topbella

05 April 2016

FAMILY VACATION KE SABAH : DAY 3


Assalamualaikum...



...sambungan...


Day 3 (19 February 2016)

Good morning from Kiram's Village!!! Waktu gambar diambil ketika jam 8.00 pagi. Sementara menunggu semua ahli keluarga bersiap untuk misi hari ketiga pula.
Dari belakang cabin kitaorg, dah boleh tengok view Gunung Kinabalu. SubhanAllah cantik. Langit membiru ditambah pula dengan matahari yang memancar terik membolehkan aku capture view yang cantik. Setelah semua bersiap, kami mengangkat beg ke van kami dan check out from Kiram's Village. Kalau datang Kundasang jangan lupa stay sini. Recommended!!!!! View cantik, bilik dan bilik air ok dan banyak pilihan cabin yang korang boleh stay dan harga pun murah. Menurut pengusaha cafe kat situ 88% orang yang menginap kat situ adalah orang Semenanjung.

1) Mount Kinabalu Park

Pagi hari ketiga bermula dengan bersarapan. Kami ke Intan Restoran & Cafe lagi sekali untuk bersarapan pada pagi itu. Bila perut dah kenyang barulah boleh mula berjalan. Tempat pertama yang kami pergi untuk hari ketiga ialah Mount Kinabalu Park. 
Ini pintu masuk ke Mount Kinabalu Park. Di tengah2 tu adalah pondok untuk mendapatkan tiket. Tiket masuk ke sini adalah RM3 seorang. 
Driver menghantar kami sehingga ke sini. Kami pun berjalan masuk sehingga ke Pondok Timpohon tempat dimana para pendaki berkumpul untuk memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. 
Apabila mula melangkah masuk, bolehlah singgah ke sini untuk membaca info-info berkaitan dengan Mount Kinabalu.
Finally, in front of my eyes... It's Mount Kinabalu!!! Alhamdulillah amazing view for this morning. Teruja giler...ni baru tengok dari kaki gunung je...kalau sampai puncak tak taulah macam mane nak cakap. Kami sampai on time untuk capture view ni...kalau lambat memang tak nampak dh. Kabus dah mula menutupi view cantik tu. Better datang sebelum pukul 10 pagi. 
It's me there... gambar ni adalah gambar favourite untuk cuti-cuti Sabah kali ni. Aku ni bukanlah jenis kaki selfie. Aku prefer gambar yang ada view2 cantik kat belakang. Berada disini buat aku rindu sangat life waktu degree dulu. Aku suka mendaki gunung. Berada di puncak adalah satu kepuasan walaupun hakikatnya untuk sampai ke puncak bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai je yang akan kandas, yang surrender awal. Aku dah pernah tengok orang semput kena bwk turun, orang terseliuh kaki kena dukung turun bawah...semua itu kenangan. 

2) Jalan Salut, Tuaran

Dari Kundasang, bergerak terus untuk pulang ke KK. Takde berhenti mana-mana since semalam kita dah banyak berhenti. Jam 11 pagi kami disini. Lokasi menjual lokan bakar, kelapa bakar dan jeli kelapa. Disini terdapat deretan kedai kayu di tepi jalan yang menjual benda yang sama je sepanjang jalan.

Alang-alang dah sampai, haruslah dicuba ye tak??? Dua-dua adik aku tak layan kelapa ni.. dia boleh tidur dalam avanza. Aku turun dengan abah dan mama je termasuk driver sekali. Kitaorg amik jeli yang dalam kelapa ni sebiji kongsi 3 orang. Sebiji RM4. Sedap weiii sejuk je masuk tekak waktu tengahari tu. Ada jugak puding yang dijual dalam cup dengan pelbagai perisa. Itu dah biasa kat semenanjung. Yang dalam kelapa ni first time aku try.
Yang ni plk kelapa bakar. Bila kita nak, tuan kedai pun akan bakar. Yang ni panas lar. Sebiji RM5 kongsi je. Yang ni tak layan sangat. Lagi best puding tu. Best ke tak terpulang pada individu sebenarnya. Cuba dulu baru tau. Lokan bakar kitaorg tak ambil sebab tak makan.

3) Solat Jumaat / Zuhur di Masjid Bandaraya, Likas

Dari Jalan Salut, kami terus ke Masjid Bandaraya  untuk solat Jumaat. Masjid ini dikenali juga sebagai Masjid Terapung. Sampai tu orang dah mula memenuhi ruangan masjid. Jemaah perempuan pun ramai je yang datang Solat Jumaat. Aku solat jamak zuhur dan asar kat sini manakala Abah dan adik lelakiku bersolat Jumaat. Masjid ni pun aku google dan masukkan dalam itenerary. Nampak tak terperincinya aku punya itenerary. Mujur driver layan je...huhuhu

4) Lunch at Nasi Ayam Singapore, Api-Api Centre

Selepas habis Solat Jumaat tu, kitaorg gerak gi makan tengahari plk. Since adik bongsu aku sorang ni tak makan seafood, kitaorg decide utk makan nasi ayam plk. Untuk tengahari tu, semua makan menu sama je Nasi Ayam Singapore. 

5) Check In Stay Inn Hotel

Jam 2 petang dah boleh check in. Nak berjalan panas weiii...better balik hotel rehat dan tidur. Untuk hari ketiga kitaorg menginap di sini pula. Tempah hotel ni via booking. com je. Tak perlu deposit dan bayar waktu check in tu je. Kitaorg amik Family Room untuk 4orang. Harga satu malam RM150. Driver hantar ke sini dan janji amik jam 5.30 petang untuk pergi city tour. 

6) Menara Jam Atkinson

Petangnya bermulalah City Tour kami. Tempat pertama adalah ke sini. Menara ini berada di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu berdekatan dengan padang Merdeka. Untuk ke sini ada disediakan tangga yang mana boleh turun ke bawah untuk melihat view menara dari bawah. Aku amik gambar dari tengah-tengah tangga jadi nampaklah separuh je. 

7) Signal Hill Observatory

Dari Menara Jam Atkinson, kami ke Signal Hill plk. Dekat je dalam 10 minit dah sampai. Tiada bayaran masuk pun dikenakan. Disediakan tempat untuk duduk dan rehat sambil menikmati pemandangan Kota Kinabalu. Cafe pun ada kalau nak minum or beli makanan.
Pandangan Bandar Kota Kinabalu dari Signal Hill. Berada disini membolehkan kita melihat pemandangan bandar dan laut yang sangat cantik. Kami berada disini sehingga menjelang maghrib.

8) Perdana Park, Tanjung Aru

Malamnya, kami kesini untuk melihat air pancut berirama. Ianya akan dimainkan dengan diiringi oleh lagu-lagu yang pelbagai rentak. Tiada tiket masuk just bayar RM1 utk parking. Pertunjukan air pancut ini dimainkan setengah jam sekali bermula jam 7 - 9 malam. Setiap pertunjukan mengambil masa 10 minit. Better check the schedule kalau nak datang. Kitaorg datang yang kul 7.30 - 7.40 malam. 

9) Dinner di Dataran Todak

Sampai sini dalam jam 8.00 malam. Dah gelap memang tak dapat nak amik gambar ikan todak ni. Gambar ni aku ambil kat kotakinabalu.com. Dataran ini dikenali sebagai Dataran Todak kerana replika ikan todak yang berada di bulatan untuk ke situ. Siangnya dataran ini merupakan tempat parking kereta manakala di sebelah malamnya barulah dibuka deretan gerai yang menjual seafood segar dan dimasak disitu terus. Tempat ini memang dah popular di kalangan orang Semenajung yang ke Sabah kerana harganya yang berpatutan dan seafood- seafood yang segar. Bagi family aku, kitaorang order ketam masak cili, udang masak butter kering, ikan seekor bahagi dua, sebelah bakar manakala sebelah lagi masak stim, kerang bakar dan jugak kailan ikan masin. Overall, tempat makan ni paling puas hati sepanjang cuti-cuti Sabah. Recommended!!!

10) Pasar Malam Sinsuran

Penutup hari ketiga, selepas habis dinner kami ke Pasar Malam lagi. Kali ni Pasar Malam Sinsuran plk. Compare dengan Pasar Malam Kampung Air, pasar malam kat sini lagi banyak gerainya. So, bestlah nak jalan. Boleh cuci-cuci mata tgk orang dan of course mutiara lagi. Kat sini aku beli lagi kerongsang mutiara utk rakan-rakan guru dan family member. Dah habis beli...balik hotel utk mandi, solat dan tidur. 

TO BE CONTINUED...

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile