topbella

26 July 2013

3 PLACES IN ONE DAY...

Dah macam-macam tempat kitaorg pergi and dah macam2 aktiviti yg kitaorg buat...now it's time for picnic...yeay!!! Oppsss bkn pergi bulan pose tawww dh lama pergi sebulan yg lalu tp baru nk tulis kt blog...huhu. 
Aktiviti ini mmg dirancang so xde masalah larrr...bila sebut picnic ni mmg xdpt lari dgn bakul2 makanan yg pelbagai tu...so utk picnic kali ni menu utama adalah bihun goreng + keropok keping. Menu-menu iringan pula byk jgk yg ringan2 ni macam nugget, sosej, sandwich, buah-buahan serta air. 
Now back to place that we already choose before. Kami semua sepakat nak ke La Hot Spring di Besut. Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam lebih gak dari Kuala Terengganu. Setibanya di pintu masuk Kolam Air Panas ni, kami perlu membayar RM1 per person. Kami berenam ke sini. Pergi waktu weekends so mmg xdpt nak elak org dah ramai memenuhi kawasan kolam tu. 

Memula tu pilih pondok rehat utk makan dan letak barang2. Sebelum bergerak ke kolam haruslah makan dulu lapar dah time sampai tu...ye lah kitaorg grk awal pagi dari umah. Selesai makan dan tukar pakaian barulah gerak ke kolam. Apa yg boleh saya cakap memang air kat kolam tu sgt panas dan sesuailah utk berendam. 
Menjelang tengahari, kami pun bersiap utk meninggalkan kolam ni. Kami singgah di Masjid Kg. La utk solat. Kebetulan kat sebelah masjid tu ada plk Taman Botani Kg. La. So, sempatlah bergambar jap sebelum bergerak. Kuar dari simpang Kolam Air Panas ni, one of my friend nk g jumpa kawan dia jap so singgahlah kat rumah kawan dia. 
Kemudian timbul plk idea nk menyinggah kat satu lagi tempat yg menjadi tumpuan org kat area Besut ni. Kami bergerak ke Air Terjun Lata Tembakah plk. Kami sampai dah petang dan mostly pengunjung nak balik dah. Tapi kami masuk je...kat sini bayaran utk masuk 2ringgit sorg tp kami masuk as a student so 1ringgit je lah. Berjalan cari tempat yg paling dekat coz dah lewat petang and bukak makan bekal lagi sambil bermain air. Nak mandi mmg xsempat dah. Nak berjalan lagi xsempat air terjun ni pun dah tujuh tingkat, kami berhenti kat tingkat 1 je...hehe..
Kul 6 petang gerak kuar dari Lata Tembakah dan menyinggah di Kampung Jabi plk. Bila sebut Jabi ni apa yg famous kat sini tak lain tak bukan 'Sate Jabi'. So, masing2 beli utk dibawa balik ke rumah. Kat sini siap kena queue lagi utk dptkan turn beli sate tu. 

Yg ni first time tgk...nasi himpit yg sgt besar...yg di snap ni pun dah tinggal separuh sebab dah potong. Teruja jap tgk. Dah dpt sate memasing terus gerak balik xde dah nak bhenti2 except berhenti solat je lah kat stesen minyak. 
Overall, dalam sehari tu kami berjaya menapak di tiga tempat yg berbeza dari Kolam Air Panas La, Air Terjun Lata Tembakah dan Kampung Jabi for sate. Sampai rumah dah jam 9 malam. Apapun sgt enjoy sepanjang hari tu esoknnya mulalah liat nak gerak g ofis. 

25 July 2013

TASK TERAKHIR...

Pergi kerja...balik kerja...now dah 6bulan mengulangi rutin itu setiap pagi. It's came to the end for my on job training with GEMS. Ini bermakna saya akan meninggalkan FPS, kerja-kerja dan juga staf2 kat sini...sob...sob

Bulan-bulan terakhir di FPS, tugas2 saya dah ringan dah. Untuk task terakhir ni, saya kena buat 'filing' lagi. Sebelum ni dah pernah buat masa task kedua dulu. Tapi yang bezanya, 'filing' kali ni saya kena susun surat2 dan masukkan ke dalam fail peribadi masing2. Kat FPS, ada 4 jabatan dan satu utk staf sokongan. So, saya kena manage semua surat2 utk 5 jabatan itu by person. 
Selesai yg tu, sebelum meninggalkan FPS, my supervisor mintak tolong handle utk lawatan ofis yg akan dilaksanakan pada bulan Julai nanti. Masa tu saya dah habis on job training ni tp dijemput jgk utk join lawatan ni. 

Regarding to this office trip, memula nak kena cari maklumat berkenaan jabatan2 yang ingin dilawati terlebih dahulu. Call dan cuba dapatkan person in charge utk lawatan2 ni. Dah dapat tu bolehlah bercakap dgn diaorg and tanyakan prosedur utk melawat tempat mereka. 
Settle part tu, seterusnya nak kena buat surat plk utk memohon kebenaran melawat ofis diaorg. Saya taip rangka2 sikit pastu supervisor akan betulkan kalau ada silap kat mana-mana ayat. Semua dah ok hantar pada pembantu tadbir utk tindakan selanjutnya. 
Bila dah pos tu nak kena follow up plk surat tu sampai ke tak. Selepas tu call lagi, utk tanya tarikh dan masa available ke tak. Bila semua dah settle maka tunggu je lah hari yang akan bertolak tu...huhu. Alhamdulillah berjaya menyiapkan semuanya sebelum meninggalkan FPS. 
Semua task yang diberi sepanjang 6 bulan di sini berjaya diselesaikan. Kesimpulannya banyak benda baru yang dipelajari sepanjang tempoh On Job Training ni. Dari sekecil-kecil hinggalah ke yang susah2. At least, saya tahu jgk selok belok kerja-kerja pentadbiran pejabat ni. 

Untuk semua warga FPS, ribuan terima kasih di atas segala tunjuk ajar kepada saya sepanjang berada di sini terutamanya kepada my supervisor. 

17 July 2013

RAMADHAN 1434H...

Lamanyaaaaa tak mencoret cerita-cerita yang menghiasi diari hidup saya... dah sebulan rupaya ia terbiar. Now i'm back...stay tuned!!! Akan kembali menulis cerita-cerita sebulan yg lepas utk menghiasi It's My Life.

Hari ni juga dah masuk hari ke-8 umat Islam berpuasa. Belum terlambat lagi utk saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengikut setia, pembaca dan juga silent reader blog ini. Marilah kita sama-sama menggandakan amalan-amalan di bulan yang mulia ini. 

Ya Allah...moga kami semua sentiasa di dalam rahmat dan keberkatanNYA...AMIN


20 June 2013

KEJAR HOTFM MYVI ZOOMERZ...

Rabu lepas, drive balik kerja sambil dengar Hot Fm. Kami xbalik terus ke rumah...sebelum tu pusing2 cari kedai nak beli makanan utk makan malam. Dalam kami dok ralit pusing2 cari kedai nak beli makanan tu tetiba dengar penyampai radio Hot Fm Ganu di frekuensi 105.0 cakap...ok skrg Hot Fm Myvi Zoomerz sedang berada di Pantai Tok Jembal, datanglah beramai-ramai dan dapatkan barangan ekslusif  dari Hot Fm. Pantai ni depan rumah sewa kitaorg je. 

Lintasan Myvi Zoomerz ni ada 3 waktu pukul 11.40 pagi, 1.40 tengahari dan 5.40 petang. Tp klu nak tau lokasi diorg kat mana pada waktu2 tu kenalah selalu dgr Hot Fm. Kalau naik kereta saya, mmg memanjang pasang Hot Fm je...huhu. 
Tp time ni, saya xberada di lokasi tu...saya berdua dengan housemate kat area pantai sebelah lagi iaitu Pantai Teluk Ketapang. So apa lagi terus gerak ke Pantai Tok Jembal utk berjumpa dgn diaorg. Waktu kitaorg sampai tu tgh sesi bergambar2 dgn mereka yg mendapat barangan ekslusif dari Hot Fm.

Kami pun turun dari kereta dan terus ke tempat mereka. Kami xdpt byk pun barangan dari Hot Fm sbbnya diaorg dah bersiap utk balik. Tp adalah jugak kenangan dari Hot Fm Myvi Zoomerz. Dapatlah sticker, poskad, notebook serta milo. Takpe...upah kejar diorg...hehe. 
Bergambar sekejap lepas tu baru sambung pergi beli makanan. To Hot Fm Myvi Zoomerz, thanks for the gift and lain kali datanglah lagi kat tempat kami. 

17 June 2013

MYFEST

Sempena sambutan Muslim Youth Festival (MYFest) baru-baru ni, Pusat Islam UMT telah menganjurkan Program Lestari Dhuha Perdana. 
Program itu telah berlangsung selama dua jam di Dewan Sultan Mizan. Setiap jabatan telah menghantar 7orang wakil bagi jabatan masing-masing. 
Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang yang merupakan Pensyarah dari UNISZA. 
Topik yang dikupas di dalam program selama dua jam ini ialah 'Hatiku Bukan Kristal'. Satu topik yg sangat menarik. Intro nya ustaz ni siap nyanyi lagu Najwa Latif lagi...hehe
Antara intipati topik yang dibincangkan ialah konsep bersyukur, tips2 ketika ditimpa musibah dan ujian, turut diselitkan dgn doa ketika kesusahan dan byk lagi. 
Last pic...kenangan bersama my officemate di program ini. Alhamdulillah dapatlah pertambahan ilmu baru untuk hari itu.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile