topbella

20 February 2015

NEW JOURNEY...


Assalamualaikum...

Aku menamatkan kontrak kerja di Universiti Malaysia Terengganu pada Jun 2013. Selepas itu bermulalah episod hidup seorang penganggur. Nak kata ada ladang anggur macam takde tapi masyarakat Melayu suka guna istilah 'tanam anggur'. Lantak pi larrr kat diooo nooo. Janji hidup diteruskan dengan aman dan bahagia. 

Agak lama berada dirumah sampaikan aku rasa sangat bosan. Oleh yang demikian, aku pun mula mengisi tawaran menyambung pengajian ke peringkat sarjana di beberapa universiti. Ini je pilihan terakhir yang aku ada pada waktu itu. Aku mengisi secara online kemasukan ke Uitm, Upm dan Unisza. Last2 aku dapat Unisza. Memang this time around Allah dah tetapkan belajar di negeri sendiri. Aku pun happy je dapat duduk rumah dan tak perlu berada di hostel lagi. Boring dah duduk hostel since Form1 lagi. 
Aku selamat mendaftar pada 15 Febuari 2015 di Pusat Pengajian Siswazah, Unisza. Macam biasa dapat bagpack Unisza, Id pelajar, serta jadual. 

Untuk pengajian kali ini aku memilih utk membuat fully research yang mana aku tidak terikat dengan kelas dan peperiksaan. Aku hanya perlu pergi ke universiti untuk kolokium siswazah dan berjumpa penyelia untuk menunjukkan progress research kita.

Ramai bertanyakan aku kenapa memilih bahasa instead of counseling. Bahasa adalah minat aku since aku sekolah menengah lagi manakala counseling adalah kos yang aku dapat ketika permohonan sarjana muda. Aku meminati skop-skop bahasa tak kiralah bahasa melayu ke inggeris ke mahupun Arab. 

Mengambil bahasa bukan bermaksud aku terror giler speaking ke ape ke tetapi ianya lebih kepada kepuasan untuk mengkaji dari skop bahasa. Ada yang dengar bila aku cakap je amik English terus macam terperanjat je. Why People??? Saya budak Masih Belajar dan takkan pernah habis belajar. 

Dari hatiku yang kecil ini, tiada sedikitpun rasa riak mahupun hendak berbangga dengan pencapaian sekarang. Aku berada di tahap ini kerana Allah dah aturkan perjalanan aku di sini. Daripada aku membuang masa di rumah baik aku belajar. 

Ada sesetengah berpendapat yang golongan-golongan yang belajar tinggi ni sebenarnya nak meletakkan wang hantaran yang tinggi bila berkahwin kelak. Tolong jangan percaya...aku rasa itu semua karut. Mungkin ada sebilangan kecil tapi jangan disebabkan sebilangan kecil ini habis pelajar-pelajar yang macam kami ni dilabel dengan sebegitu rupa. 

Jika diikutkan sejarah keluarga aku, adik perempuan aku merupakan anak yang paling bijak dalam keluarga dan diikuti pula oleh adik lelakiku dan yang pasti aku paling last. Tidak mustahil dua-dua adik aku ini akan berada di peringkat yang lebih tinggi dari aku suatu hari nanti. To my dear Angah and Adik GO FOR IT!!! K.Long will always support both of you. InshaAllah ilmu yang ada untuk dikongsi. 

Mendaftar di Unisza pada Febuari...bulan April aku mendapat tawaran untuk menjadi guru ganti. Nampak tak rahsia Allah pada nikmat rezeki. Alhamdulillah aku bersyukur sangat. 

24 January 2015

POK NONG

Kalau bercuti ke Terengganu, pastinya makanan-makanan yang akan menjadi tarikan utama pengunjung ke negeri ini. 

Antaranya nasi dagang, laksam, keropok lekor dan tak ketinggalan sotong celup tepung. Memang diakui terdapat banyak gerai yang menyajikan hidangan sotong celup tepung ni tapi yang paling best pasti menjadi tumpuan utama.

Berbalik kepada family aku pula, kami memang penggemar tegar makanan laut. Jadi kami mencuba dari warung ke warung untuk mencari yang terbaik. Dan memang tidak dinafikan lagi Warung Pok Nong adalah yang terbaik. Ini kerana harganya yang murah dan segar.
Sebagai orang Terengganu, aku memang suggestkan tempat ni sekiranya berkunjung ke Terengganu. Segala maklumat di hujung jari sekarang. 
Warung Pok Nong dah terlalu glamer, so tak menjadi masalah untuk mencari lokasi warung ini. Boleh google and siap ada di google map lagi. Warung ini juga dah keluar di beberapa rancangan televisyen. Menu yang disediakan disini ada mee goreng, kerepok lekor, ketupat sotong, pulut mangga, udang, ikan dan yang paling femes semestinya sotong celup tepung. Manakala air pula ada air kelapa fresh, air batu campur dan pelbagai air lagi.
Jom singgah sini kalau ke Terengganu...OK

05 January 2015

RAIKAN CINTA IEYLA & AMIN


Date : - 3 January 2015

Time : - 11.00 am - 5.00 pm

Venue : Pusat Latihan Kerteh 2/3



We never meet each other for almost ten years. Finally...I made it for her wedding's day. She is my bestfriend when I am in Secondary School. 



Reunite again!!! May our friendship remain forever and I love both of you so much!!

To Ieyla and Amin...



Wishing that you keep falling in love with each other again and again,
Have the most wonderful married life!


05 December 2014

HAJAR'S CONVOCATION DAY

30 November yang lalu, saya dan keluarga berkonvoi ke Bandar Jengka. Ini bagi meraikan majlis konvokesyen sepupu saya yang baru menamatkan pengajiannya di Uitm Kampus Pahang. Hajar merupakan anak sulung kepada ayah cik saya. Kami ke sana berkonvoi dua buah kereta. Rombongan kami seramai 10 orang...dan yang nak amik scrol sorang je..hihi. Itu perkara biasa dalam family saya. Kami sedaya mungkin akan berkumpul beramai-ramai meraikan kejayaan dalam ahli keluarga kami. Rombongan kami bermalam di homestay yang berdekatan dengan universiti. 
3 tahun lepas...saya turut menghantar Hajar ke sini untuk pendaftaran pelajar baru. Masa bergerak begitu pantas dan kali ni saya kembali ke sini bagi meraikan kejayaannya menamatkan pengajian.

Istiadat Konvokesyen ini berlangsung pada 1 Disember 2014. Dan Hajar tersenarai sebagai penerima pada sesi tengahari. Konvokesyen pada hari itu melibatkan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. 
Dalam dewan konvo, hanya dua orang yang boleh masuk so saya turut serta ke dewan menemani ibu saudara saya yang merupakan emak kepada Hajar. Ayah Hajar tidak turut serta kerana menjaga adik beliau yang bongsu. 
Selesai majlis, diadakan pula sesi fotografi di booth-booth yang menawarkan perkhidmatan fotografi satu keluarga. Selesai semuanya kami pun bertolak untuk pulang ke Terengganu. Majlis berakhir menjelang petang.
To my dear cousin...congratulation for your convocation and I am really proud of you. You now are a degree holder. Alhamdulillah. May you success in your future undertaking dear.




20 May 2014

FAMILY REUNION...

Majlis kahwin merupakan salah satu majlis yang menyatukan ahli keluarga dengan keluarga yang lain, kawan-kawan lama yang tidak berjumpa serta boleh merapatkan ukhwah dengan jiran tetangga. 
Kali ini, kami sekeluarga telah menghadiri jemputan dari keluarga kembangan sebelah abah. Kami bertolak ke sana pada waktu tengahari dengan dua buah kereta. 

Sampai sahaja di lokasi majlis, kami terus bergerak ke tempat makan. Sambil-sambil makan, ahli keluarga tuan rumah datang bersembang dari cerita ke satu cerita. Ialah bukan selalu dapat berkumpul beramai-ramai macam ni.

Inilah pengantin yang diraikan. Tahniah diucapkan kepada pasangan Shahirah dan Syahirpaul. Selamat Pengantin Baru!!!
Selesai makan, kami bergerak masuk ke dalam rumah pula untuk meneruskan sesi sembang menyembang. Berhenti bergambar seketika di ruang tamu rumah sebelum bergerak ke sudut lain.
Kemudian, kami semua ke dapur untuk melepak santai sambil bertukar-tukar cerita. Saya hanya menjadi pemerhati...memberi peluang kepada yang tua untuk bersembang.
Sebelum pulang, kami mengambil peluang untuk bergambar dengan keluarga besar kami ini. Bukan senang nak dapat kumpul macam ni selalu. 
Terima kasih ibu dan bapa pengantin perempuan kerana mengundang kami ke sini...
My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile