topbella

31 July 2012

AL- KISAH SOLAT SUNAT TARAWIH...


Hari ini 11 Ramadhan 1433H, umat Islam memasuki Fasa Kedua di bulan Ramadhan. Alhamdulillah kerana kita semua telah berjaya melalui Fasa Pertama dengan sebaik mungkin.

Di dalam entry lepas, saya telah kongsikan pengalaman saya belajar berpuasa. So, kali ni saya kongsikan pula pengalaman saya mengerjakan solat sunat tarawih. 

Solat sunat tarawih dilakukan sesudah solat Isyak hingga waktu fajar. Bilangan rakaatnya ialah 8 rakaat dan ada juga yang mengerjakannya sebanyak 20 rakaat. 

Saya mula berjinak-jinak dengan solat sunat tarawih ketika berusia 7 tahun lagi. Ini kerana saya selalu mengikuti nenek saya ke surau. Surau di kampung saya melakukan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat dan solat sunat witir sebanyak 3 rakaat. 

Bagi budak yang berusia 7 tahun ketika itu, saya dapat rasakan banyaknya nak kena sembahyang. Saya tak sembahyang pun sepenuhnya. Bila saya rasa nak sembahyang saya ikut, tapi bila dah malas tu mulalah nk bercakap-cakap ngn kengkawan dekat belakang. Memang gitulah gayanya, budak-budak ditempatkan di saf belakang beramai-ramai. Bila dah ramai macam-macam ceritalah jadinya. 

Ketika berusia 9 tahun, saya dah berjaya melakukan solat sunat tarawih dengan sepenuhnya. Apa resipi kejayaan itu??? Nenek saya akan pastikan dia sembahyang berhampiran dengan saf budak-budak so dari situ dia senang nak monitor saya samada saya sembahyang atau bercakap. Saya ingat lagi kalau saya bercakap nenek saya akan pusing belakang dan cubit dekat paha...hehe. Apalagi takut kena cubit punya pasal, saya sembahyanglah dengan jayanya. 

Ada juga cerita lucu bila pergi solat sunat tarawih ni..biasanya saya akan pakai telekung siap-siap dari rumah dan berjalan kaki bersama nenek saya, cik su dan kdg2 cik za pun ada gak. Dalam perjalanan nak sampai ke surau tu akan adalah suara-suara sumbang yang cakap "oiii cepat tgk hantu lalu depan kita ni". Ini kerana kitaorg kan berpakaian telekung serba putih berjalan kaki utk sampai ke surau.  Bila difikir logik manalah ada hantu time-time bulan puasa ni.

Part paling di nanti juga bila pergi tarawih ni ialah selepas siap sembahyang sunat tarawih mulalah terhendap-hendap nak tengok juadah utk moreh makan apa, kuih apa dan air apa..hehe. Sekarang bila pergi tarawih mesti teringat-ingat, semua tu dah jadi kenangan zaman kanak-kanak saya. 

Satu pesanan yang dititipkan oleh ustazah saya ketika di sekolah menengah dulu untuk kami budak-budak perempuan,  Rebutlah peluang utk bertarawih ketika masih bujang ni, kerana bila dah kahwin nanti masa kamu agk terbatas dengan nak uruskan rumahtangga, melayan kerenah anak-anak kdg2 minta didukung, minta dibuat susu dan paling havoc menangis  dan mengamuk lagi. Nak pergi masjid mmg payah dah kerana komitmen menjaga anak-anak di rumah. Kalau kat rumah pun mungkin kena curi-curi masa ketika diorang dah tido.

Kesimpulannya, nak memupuk budaya solat sunat tarawih ni biarlah sejak kecil lagi ibarat pepatah 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'. Bukan sesuatu yang mudah utk nak ajak kanak-kanak solat sunat tarawih ni kerana bilangan rakaatnya yang banyak tu dah satu hal. 

Bagi saya pula, apa yang cuba diterapkan oleh arwah nenek saya ni sangatlah berguna. Sehingga kini, saya tidak melepaskan peluang utk bertarawih bila ramadhan tiba. Rebutlah peluang ini, Setahun hanya sekali.




3 comments:

transformed housewife said...

betul apa yg nenek Fiza cakap tu. Masa bujanglah senang nak smbyg terawih. Knur thn ni baru beberapa kali je sempat sembahyg bila Husna nyenyak tidur. Tu pun buat kat rumah je.

maya amir said...

betul...masa bujang ni peglah tarawikh..nanti dah beranak pinak, anak2 kecil susah nak terawikh..selalu buat kat umah bile sume dah tidur:)

Affieza said...

@K.Nur & K.Maya: ha'ah sementara bujang ni rajinkan diri nanti dh kahwin masa agk terbatas...

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile