topbella

03 August 2013

LARIAN SANTAI PANTAI 2013

Ini merupakan aktiviti terakhir sebelum bergerak balik ke rumah...need to say Good Bye to UMT dah. Boleh dikatakan minggu terakhir ni memang setiap hari saya dan housemate kuar...menghabiskan hari2 terakhir di UMT dengan berjalan2 di kawasan sekitar yang menjadi laluan harian kami. 
Jam 8 pagi, hari Jumaat saya dan housemate, Biey bergerak ke Pantai Teluk Ketapang untuk menyertai Larian Santai ni. Actually larian ini bersempena dengan Pesta Pantai 2013. Thanks to Amy yang ajak kitaorg join larian ni. Kampung Amy merupakan tuan rumah untuk acara Pesta Pantai ni.  
Sampai je kat pantai tu, kena pergi register dulu untuk larian tersebut. Bila dah register akan dapat T-shirt free warna hitam. So, semua yang join larian ni memakai t-shirt yang sama. Larian bermula pada jam 8.30 pagi. Penat!!!! sebab berlari atas pasir pantai. Most of the time saya berjalan je...hehe...kata masuk larian tapi ni dah jadi berjalan santai...apa2 je lah janji join....Semua peringkat umur boleh join just register and bersedia di garisan permulaan. 
Haiiiiii!!!! inilah wajah2 kami di pagi hari sebelum memulakan larian. Habis bergambar jom berlari plk...larian ni xde lah jauh sangat dalam 2.5 km je kot. Pusing2 area pantai tu je pun. Tamat larian kami diberikan roti dan air untuk menghilangkan haus. Kemudian bergerak ke pentas untuk acara cabutan bertuah. Hamper banyak disediakan tapi dalam ramai2 hanya sorang je dari kalangan kitaorg yg dapat. 'You are lucky Ziyen' dapat bwk balik bekas air. 
Acara untuk pagi tu selesai pada jam 10.30 pastu g cari gerai2 yang jual makanan utk breakfast. Beli nasi lemak lagi camne tu? huhu. Balik rumah sambung angkut barang masuk ke kereta and then makan nasi lemak. Jam 11.30 bergerak meninggalkan umah sewa.

So, habislah episod suka duka sepanjang 6 bulan berkelana di Kampung Tok Jembal ni. 6 bulan juga lah berulang alik pergi kerja balik kerja di FPS,UMT. Semua tu dah tinggal kenangan dan terlakar kemas di It's My Life.

OUTING WITH STARHILL'S TEAM...

Ini pula cerita hari Khamis. Malam terakhir di rumah sewa sebelum balik ke rumah esoknya keluar lagiiii. Kali ni dengan kawan2 satu company masa program GEMS dulu. 
Kuar rumah lepas Isyak pastu singgah airport jap jemput my younger sis. Pastu kami berlima pun bergerak untuk dinner. Dinner kali ni mula tu ingat nak makan area Tok Jembal tu je pastu Lah ajak g Pulau Duyung. So, layankan ajer....makan mana2 pun ok je. Makan kali ni tak order dah Steamboat...masing2 ada choices tersendiri. 
Selesai dinner tu, kami gerak ke Taman Warisan pula untuk melihat pokok lampu2 ni. Biasa2 je...tak boleh lahhh nak lawan I-City yang kat Shah Alam tu. Pergi malam minggu, orang pun ramai duk melepak sambil berborak. Tak kurang juga yang duk main ATV memalam hari tu. Kawasan lapang so best larrr nak pusing2...hehe
Dah xde apa nak buat kat sini, masuk kereta gerak ke Pantai Batu Buruk pula. Kitaorang just pusing2 je xkuar pun dari kereta. Saje meronda melihat suasana malam minggu...hahaha. Habis dah pusing2 gerak balik umah sewa and kemas barangggggggg. 

02 August 2013

FAREWELL DINNER WITH GEMMIES...

Selasa Farewell Party from FPS, so Rabu plk kitaorg team gemmies berpakat untuk dinner beramai2 buat kali terakhir sebelum meninggalkan UMT hujung minggu tu. 
Actually kat UMT ni ada Gemmies from Cherating and ada jugak from Merang. So, kami berkenalan di UMT larrr. Overall dalam 20++++ gemmies yang On Job Training di UMT ni tp department lain-lain. 
Lokasi dipilih mengikut suara majoriti...kami sepakat untuk dinner di 'NR Seafood' Pengkalan Maras. Tak jauh pun dari rumah sewa masing2. Gerak dari rumah around 8.30 malam. 
(L: Biey, Atim, Ja, Nisa) (R: Fiza Sidek, Milla, Ziyen, Mira)

All of us enjoying eating + talking + posing and gossiping...hehehe. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan utk selamanya. Gonna miss all of youuuuuu!!!! 

Untuk dinner kali ni semuanya dibayar oleh Nisa. Thank you so much for the treat!!!

FAREWELL PARTY FROM FPS

Minggu terakhir di Fakulti Pembangunan Sosial (FPS), ada sedikit kejutan untuk saya dari staf2 Pejabat Pentadbiran FPS. It's Farewell Party!!! Sebelum tu Ahad ngn Isnin saya bercuti...masuk je ofis Selasa tu ada plk majlis ni. Tak tau larrr plan ni dirancang bila.
Tempoh On Job Training akan berakhir pada hari Khamis so majlis diadakan 3 hari terakhir saya di sini. Memula tu kitaorg meeting jap berkenaan lawatan ofis pastu baru masuk part Farewell ni. Boss saya yg memulakan ucapan pada majlis itu dengan merakamkan ucapan terima kasih utk segala kerja yang saya bantu sepanjang 6 bulan berada di sini. Seterusnya barulah saya plk memberi ucapan terakhir untuk mereka semua.

Dah selesai semua tu baru makan...thanks to K.Za and K.Azra for the nice cake...pink gitewwww!!!! tp perisa coklat larrrr...hehe
Yang ni adalah menu utama untuk hari tu...ni kira bajet ofis larrr. K.Kimie tempahkan nasi putih + kuah gulai + ayam goreng + sayur serta buah rambutan sebagai pencuci mulut. Air plk air sirap. Kekenyangan larrr tengahari tu.
Ini plk kira side dishes lahhh...thanks K.Ha for jelly kelapa ni. Ramai yang suka ngan jelly kelapa ni...kejap je dah habis.
Dan ini plk puding jagung. Thanks to K.Lia for make it!!! Sedap sampai bertambah saya makan...hehe. So semua enjoy je makan2 ni.

For the last...cenderamata penghargaan dari pihak fakulti sebagai kenangan. Disampaikan oleh Pen.Pendaftar Kanan a.k.a my boss lahh kat FPS ni.
Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih untuk seluruh warga FPS kerana telah membantu saya sepanjang tempoh 6 bulan berada di sini. Di sini bermulanya satu lagi ukhwah persahabatan yang akan menjadi memori terindah dalam hidup saya. TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA!!!

01 August 2013

HAVE FUN @ SUNWAY LAGOON...

Kesinambungan untuk entri sebelum ni...

Tamat je larian tu...makan + rehat jap sebelum menapak ke dalam Sunway Lagoon. Disebabkan kita join larian amal ni so dptlah pass masuk percuma ke 5 parks di dalam Sunway ni. 
So here we go!!! Amusement Park, Scream Park, Water Park, Extreme Park dan Wildlife Park. 
Yang pasti kami hanya berjalan2 je kat situ...xnaik pun benda2 yg ada kt park tu. Tak sanggup nak beratur panjang dengan nak menunggu turn lg. Tengok gelagat org pun dah boleh buat gelak2...dgn muka takutnya, menjerit gayatnya dan bermacam2 lagi. 
Memula masuk ke Wildlife Park dulu...kat sini orang tak lah ramai mcm park2 lain tu. Ye lah kat sini just dtg utk tgk2 binatang tu je pun. Yg datang nak main2 mmg tak dilayan park ni...hehe. 
Feel macam kat zoo negara dah tp sana lagi besarrrrr lah. Berjalan melihat binatang2 tersebut di dalam sangkar masing2. 
Sesambil berjalan tu berhenti jgklah utk amik gambar. Gambar saya mcm xde je tp gambar binatang je banyak ni...huhu
Dah habis mengelilingi Wildlife Park ni, kami bergerak ke Extreme Park pula. Honestly, inilah park yang paling saya sukaaaaaa!!!!
Alhamdulillah dilahirkan untuk tidak menjadi gayat pada ketinggian atau segala benda yang extreme ni. Sekali you dah buat mesti akan rasa nak buat lagi dan lagiiiiii...hihi
Kat sini memang ramai orang...panjang plk yang beratur naik main flying fox tu...so kami just berjalan je sepanjang jambatan gantung tu... kalau gayat jangan tengok bawah ok!!! hehe

Habis kat situ nak ke Scream Park plk tp sampai je terus give up tak nak masuk...malasnya larrrr nak beratur pepanjang tu. End up pergi Amusement Park lahhh...kat situ plk mostly kanak2 yg ramai. Banyak mainan2 best utk dioarang kat situ. 
Last before back to home....main air's time....hehe. Kami ke Water Park. Kat sini xpyh cakaplah mmg paling ramai kot tak kira peringkat umur semua ada. Main2 air jap pastu mandi2 kat situ sampailah masuk waktu Zuhur. Cuaca dah start nak panas tu, kami naik and terus ke tandas utk bersihkan diri dan salin baju.

Selesai cerita separuh hari kat Sunway. Sampai rumah around 3.30 petang dah. Anyway, really enjoy and have fun there. Rehat kejap je ni kat umah malamnya ada lagi aktiviti...apakah???? Flower's time. Coming soon in this blog Floria Putrajaya 2013...hehehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile