topbella

03 August 2013

LARIAN SANTAI PANTAI 2013

Ini merupakan aktiviti terakhir sebelum bergerak balik ke rumah...need to say Good Bye to UMT dah. Boleh dikatakan minggu terakhir ni memang setiap hari saya dan housemate kuar...menghabiskan hari2 terakhir di UMT dengan berjalan2 di kawasan sekitar yang menjadi laluan harian kami. 
Jam 8 pagi, hari Jumaat saya dan housemate, Biey bergerak ke Pantai Teluk Ketapang untuk menyertai Larian Santai ni. Actually larian ini bersempena dengan Pesta Pantai 2013. Thanks to Amy yang ajak kitaorg join larian ni. Kampung Amy merupakan tuan rumah untuk acara Pesta Pantai ni.  
Sampai je kat pantai tu, kena pergi register dulu untuk larian tersebut. Bila dah register akan dapat T-shirt free warna hitam. So, semua yang join larian ni memakai t-shirt yang sama. Larian bermula pada jam 8.30 pagi. Penat!!!! sebab berlari atas pasir pantai. Most of the time saya berjalan je...hehe...kata masuk larian tapi ni dah jadi berjalan santai...apa2 je lah janji join....Semua peringkat umur boleh join just register and bersedia di garisan permulaan. 
Haiiiiii!!!! inilah wajah2 kami di pagi hari sebelum memulakan larian. Habis bergambar jom berlari plk...larian ni xde lah jauh sangat dalam 2.5 km je kot. Pusing2 area pantai tu je pun. Tamat larian kami diberikan roti dan air untuk menghilangkan haus. Kemudian bergerak ke pentas untuk acara cabutan bertuah. Hamper banyak disediakan tapi dalam ramai2 hanya sorang je dari kalangan kitaorg yg dapat. 'You are lucky Ziyen' dapat bwk balik bekas air. 
Acara untuk pagi tu selesai pada jam 10.30 pastu g cari gerai2 yang jual makanan utk breakfast. Beli nasi lemak lagi camne tu? huhu. Balik rumah sambung angkut barang masuk ke kereta and then makan nasi lemak. Jam 11.30 bergerak meninggalkan umah sewa.

So, habislah episod suka duka sepanjang 6 bulan berkelana di Kampung Tok Jembal ni. 6 bulan juga lah berulang alik pergi kerja balik kerja di FPS,UMT. Semua tu dah tinggal kenangan dan terlakar kemas di It's My Life.

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile