topbella

07 December 2013

MARA ASSESSMENT CENTRE (MAC)

Alhamdulillah saya telah terpilih untuk urusan pemilihan dan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DC41, Skim Perkhidmatan Pendidikan secara kontrak ke dalam perkhidmatan MARA. 

Urusan ini telah berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 5 Disember 2013.

Di sini ingin saya kongsikan pengalaman melalui 'MARA Assessment Centre' tersebut. Saya terpilih bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DC41 (Bimbingan dan Kaunseling). 

Untuk proses ini, calon-calon perlu melalui tiga sesi berlainan yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. 

Sesi 1
Ujian Psychometric & Keutuhan Keguruan. 
Setiap calon perlu melalui ujian secara berkomputer dengan 60 soalan aneka pilihan. Soalan-soalan tersebut merangkumi aspek Pengetahuan Am, Psychometric dan Keutuhan Keguruan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan-soalan tersebut adalah 1jam 30 minit. 

Sesi 2
Persembahan Individu
Calon perlu melalui proses Micro Teaching selama 10 minit. Sesi ini untuk mengukur kreativiti & kepimpinan calon di samping itu calon perlu melalui proses Pra Amali Mengajar. Oleh kerana saya terpilih bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling, saya tidak perlu melalui Micro Teaching sebaliknya digantikan dengan sesi kaunseling. Untuk tugasan tersebut, saya dan ahli kumpulan yang lain diminta untuk menjalankan satu sesi kaunseling bersama dengan pelajar yang datang mengadu bahawa dia telah menjadi mangsa rogol. Setiap calon telah mengaplikasikan segala kemahiran dan teori yang dipelajari selama ini bagi mendapat markah yang baik dari panel penilai. Panel untuk sesi tersebut terdiri dari 3 orang. Manakala bagi calon-calon untuk subjek lain seperti Sejarah, Matematik, Sains dan banyak lagi mereka perlu mengajar di depan panel penilai. 

Sesi 3
Temuduga
Bagi sesi temuduga pula, tiada had masa yang diperuntukkan. Ianya bergantung 100% kepada panel penilai. Calon akan diminta masuk secara individu menggunakan konsep sukarela. Tiada pengagihan nombor giliran. Calon-calon dinilai melalui aspek personaliti, keperibadian & sahsiah serta soalan mengenai MARA.

Sesi 4
Esei
Semua calon diminta untuk berkumpul di dewan setelah proses temuduga dikesemua bilik selesai. Calon-calon diminta untuk menulis esei Bahasa Inggeris dalam masa satu jam. Tajuk yang diberi kepada kami pada hari itu adalah 'Apakah Sumbangan Yang Akan Kamu Berikan Kepada MARA'

Setelah selesai, semua calon boleh bersurai. Calon-calon untuk sesi seterusnya pula mengambil giliran. MAC ini telah dijalankan selama beberapa hari bagi memilih calon-calon yang terbaik untuk diserap masuk ke dalam MARA.

2 comments:

Unknown said...

Sis nk tnye, before tu ad ujian online x. Ujian online soalan bentu macam mana ye

Anonymous said...

Salam, nak tanye, struktur soalan online macam mane ye?

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile