topbella

29 March 2016

29 ON THE 29TH...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Ku panjatkan kesyukuran padamu Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku terus bernafas menghirup udaramu. Sesungguhnya nikmat ini tak mampu diungkap dengan kata-kata kerana engkau Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu itu. 

Setiap kali menjelang hari lahir...apa yang cuba aku praktikkan adalah berpuasa sunat sempena hari kelahiran. Pada sebelah malamnya didirikan solat sunat taubat memohon keampunan Allah diatas segala dosa yang tak terhitung pada umur yang telah berlalu. Disamping itu, dirikan juga solat sunat syukur mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah limpahkan sepanjang kehidupan di dunia yang sementara ini. 

Aku tidak dambakan kek yang bertiup lilin cukuplah ucapan doa dan selamat dari orang-orang yang aku sayang. Untuk hari lahir pada tahun ini, aku menerima ucapan menerusi sms, fb dan juga whatsapp.
SMS dari Abah dan adik bongsuku

 FB Chat dari pelajarku ketika di Politeknik Shah Alam

 Whatsapp dari ahli keluarga dan rakan-rakan rapat

 Ucapan di FB dari teman-teman sekolah dan universiti

Detik dan saat ini, aku sangat bersyukur dikurniakan insan-insan yang terus menyayangi aku dengan sepenuhnya. 
Abah - Lelaki pertama yang aku sayang di setiap hela nafas ini. Seorang yang sangat lembut dalam tutur katanya...tidak pernah meninggikan suara dengan anak-anak. Sentiasa cuba untuk penuhi keperluan kami adik beradik. Terima kasih kerana menjadi Abah yang sangat baik. 

Mama - Wanita yang sangat tegas dalam mendidik aku sehingga aku mampu untuk jadi anak yang sangat berdisiplin dalam semua hal. Seorang yang tidak banyak bercakap tapi dah cukup buat aku menghormati dia sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan aku.

Adik Bongsu - Lelaki yang cukup handsome dimata aku. Pakej lengkap sebagai anak dan adik yang sangat melindungi. He is my bodyguard when Abah is not around. Sangat rajin berjemaah di surau dan pandai mengaji dengan baik. 
Adik perempuanku - Walaupun kami berdua je anak perempuan dalam keluarga tapi aku dan dia boleh dikatakan 360 darjah perbezaanya. Aku tinggi dia paling rendah dalam keluarga, aku kurus kering dia berisi sebab semua isi dia dah amik...hehe...aku tidak berkaca mata dia berkaca mata, aku slow dia laju, aku sangat kemas dalam segala hal tapi dia boleh je sepah (pening palo den oiii), aku pendiam dia peramah, aku bawak balik cerita kat sekolah dia bawak balik cerita dari klinik. Segala perbezaan itu membuatkan aku dan dia sangat rapat dan selesa untuk berkongsi segala rahsia. Sempena hari lahir aku yang ke-29 ni, dia dah mula sibuk nak cari bakal abang ipar. Katanya mengikut nasihat abah adik-adik tak boleh potong line kakak sulung. Tak sabar nak kahwin lettewww...don't worry InshaAllah doktor pujaan hati akan muncul nanti. To my dear Angah...bercintalah dengan doktor kerana dia akan mengubati hatimu yang lara. Ok takkkk??? I just want you to know that I sayang you banyakkkkkk!!!

Walaupun umur meningkat lagi setahun tapi jiwaku tetap muda belia gitu...huhu. Macam umur 19 baru...ini bukan aku yang cakap tapi doktor gigi yang merawat aku dua minggu lepas cakap. Boleh dia ingat aku ni budak sekolah...hahahaha...tolong kita dah tua larrr

Tapi aku tak menafikan semua itu kerana melihatkan pada wajah-wajah adik beradik sebelah mamaku sangatlah buat aku jeles. Diaorang ni sangatlah awet muda, rambut masih hitam walaupun umur dah mencapai 5 series dan I'm so jealous ok!!! Tips please everyone!!!
(from left to right : - Ciksu, AyahLong, AyahCik, Mama, CikZa dan My Mother)

Ya Allah Kau Panjangkan Usiaku untuk terus bernafas di bumimu, melipatgandakan amalan terhadapmu dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga. AMIN

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile