topbella

07 January 2016

TUKAR SEKOLAH...

Assalamualaikum...

Dah tahun 2016. Entri pertama untuk tahun ini. Pertamanya Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana masih dipanjangkan umur untuk terus melangkah ke tahun 2016. Moga tahun ini memberikan aku perjalanan, pengalaman dan kenangan yang indah dan baik-baik...AMIN

Entri dibuka dengan kisah tukar sekolah. Tahun lepas aku mendapat tawaran sebagai guru KAFA, Yayasan Islam Negeri Terengganu. Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mas II. Hampir dua bulan aku di situ mengajar kelas 3B sehingga tamat sesi 2015. 

Bulan Disember 2015, iklan kekosongan untuk pertukaran sekolah dibuka. Aku dalam dilema jugak larr samada nak tukar ke tak kerana aku dah rasa selesa berada disitu. Aku ada guru besar yang sangat memahami, rakan-rakan guru yang banyak membantu dan murid-murid yang sentiasa menceriakan kelas dengan cerita dan perangai yang macam-macam. 

Dengan berat hati, aku memohon pertukaran ke sekolah lain. Faktor utamanya adalah kerana jarak sekolah. Aku perlu memandu lebih 33km pergi dan 33km balik. Jauhkannnn...sehari dah jadi 66km. Aku perlu turun 30 minit awal untuk memastikan punch card aku tak lewat. 

Mengambil kira soal itu, aku redha. Mungkin jodoh dengan rakan-rakan dan murid-murid disitu setakat tu. Hmmmm...sedih tapi takpe kita still boleh jumpa kalau pergi program-program nanti. 

Aku pun tak familiar sangat dengan kawasan Durian Mas ni. Yang aku tahu masuk pintu gerbang dan terus ke sekolah. Takde masa nk explore kawasan- kawasan kat situ. Nama je orang Terengganu tapi bila time bercuti suka pergi negeri atau negara orang...heeeee

Berbalik kepada sekolah baru aku pula, aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Lintang. Sekolah ni tersangatlah dekat dengan rumah. 5km drive dah sampai sekolah. Sekolah ni berada di kampung sebelah dengan rumah aku. Jadi aku ada masa yang banyak untuk melilit tudung cantik-cantik dan mempersiapkan diri sebelum ke sekolah...hahaha. Ok part ni...mmg aku cuak kalau lambat kuar bilik mama aku dah datang ketuk pintu bilik sesiap.

Aku melapor diri di sekolah baru pada 6 Januari 2016 dan terus mengajar pada hari yang sama jugak. Letih weiii aku baru je sapa dari K.L 3 Januari tu. 4 Januari pergi ambil surat lantikan. 5 Januari aku rehat sehari. Dan bermulalah kisah di sekolah baru pula.

Di sekolah baru, aku dikehendaki mengajar kelas Darjah 4 pulak. Ohmaiiiii nak kena study syllabus baru plk dh sbb sebelum ni aku kan mengajar Darjah 3. Nak kena beli buku baru bagai dan kena bersedia fizikal dan mental untuk mengajar pelajar-pelajar tahap 2 pulak.

Maka bermulalah pengajaran aku disitu dengan sekolah baru, murid baru, rakan sekerja baru dan persekitaran yang baru. 

31 December 2015

HELLO 2016 !!!



Assalamualaikum...



May you have new hopes, aspirations and resolutions for the coming new year.


22 December 2015

NAZREN & LIYA

19 Disember 2015 merupakan hari bersejarah buat pasangan Nazren dan Liya. Mereka sepakat memilih tarikh tersebut sebagai tarikh pernikahan mereka.

Nazren merupakan adik abah yang paling bongsu. Di kalangan anak buah, beliau terkenal dengan panggilan Paksu. So, we welcome our beautiful Maksu in Haji Dasir's family.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri. Majlis Pernikahan telah dilangsungkan di surau yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.

Jom layan gambar-gambar sekitar pernikahan mereka..
 Pengantin Lelaki
Pengantin Perempuan
Rombongan keluarga sebelah lelaki berarak menuju ke rumah pengantin perempuan
Hantaran dari pihak lelaki
Hantaran dari pihak perempuan
Pengantin yang diraikan
Upacara membatalkan air sembahyang

To my dear uncle...Selamat Pengantin Baru. Semoga Perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah. 

20 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN SK DURIAN MAS II

Pada minggu terakhir persekolahan, telah diadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan kejayaan guru-guru dan murid-murid menghabiskan sesi persekolahan pada tahun ini. 

Jamuan ini melibatkan jamuan guru-guru sahaja dan jamuan dengan murid-murid. Makan, makan dan makan..kenyang perut suka hati. 

Pada hari Isnin diadakan terlebih dahulu jamuan bersama murid-murid mengikut kelas masing-masing. Manakala pada hari Rabu pula diadakan jamuan bersama guru-guru sahaja. 

Untuk jamuan bersama murid-murid, saya telah berbincang dengan mereka untuk mengadakan jamuan berkonsep 'Potluck' yang mana mereka diberi kebebasan untuk membawa apa-apa sahaja makanan dan minuman mengikut kemampuan masing-masing. 
Inilah juadah-juadah yang tersedia pada petang itu. Menu utama adalah Nasi Goreng dan Mee Goreng diiringi dengan pelbagai jenis kuih, biskut dan kek. 
Kami semua makan sampai licin. Dan masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana segala makanan yang dibawa telah selamat masuk ke dalam perut. 
Buat anak didikku kelas 3B 2015...terima kasih untuk segala kenangan  dan pengalaman yang pastinya akan kekal terpahat dihati untuk selamanya. 
Pada hari Rabu pula...diadakan jamuan bersama guru-guru KAFA sesi 2015. Bagi jamuan guru kami bersepakat untuk mengumpul duit sebanyak RM5 satu kepala. Kemudian, ada wakil guru yang bersetuju untuk membeli makanan dan minuman serta menempah kuih muih. Kami makan menu yang sama je semua orang. Gambar makanan lupa nak amik. 
Kepada rakan-rakan guru KAFA SK Durian Mas II sesi 2015... terima kasih kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Semoga ukhwah kita terus berpanjangan...AMIN

24 May 2015

HARI GURU 2015


Minggu lepas tanggal 21 Mei 2015 telah diadakan sambutan Hari Guru bagi peringkat sekolah. Memilih tema 'back to school' telah mengujakan semua orang untuk ke sekolah pada hari tu. Kami pihak guru cuba menyembunyikan dari murid-murid supaya ianya akan menjadi kejutan nanti. 

Bagi aku yang dah meninggalkan alam persekolahan sejak 2006 lagi, aku tidak menyimpan mana-mana stok baju sekolah yang lama. Dah larrr baju sekolah rendah pulak tu. Demi memeriahkan sambutan kami guru-guru bersepakat untuk meminjam dari mana-mana kawan, adik-beradik ataupun murid sendiri. Aku pulak telah meminjam baju dan tudung dari sepupu aku manakala kain aku beli yang baru. Nampak tak semangat kat situ....

So here we go!!!!
Selamat Hari Guru Cikgu!!!! Ini pentas yang dihias sehari sebelum acara berlangsung. Nampak tak kipas warna warni kat belakang tu....akulah yang buat tu dibantu oleh murid-murid yang lain. Menggunakan kertas A4 berwarna terus nampak cantik dari jauh. 
Guru-guru lelaki...muda belia je nampak kan???? Tapi jangan tertipu ini semua bapak-bapak orang dah.
Guru-guru perempuan pun apa kurangnya. Lagi nampak ayu berseri-seri gitu....huhu. Semua sporting dan menjadikan majlis meriah dan best. 
Ini pulak murid-murid yang setia menanti majlis bermula. Untuk hari ni...anak-anak murid jadi penonton je. Bagi peluang kat guru-guru ni plk bersuka ria. 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Kami Guru Malaysia. Seterusnya ucapan dari PK Hem, PK Pentadbiran dan Guru Besar. Selesai ucapan, bermulalah upacara perasmian sambutan Hari Guru peringkat sekolah sesi 2015. Acara simbolik memotong kek dan semua kek-kek tu adalah sumbangan dari ibu bapa kepada murid-murid. 
Selepas selesai upacara perasmian, semua bergerak ke kantin untuk sarapan pagi. Nampak tak keterujaan kami nak jadi pelajar balik. Makan pun kena beratur.
Settle part makan, bermulalah pula pertandingan untuk guru-guru. Murid-murid dok tepi je jadi penyokong guru-guru favourite mereka. Untuk guru-guru lelaki acara yang dipertandingkankan ialah menggosok baju kemeja paling kemas. 
Manakala guru-guru perempuan pula bertanding bagi acara mengopek buah kelapa paling cepat. Habis kuar semua skill skill diaorang ni. Aku tak join pun...tak pandai weiiiii

Acara-acara yang dipertandingkan ini telah dipilih sebulat suara ketika mesyuarat sebelum itu. Dan kalau korang nak tau, sebelum berlangsungnya sambutan ini...kami guru-guru telah pergi ke Mesra Mall utk bowling tournament. Kami pergi sebelah petang beberapa hari sebelum sambutan ini. 
Can u find which one is me???? Hehehe. Yes.. I'm in mint green saree. Selepas berakhirnya pertandingan-pertandingan itu, diadakan pula persembahan dari guru-guru. Guru-guru lelaki mempersembahkan boria yang sangat melucukan dari segi liriknya manakala guru-guru perempuan mempersembahkan tarian bollywood. Lupa nak amik gambar - gambar waktu persembahan kami. 

Penutup acara pada hari itu adalah penyampaian hadiah kepada pemenang, makan tengahari dan majlis pun bersurai. 
Bergambar kenangan dengan semua guru-guru. Ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan gambar kelas waktu sekolah dulu-dulu kan. 

Secara keseluruhannya, majlis berjalan lancar dan sangat meriah. Tahun depan buat yang best-best dan kreatif lagi. 
Penuh beg aku dengan hadiah-hadiah dari murid-murid. Thanks so much everyone and I Love You Dearest Students.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile