :- shukom.com )




Alhamdulillah...terima kasih Allah untuk 30 tahun perjalanan perkahwinan buat Mama dan Abah kami. 

Sesungguhnya kami sangat bersyukur dikurniakan ibu bapa yang sangat penyayang, penyabar dalam melayani kerenah kami bertiga yang pastinya bertentangan antara satu sama lain, sentiasa menjadi motivator dan penyokong kuat kami dalam segala aspek kehidupan. 

Moga anak-anak abah dan mama juga akan mendapat jodoh yang baik-baik dan beriman suatu hari nanti. Doa dari abah dan Mama itu mustajab kerana perkahwinan memerlukan restu sepenuhnya dari kedua ibu bapa. InshaAllah rumahtangga yang dibina akan berkekalan buat selamanya. 


'WE LOVE YOU TO THE MOON AND BACK'


Love,
Puteri Sulung
Puteri Tengah
Putera Bongsu 


06 November 2013

WELCOME BACK HAJI & HAJAH

6 November 2013... Ma dan Abah selamat kembali dari mengerjakan rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah... Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 7.15 pagi setelah 8jam berada di dalam flight. 

Sebaik mendarat je, para jemaah tidak dibenarkan terus keluar sebaliknya perlu melalui pemeriksaan kesihatan bersama pasukan perubatan yang ditugaskan. So, agak lama juga perlu menunggu kerana mereka ramai. 
Saya bertolak dari rumah tokki dalam jam 8 pagi untuk ke Lapangan Terbang. Parking memang dah dipenuhi dengan kenderaan yang datang lebih awal. Yang menjadikan keadaan sesak adalah kerana kumpulan yang datang menjemput terlalu ramai bagi semua jemaah haji. Family saya sendiri pun dah 3bijik kereta. Bila kami sampai tu, dah mula ada jemaah yang keluar. Yeay!!! kami tak perlu nak menunggu terlalu lama kerana memang kami sengaja datang lambat pun...huhu

Around 9 pagi jemaah makin ramai mula keluar dari balai ketibaan. Bila dah nampak Ma dan Abah tu terus bergegas ke arah mereka. Semua yang datang menjemput bersalaman dengan Ma dan Abah dan kemudiannya terus bergerak pulang ke rumah tokki. 
Akhirnya...setelah 50 hari they are coming back. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana kau telah memberi peluang kepada mereka berdua untuk menyempurnakan ibadat haji pada kali ini. Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan penghargaan kepada tokki dan tok, ayah cik dan mok cik serta cik za dan p.cik zue diatas penginapan serta makan minum kami sepanjang tempoh Ma dan Abah di Mekah. Saya dan adik bergilir-gilir menginap di rumah mereka dan yang pasti paling lama di rumah Cik Za. Once again...Thanks so muchhhh!!!

20 September 2013

PANGGILAN HAJI 2013

Musim haji tiba lagi...saban tahun berjuta umat manusia diberi peluang dan kesempatan untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. 
17 September 2013 akan menjadi satu lagi tarikh nostalgik untuk kedua ibubapa saya kerana telah terpilih untuk menyempurnakan ibadat haji...Alhamdulillah dipanjat kesyukuran ke hadrat Allah kerana memberi peluang tersebut kepada kedua ibubapa saya. Mula mendaftar dengan Tabung Haji pada tahun 2007, mengerjakan umrah pada tahun 2010 dan beberapa hari lepas telah selamat berangkat untuk menunaikan fardu haji pula. Tidak perlu menunggu lama, percaturan Allah itu memang yang terbaik.
Proses mendaftar untuk para jemaah haji telah bermula sekitar jam 12 tengahari di Kompleks Tabung Haji Gong Badak. Semasa proses pendaftaran para jemaah diberi beg sandang kecil serta pelekat nama untuk dilekatkan pada pemegang beg masing2. Jam 1 tengahari pula proses check in untuk luggage para jemaah dan kemudiannya mereka bersolat jamak disurau yang dibuat khas disekitar kompleks tersebut. 
Bagi ahli keluarga para jemaah haji yang datang pula, disediakan tempat duduk beserta kanopi sepanjang proses menunggu tersebut. Even kanopi dah banyak tapi still tidak mencukupi untuk menampung bilangan ahli keluarga yang terlalu ramai. Terpaksalah duduk di merata-rata ruang yg kosong. Jemaah haji ada yg seorang or ada yang 2orang tp pengiring mereka berpuluh2 orang so camne nak muat kan??? Huhu..Ahli keluarga saya pun dah 20++++ datang menghantar.
Jam 2.10 petang para jemaah haji telah dipanggil masuk ke kompleks Tabung Haji utk urusan Check-In dan bermulalah episod sebak+sedih+sayu ketika bersalam-salaman. It's natural feeling. Selepas itu, kami semua diarahkan pulang dan tidak boleh berjumpa lagi dengan para jemaah. Mereka masuk untuk mendengar taklimat sebelum menunggu bas yang akan membawa mereka ke balai berlepas di lapangan terbang.

Tepat jam 6 suku petang Ma dan Abah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah pada jam 3 pagi waktu Malaysia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9jam. Kami disini mendoakan agar segala urusan Ma dan Abah dipermudahkan sepanjang berada disana dan berjaya membawa pulang haji yang mabrur...AMIN

13 September 2013

BACAAN YAASIN

Setiap petang Jumaat akan diadakan bacaan Yaasin bagi kumpulan mengaji mama saya. Giliran ditentukan mengikut persetujuan tuan rumah itu sendiri. 
Minggu ini, giliran bacaan Yaasin di rumah kami pula. Seawal pagi segala persiapan telah dilakukan untuk memastikan kelangsungan semasa majlis nanti. 

Majlis bermula sekitar jam 3 petang dan berakhir menjelang waktu Asar. Tetamu-tetamu yang hadir adalah kelompok wanita  dan akan diketuai oleh seorang ketua bagi memimpin bacaan tersebut. Selesai bacaan, diadakan sedikit jamuan ringan oleh pihak tuan rumah. 
Menu di rumah saya kali ini adalah laksa, mee goreng, keropok, kuih-muih serta buah-buahan sebagai pencuci mulut. Manakala air pula adalah air sirap.

Overall untuk hari tu, makanan semua cukup dan majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Terima kasih semua tetamu-tetamu kerana sudi menerima jemputan ke rumah kami. 

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile