topbella
Showing posts with label MEMORY. Show all posts
Showing posts with label MEMORY. Show all posts

21 September 2016

16 YEARS


When she is a daughter, she opens a door of JANNAH for her father.
When she is a wife, she completes half of the deen for her husband.
When she is a mother, JANNAH life under her feet.

If everyone knew the true status of a muslim women in Islam. 
Even the men would want to be a woman.
The Women - Sheikh Akram Nadawi


P/S:- whoever reading this post, please recite Al-Fatihah to my beloved late grandmother Zainab Bt Awang (21 Sept 2000 - 21 Sept 2016)

30 December 2013

3 TAHUN PEMERGIAN...


My dear Grandfather
I Miss You So Much!!!

Setiap detik dilalui dengan begitu pantas
Meninggalkan cerita-cerita hari semalam
Tapi itu tidak mampu untuk membuang perasaan
Rindu yang memang sudah tersemat di dalam hati

Engkau telah dijemput Ilahi untuk selamanya
Di saat kami masih dahagakan kasih dan sayang
Hanya doa yang tak pernah putus
Moga engkau kini berada di taman-taman syurga

Hari ini genap 3 tahun pemergian
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya

Al-Fatihah
Haji Naim Bin Abu Bakar
(30.12.2010 - 30.12.2013)


21 September 2013

SEPARUH JIWAKU PERGI...

21 September yang lalu
Detik 8.30 malam
Khamis malam Jumaat
Kau telah pergi menghadap Ilahi

21 September yang lalu
Genap setahun pemergianmu
Masih jelas terasa usapan lembut tanganmu 
Membelai wajah dan tubuhku
Terima kasih mak untuk semua usapan

21 September yang lalu
Aku rindukan 'bantal peluk' kesayangan
Yang sentiasa ada disebelah
Pabila waktu tidur menghampiri
Terima kasih mak kerana sudi menjadi 'bantal peluk'

21 September yang lalu
Aku perlukan pendengar yang setia
Saban malam berceloteh itu dan ini
Sambil bergolek-golek sebelum melelapkan mata
Terima kasih mak kerana meminjamkan telinga

21 September yang lalu
Aku terbayang-bayang wajah tua menanti
Di muka pintu 
Menunggu pulangnya dari sekolah
Terima kasih mak kerana sabar menanti

21 September yang lalu
Aku terasa sangat sunyi
Perlukan insan yang betul-betul faham aku
Cerianya, marahnya, rajuknya, sedihnya
Terima kasih mak kerana sangat memahami

21 September yang lalu
Aku terbayang-bayang keenakkan masakanmu
Cuba memenuhi kehendak sedaya mungkin
Apa yang terlintas itu yang terhidang
Terima kasih mak kerana masakan yang memenuhi citarasa

21 September yang lalu
Aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading
Dalam gembira, aku ralat kerana kamu tidak ikut menghantar
Tapi doamu telah dimakbulkan
Terima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kejayaanku

21 September yang lalu
Aku menyibukkan diri dengan buku-buku dan kertas peperiksaan
Bergelumang dengan semua itu membuat aku leka
Tapi tidak semudah itu kerana kenangan bersama sentiasa utuh
Terima kasih mak untuk segala kenangan yang mak tinggalkan

21 September yang lalu
Aku semakin dewasa
Banyak benda yang aku pelajari
Tapi aku masih perlukan bebelan, tunjuk ajar untuk terus melangkah
Terima kasih mak untuk segala perkongsian pengalaman

21 September yang lalu
Setelah cukup 10tahun mak meninggalkan kami semua
Arwah tokki ikut menyusul 3bulan berikutnya
Berbekalkan cinta sejati untuk mak satu-satunya sehingga ke akhir hayat
Terima kasih mak untuk segala cinta dan kasih sayang yang jitu

21 September yang lalu
Aku berjaya menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Sedang menanti hari untuk bergraduasi
Mengharapkan mak masih ada untuk sama-sama melihat
Terima kasih mak kerana sentiasa meniupkan semangat

21 September yang lalu
Kenangan bersama sentiasa terlayar di ingatan
Terkadang bisa mengundang air mata
Yang aku sendiri tidak mampu untuk sekat
Terima kasih mak kerana menghadirkan perasaan itu dalam diri aku

21 September 2013
Hari ini genap 13 tahun pemergian mak
Di sudut hati sentiasa tersimpan kemas nama mak untuk terus diingati
Terima kasih banyak-banyak mak untuk 13 tahun tempoh kita bersama 

Ya Allah,
Kau cucurilah rahmat dan keampunan ke atas roh
Allahyarhamah Zainab Binti Awang

AL-FATIHAH

psssttt:- mak di sini merujuk kepada (nenek). Ini kerana saya membahasakan panggilan mak untuk arwah nenek. 

21 January 2013

CORAT-CORET @ SCR07A


Yesssssssss...finally aku berjaya jgk menghabiskan entry2 utk Gems Program. 2bulan 55hari di Suria Cherating Beach Resort kenangan tercipta. Suka duka kami tempuhi bersama. SCR07A meninggalkan coretannya yg tersendiri. 

Yang Best

- Dapat berkenalan dgn kawan2 dari pelbagai negeri dan kursus. So, mcm2 citelah yg
  kitaorg share. Dulu time universiti satu batch kos yg sama, skop cite pun xdelah sgt yg
  berbeza...hihi.
- Dapat stay kat hotel dgn bilik yg berhawa dingin, dijamu dgn makanan yg best2 5kali 
  sehari for free.
- Dpt plk elaun RM500 per month.
- Belajar benda2 baru yg xpernah aku tau sebelum ni.
- Ditugaskan sbg HR Manager for my company.
- Dpt hang out together, eating, bowling, shopping.
- Company yg paling happening and less from stress.
- Menang waktu Sports Day and Megatrend.
- Rasa puas bila dpt wakil company utk 'Speak Up Your Mind'.
- The priceless moment in Gems SCR07A, menang 1 minute blitz presentation.
- Lepak ramai2 sambil cerita2 kat tepi pool, new roof, dalam kelas.

Yang Tak Best

- Byk missed class pergi interview.
- Terlepas 1 Group Live Project (GLP) , Megatrend.
- Air xde di saat hari2 terakhir di Cherating.
- Kena marah ngn Tim, Zuki, Suhaimi sbb xbg fully commitment.
- Satu2 nya participants dari Usim.
- Semua benda nak kira stock exchange termasuk aktiviti spiritual uplift, aerobik.
- xsempat nak berkenalan dgn semua participants.

Yang Buruk

- Paling buruk of courselah berkait dgn Spiritual Uplift. Tak pernah join aktiviti yg 
  dianjurkan oleh committee Spiritual Uplift.
- Liat nak pergi time Post Mortem except waktu English Fair dan Corporate Dinner. Tu pn 
  setelah dipaksa2 oleh Management's team. 
- Selalu dtg lambat kalau ada apa2 discussion among company's members. Tp pergi kelas 
  xpernah lambat or ponteng...huhu.
- xpergi aktiviti suruh kawan tolong sign attendance.
- xpernah buat words wall walau satu perkataan pun.

Yang Lucu

- Sebutan nama Ali dah jadi versi Ali Baba Bujang Lapuk. Ini Zuki ngn Zul punya kerja.
- Nama Izzatti dah tukar jd cikgu. Ini Zuki jgk yg menjadi pencetus.
- Ottoman, Pet- Ronas, shosej versi sebutan dari Izzati.
- Chipsmore. Kat company aku ramai chipsmore selalu hilang time kelas. 
- Time fire drill, aku cam malas je nak turun sekali terperangkap kat team yg dianggap
  rentung sbb dah lambat waktu tu. Tolak stock exchnage jgk...huhu.
- Cerita jam kat bilik Zul... dia dah cptkan jam 10 minit so confidentlah nak tidur lama2
  ckit...sekali setiap kali housekeeping dtg dia akn betulkan jam tersebut. Dah nak last
  baru tau cerita knp dia selalu lambat g kelas...haha.
- Asal buat Self Learning Assignment (SLA) je mesti tunggu malam pastu stay up sampai
  siap. Paling mantap kat new roof sampai jam 3pagi ngn Qila dan Zuki. 
- Kelas kitaorg kat depan New Roof, so mmg pantang ada makanan lebih terus seludup bwk 
  masuk kelas ltk atas meja. Kalau ngntuk boleh makan...gitulah kaedahnya...

Yang Sedih

- Waktu Camp Fire sesi heart to heart... masing2 ambil kesempatan utk luahkan segala rasa
  tdk puas hati and meminta maaf utk segala salah silap.
- Selepas closing ceremony, masing2 sibuk bersalam2 sambil mengucapkan bye. Dari awal 
  aku tak menangis pun tp end up termenangis jgk waktu salam ngn Jiha...Jiha lah ni buat 
  ayat sedih2 kan dah menangis.

Rasanya dah xde kot yg tertinggal. Untuk 55hari SCR07A, segalanya terakam kemas di It's My Life. Bila terasa rindu life as a gemmies, boleh baca balik segala cerita2 tu nanti and kenangan jgk utk masa akn dtg. 

Thanks everyone, Site Management Team and all Gems SCR07A Participants utk kenangan terindah ini. Now...We Stand In A Circle Of Memory. 

14 January 2013

STARHILL'S CAMP FIRE...


Habis dah segala cerita module dan Group Live Project...hari kedua terakhir di Suria Cherating Beach Resort air xde. So, terpaksalah kitaorg keluar g mandi kat masjid berdekatan. Sebelah pagi ada Post Mortem utk dinner. Aku dan roomates time tu sibuk duk berkemas beg dan tak turun pn utk Post Mortem. Tapi, tiba2 Tim call aku suruh turun sbb xde org kt dewan. Lagi satu, post mortem tu xkan start selagi org xcukup...Site Management team decide utk start majlis tu setelah semua participants berada di dewan tersebut. Nak tak nak mmg kena turun. Kitaorg yg lambat ni duk line blkg sekali. Wakil dari setiap company tampil ke depan memberikan feedback ttg dinner malam td. Settle part tu, dancing's time. Memasing xpuas lg perform waktu dinner so sambung dkt Post Mortem plk. Post Mortem berakhir waktu tengahari and terus lunch.

Air xde mkn of courselah pakai sudu. Itu ok lah tp bila tiba part nk amik air sembahyang ni yg leceh sikit. Mula2 tu decide nak amik air sembahyang guna air pantai so grk ke pantai. Tapi sampai situ tgk je air tu coz kalau nak amik air sembahyang mmg sure akn basah baju ngn seluar coz ombak kuat. Pastu kitaorg pergi tny kat dapur hotel ada air tak, diaorg ckp xde. Aaarrghhh dh xtau nk cari kt mana lg pastu Ila ajk g kt Site Management Office, jumpa ngn Cik Ain tny lg ada air tak, dia ckp kt sini pun dh xde. Hampa...ok!!!. Bergrk nk naik bilik pastu Cik Ain panggil kat bilik meeting tu ada air sikit so kami amik air sembahyang kt situlah hari tu. Sampai bilik dah dkt kul 4ptg so aku sembahyang Zuhur and then terus tunggu Asar sekali.

Kul 5ptg ada sesi ngn En.Din plk kat Jintan. So, kitaorg grk ke situ and jwb soalan utk growth development spjg program tu. Tp kul 6.15 baru En.Din masuk kelas kitaorg and dgr feedback from us one by one regarding this two months program. Masa suntuk so xblh lah nak kelas lama2...hehe. Habis je kelas terus grk ke Masjid Geliga utk mandi dan sembahyang Maghrib. Selepas tu, pergi mkn kt Kemaman konvoi dgn kereta Ali sekali.

Sampai kt Suria dah dkt jam 9, pastu terus turun ke Dewan utk Pre-Closing.Mujur xsampai lmbt kalau tak mau nk kena bdiri kt pentas utk geng2 yg dtg lmbat. Pre-Closing bermula, kedudukan kami disusun mengikut abjad nama, then ucapan perpisahan dari semua Site Management Team and last sekali nyanyi lagu 'Pertemuan, Perpisahan' sedih!!!. Malam tu jgk kitaorg dpt balik semua kertas Self Learning Assignment and isi evaluate form utk keseluruhan program ni.

Part yg paling ditunggu oleh kami semua mlm tu...................................................CAMP FIRE..................
Ini merupakan aktiviti terakhir kami bersama-sama sebelum closing ceremony keesokkan harinya.
Camp Fire for Starhill...here we go!!! kami bermula pn around 1 pagi dh time tu. Mula2 nk kena cari kayu dulu baru dpt nyalakan api. So, kayunya amik kt tepi2 pantai tu je lah coz kitaorg mmg bkampung kt tepi pantai. Set Fireeeeeeeeeeeeeeee to the rain, yeay!! api dah nyala maka majlis pn bermula.
Makan's time...menu utama Bihun Goreng + Keropok (homemade from Biey), special cake (from Huda) and makanan2 ringan, biskut, coklat dan juga aiskrim. Byk sgt mkanan smpai xtermakan...thanks everyone for make it!!!
Selesai mkn, ada aktiviti plk. Aktiviti pertama kitaorg main Super Spontan. Kami perlu bg satu situasi. Peserta pertama akn buat satu ayat dan akn disambung oleh pserta kedua dan seterusnya. Sape yg xdpt nk sambung dikenakan denda. Dendanya kena buat apa2 gaya yg di request oleh kami semua. It's fun and everyone enjoy the game.
Aktiviti kedua plk, Syafiq lead. Dia punya game kami semua bg satu nickname. Dan kami kena igt dia punya nickname tu. Syafiq akn start dgn satu ayat dan kitaorg kena bg jwpn bdasarkan huruf dpn nama kita.Kalau nickname start dgn huruf  'A' so semua jwpn kena bg dgn huruf 'A' je kalau salah bg huruf lain dikira kalah.
Pastu mana yg nk amik gmbr,bergambar dulu sblm ke aktiviti seterusnya. I love this pics because it shows the bonding between each other. Nothing is Precious but Friendship............

Selepas tu sesi heart to heart. Everyone need to share. Kami berkongsi segala suka duka bersama di Starhill. Memohon maaf juga utk segala silap dan salah. Mana yg terpendam dan juga rasa kurang senang diluahkan di sini. 
Aktiviti seterusnya pula sesi bertukar2 hadiah. Kitaorg akn cabut satu nama, bukak tgk nama sape and then bg hadiah dkt org tu. Pastu org tu akn cabut nama yg lain dan bg hadiah utk yg lain pula dan begitulah seterusnya.
Selesai part tukar2 hadiah ni, kitaorg bukak plk hadiah tu kat situ jgk so masing2 blh tgk hadiah waktu tu jgk.
Last part, buat unity circle and nyanyi lagu 'Kenangan Terindah' ngn 'I Have A Dream' as a closing for our Camp Fire. Jam dah kul 4.30 pagi time tu tp kitaorg rasa puas krn dpt spending time together for a long hour for the last one. Misssssssssssssss u so much friend!!!!

psssttt:- entri paling pjg di blog aku buat masa skrg...hihi. Cover utk 3 cerita tu dlm masa 1hari Post Mortem, Pre-Closing dgn Camp Fire. 

31 December 2012

I MISS HIM...


My late grandpa

Do you know how much I miss you???

Not for today but everyday

You are caring
You are loving
You made me smile
You made me cry
You are funny
You made jokes 

To me, you are very great grandparent

You are in our hearts
And there you will stay
And be remembered everyday
Forever I will think of you.

2 years
Time flies
Al-Fatihah for Haji Naim Bin Abu Bakar
(30/12/2010 - 30/12/2012)

21 September 2012

12 TAHUN PEMERGIAN...


Hari ini genap 12 tahun arwah nenek meninggalkan kami semua. Satu kehilangan yang amat perit bagi kami semua. Walau kita tidak lagi bersua tetapi kenangan bersama akan sentiasa kukuh terpahat di hati. Dia pergi ketika aku berusia 13tahun. 12 tahun aku membesar bersama dia.

12 Things I Miss About Her

1) MASAKAN

Dia seorang yang suka masak. Apa saja yang anak cucu terlintas nak makan pasti dia dengan gigihnya cuba penuhi. Even sekarang ni mama saya or mak cik saya cuba warisi tp ia takkan sama dengan air tangan kasih sayang seorang nenek. Oh! rindunya nak makan ayam masak merah lauk kegemaran sejak dari kecil sampai sekarang.

2) SEMBAHYANG

Dia mengajarku untuk patuh pada Rukun Islam yang kedua. Dari berwudhuk hingga ke salam aku ikutkan. Di belakang dia aku mengikut bersujud pada yang Maha Esa sedari  usiaku 7 tahun.

3) KEJUTKAN TIDUR

Jam 6.30 pagi berdentum-dentum dinding bilik diketuk untuk mengejutkan budak yang liat bangun pagi untuk ke sekolah. Kalau tak cukup tidur mulalah menangis tak nak bangun. Tapi dia insan penyabar yang tak pernah putus asa untuk kejutkan aku sampai bangun. Dia selalu ingatkan aku jangan jadi macam dia tak sekolah. 

4) TIDUR

Rindu nak tidur sebelah dia sambil peluk dia. Kami berkongsi selimut tapi bila malam habis selimut itu ku tarik ke badanku. Kesian dia kesejukan tapi dia tak pernah marah. 

5) BERCERITA

Dia pendengar yang baik. Aku marah, menangis, suka dia pasti tahu. Segala yang aku lalui untuk hari tu aku ceritakan pada dia. Dia melayan aku dengan perihal kanak-kanak yang pelbagai ragam. Di marah cikgu di sekolah, bergaduh dengan kawan aku ceritakan dengan dia. 

6) PERGI PASAR MINGGU

Setiap hari Selasa ada Pasar Minggu berhampiran rumah kami. Perangai liat nak ke sekolah mulalah muncul. Tapi dia yang tegas akan pastikan aku ke sekolah. Dia janji akan belikan aku baju atau seluar cantik2 kat Pasar Minggu kalau aku rajin ke sekolah.

7) PERGI SEKOLAH

Aku tak nak pergi sekolah kalau dia tak nak temankan aku di sekolah. Aku akan menangis nak balik bila dia cuba tinggalkan aku. Tapi dia setia menunggu untuk pastikan aku belajar. Hampir sebulan dia menemani aku ke Pra-Sekolah sehingga aku benar-benar boleh di tinggalakn. Dia nak aku jadi Ustazah bila aku besar.

8) MENGIKUT KE BANDAR

Arwah atuk hanya ada motor. Bila ke bandar kami biasanya menaiki bas, teksi ataupun menumpang van orang. Aku tak kisah semua tu yang penting aku dapat ikut dia ke mana-mana. Dia bergerak aku pun mengikut. Kalau tinggalkan aku menangis plk.

9) CARI DAUN PALAS

Dia ada kedai makan yang menjual air, nasi serta kuih-muih. Dia membuat ketupat daun palas untuk dijual. Jadi selepas siap menjual dia ke hutan mencari daun palas. Aku turut sama mengikutnya. Memang dasar pengikut kalau dia tinggal menangis lagi. Mujur sampai masuk toilet aku tak ikut. 

10) MAIN CONGKAK

Dia terror bermain congkak. Dibelikan aku congkak lubang lima di Pasar Besar Siti Khadijah. Dia cuba menurunkan skill itu kepada aku tapi masih tak mahir juga. Berlawan dengan aku dia mesti kena buat kalah kalau tak aku mulalah tarik muka tak puas hati. Dah mmg dasar xpandai ada hati nak menang.

11) BERKONGSI KEJAYAAN

Aku suka berkongsi keputusan peperiksaan ataupun apa-apa je pertandingan dengan dia. Aku tahu ada habuan bakal menanti sekiranya aku berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tapi aku cukup terkilan bilamana aku tidak mendapat 5A ketika UPSR. Aku tau dia kecewa kerana aku hanya mendapat 4A. Hari ini aku dah berjaya genggam segulung Ijazah tapi sayang dia tak sempat untuk melihat aku di pentas ketika saat itu.

12) LETERAN

Paling aku nak dengar, dia suka berleter bila ada kesilapanku. Tapi aku ok je kerana dia tak pernah pukul aku. Dia bising di mulut tapi aku tau dia sayang aku. Paling aku ingat bila dia tengok aku. effa dan Cik Za duk main permainan 'Saidina' sampai ke pagi. Tak pasal2 kami dapat leteran free di kala jam 2 pagi. 

Banyak lagi sebenarnya kenangan dan detik yang tak mungkin dapat aku kikis dari kotak memori ini. Tapi simbolik angka 12 itu aku list down lah 12 je...hehe

Dalam gelak tawaku, senda, rajuk dan kecewa tapi masih ada ruang kosong yang terselit di hati ini untuk aku terus merindui dan mengingati dia sehingga ke akhir hayatku. 

AL-FATIHAH UNTUK NENDA TERSAYANG
(Allahyarhamah Zainab Bt Awang) 




16 April 2012

AKU SEBUAH KERETA...




Aku sebuah kereta buatan Malaysia. Namaku Proton Iswara. Aku dilahirkan di sebuah kilang automobil di Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, kaca dan getah. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.




Badanku berwarna biru. Setelah siap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.




Pada suatu hari, seorang lelaki datang untuk membeli kereta. Dia amat tertawan dengan reka bentukku yang cantik. Akhirnya, aku dipilih oleh tuan aku untuk dibeli. Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Tuan aku memandu aku ke pejabat setiap pagi. Beliau juga menggunakan aku untuk menghantar anak-anaknya ke asrama dan pulang ke kampung bersama keluarga.



Tuan aku menjaga aku dengan baik dan cermat. Selepas digunakan, tuan aku akan membasuh aku sehinggan bersih dan berkilat. Beliau juga akan membawa aku ke bengkel sekiranya aku sakit. Aku berasa bangga dengan adanya tuan seperti tuan aku. Aku berharap dapat berkhidmat dengan tuanku buat selama-lamanya tapi sayang semalam 15 April 2012 tuanku telah menjual aku kepada orang lain. Khidmatku selama 14 tahun bersama tuanku telah berakhir. Kini tuanku telah beralih arah kepada kawan baru aku iaitu Cik Vios. Cik Vios telah mengambil alih tugasku selama ini.




Note 1: Inilah kereta pertama famili kami. Dari hanya menunggang motosikal Yamaha di awalnya, abah telah membeli kereta ini pada tahun 1998 untuk kegunaan beliau dan ahli keluarga kami.

Note 2: Kami sangat sayangkan kereta ini kerana banyak kenangan bersamanya. Kami adik beradik dihantar dan dijemput dari asrama serta pulang ke kampung menziarah datuk dan nenek dengan menggunakan kereta ini.

Note 3: Moment yg akan menjadi kenangan sampai bila-bila iaitu tanggal 20 September 2000, arwah nenek telah menghembuskan nafas yang terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.



psssttt:- entri ini mengingatkan kpd zaman2 nak amik UPSR dulu, karangan autobiografi utk subjek Bahasa Melayu Penulisan...hehe



27 December 2011

DI PENGHUJUNGNYA...



Tahun 2011 bakal meninggalkan kita dalam masa beberapa hari je lagi. Terlalu pantas masa beredar melewati bilah-bilah hari di sepanjang tahun 2011. Apa yang pasti tempoh setahun itu telah melakarkan pelbagai kenangan pahit manis suka dan duka dalam kehidupan kita. Alhamdulillah juga kerana masih di panjangkan umur untuk terus bernafas dan melalui hari-hari lalu dengan sebaik mungkin.

Menyingkap kembali takbir 2011, pelbagai perkara telah berlaku dan di lalui untuk menghabiskan tempoh setahun itu. Jom lihat apa yang telah di coret dan di singkap di dalam 'It's My Life' edisi 2011.



Overall, pelbagai cerita dan perkara berlaku di sepanjang tahun 2011. Selamat tinggal 2011, moga segala apa yang di lalui mengajar kita untuk terus maju ke hadapan. Selamat datang 2012, moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.



08 December 2011

RED LETTER DAY...


At last the day that I have been waiting whole this time was finally arrived. Its such a sweet and memorial moments.


Event: My Graduation Day
Date: 3 December 2011
Session: Evening
Time: 2- 5 Pm
Location: Putrajaya International Convention Center (PICC)
No: 475 from 1196 students




Today as I graduate
Please don't cheer for me alone,
There are so many I must honor
For I couldn't arrive here on my own.




Its so touching when I started reached the scroll on my hands.



I'm proud to be a degree holder.


Mom, Me, Dad, Younger Sis, (Missing: my youngest bro - currently at Pahang Matriculation College)



Thank you to my precious family

For your prayerful support,
The nurture given all my days
As my best you gladly sought.




My aunties and cousin who always support in all situation. To those family members who can't attended for this special day, thanks for all prayer.




Thank you to all lecturers
For the wisdom shown every day to me,
Teaching me, not just academics
But how character should be.




Thank you to my special friends
For your friendship, care and fun,
All the great times we have shared
Are we almost sad this day has come.




Yeay I got 3 bouquets of chocolate not flowers...k !!!!! T-Shirt, Blouse and Kain Pasang too. Thanks and much appreciated.


So, as I stand up now to graduate
You all share in this honor today,
And from my heart I gratefully say
May God give you all,
The worlds most beautiful bouquet.




(credit: Derry's Heart)



21 September 2011

11 YEARS...


11 years already my grandmother passed away. This date will mark as historical date to my family forever.



Only prayer from all of us to you my beloved grandmother.





Al-Fatihah,

Zainab Binti Awang
(21 Sept 2000 - 21 Sept 2011)


22 August 2011

KENANGAN RAMADHAN LALU...




Pejam celik...pejam celik ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Hanya tinggal lagi seminggu untuk umat Islam di seluruh dunia meraikan lebaran 1432H. Begitu cepat masa berlalu dan apa yang pasti di saat ini pasti semua sedang sibuk dengan persiapan lebaran untuk kali ini.

Ramadhan datang dan pergi bersilih ganti. Apa yang istimewanya setiap kali ramadhan pasti ada kenangan-kenangan yang mungkin tidak akan kita lupakan.

4tahun menyambut ramadhan di negeri orang memberikan satu coretan memori yang pasti tidak akan dilupakan. Bergelar penuntut di IPTA, masa-masa banyak di habiskan bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai negeri dan disinilah kenangan tercipta.

Menggamit ramadhan tahun-tahun sebelum ini, banyak cerita suka dan duka bersama rakan-rakan terlayar di ingatan. Berikut adalah coretan ramadhan sepanjang 4tahun lalu...


(Ramadhan 2007)



Ini cerita ketika di semester satu, pertama kali menyambut ramadhan bersama rakan-rakan, kitaorang decide untuk buat jamuan buka puasa our class. Kelas saya xde lah ramai sangat hanya 21 orang je dan si kumbang plak 3orang je... Restoran Anggun menjadi pilihan dan menu yang dipilih pula adalah nasi ayam disamping kuih-muih. Masa ni semua nmpk cam kecik je maklumlah junior baru masuk...hehe...



(Ramadhan 2008)



Tahun ini plak lagi best sebab kitaorang diberi peluang bersama dengan golongan orang kurang upaya (OKU) membantu mereka membeli persiapan hari raya. Ini adalah program yang di anjurkan oleh Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (BAKTI) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri sendiri. Saya dan rakan-rakan turun sebagai sukarelawan bagi membantu anak-anak istimewa ini memilih dan membeli keperluan hari raya mereka. Setiap dari kami perlu mengawasi seorang anak istimewa tersebut. Seharian bersama mereka memberikan satu pengalaman baru buat saya dan rakan-rakan kerana inilah pengalaman pertama kami untuk program seumpama ini.


(Ramadhan 2009)



Meraikan buka puasa jauh dari buku-buku dan nota-nota pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Kali ni kami memilih untuk makan-makan di Kafe Rasa Utara di Berjaya Times Square. Tempahan meja dan lauk-pauk di buat awalnya untuk memudahkan kerja kami kerana apabila tiba waktu berbuka hampir semua meja akan dipenuhi. Makan-makan sehingga masing-masing kekenyangan. Sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan, ade masa mau makan-makan lagi kat sini.


(Ramadhan 2010)



Ini merupakan ramadhan terakhir bersama rakan-rakan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Since ini merupakan ramadhan terakhir di bumi Nilai, apabila tiba petang je mulalah mencongak tempat mana yang ingin dituju untuk berbuka pada hari tersebut. Walaupun kami datang dari pelbagai latar negeri tapi jalinan persahabatan hampir 4tahun membuatkan kami belajar untuk mengenali personaliti masing-masing.

Itulah serba sedikit kenangan ramadhan di negeri orang bersama rakan-rakan yang datang dari pelbagai latar belakang untuk menggengam segulung ijazah. Apa yang pasti kenangan itu terlalu mahal untuk dibeli dan sangat sukar itu dilupakan kerana "We Stand In A Circle Memory".


psssttt:- tgklah muka kitaorg ada nmpk lain tak masa first year comparing with the last year...huhu


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile