topbella

25 December 2012

BOWLING @ MEGAMALL


Sports Day berakhir pada jam 2 petang. Seperti yg dirancang beberapa jam sebelum tu, kami setuju utk keluar beramai-ramai. Dalam setuju-setuju tu tp still ada beberapa orang yg macam xsure ngn plan ni. The reason penatlah kan sebab baru lepas main nak2 budak laki diaorg dahlah kena cover 2 acara sbb xcukup org. Satu lg reason sbb takut xsempat balik utk post mortem malam nanti kul 8.30. 

Tapiiiiiiiiiii....habis je penyampaian hadiah kepada para pemenang, kitaorg kumpul dan decide samada nak teruskan or tak plan ni. We end up dgn JADI!!!  Set masa nk kumpul dalam pukul 3.15 kt lobby and then pergi lunch kt New Roof. 

Around 3.15 mulalah telefon biliklah berbunyi, sms masuk kt inbox dan duk call2 memasing nak tanya kt mana? dah turun ke?  Si Ali plk pergi isi angin tayar kereta dia dulu. Tunggu punya tunggu dkt kul 4 gak gerak ke Kuantan.

Kami konvoi 4buah kereta since dlm kelas kitaorg ada 4org yg bwk kereta Ali, Zuki, Huda dan Shifa. Semua join except Dira ngn Syafiq. Ada dua pilihan tempat either Kuantan Parade or Megamall Kuantan. So, kitaorg pilih g Megamall. 
- Team 1: Jiha, Ajue, Linda, Wanie, Huda -

Aktiviti petang ni main bowling...gigihkan xcukup ngn futsal, volleyball g main bowling plk. Padahal memasing dan letih tu sepagi ngn Sports Day tp semua cam enjoy je. That's what we call the power of friendship...hihi baru 3minggu je kenal ni. 
- Team 2: Edaya, Fiza, Qila, Shifa, Sya -

Team kereta Shifa sampai dulu, so pergilah dulu book tempat sambil menunggu yg lain2 sampai. Lama jgk nak tunggu turn kitaorg sebab orang ramai nak2 weekend plk tu. Tapi at last semua boleh main.
- Team 3: Suhaimi, Lah, Mila, Tim, Ali - 

Kitaorg dpt 4 lane so pecah kepada 4 group. Maka bermulalah pula Bowling Tournament utk Company Starhill ni td dah g Sports Day kt Gems...huhu. Dalam duk ralit main boleh plk dpt sms dari Site Management suruh g meeting kul 6.15...mmg tak lah sape suruh inform last minute. Meeting utk HR Manager je yg lain2 tak terlibat. 
- Team 4: Izwan, Zuki, Sam, Kimi - fokus tangan diaorg bertiga tu sama tak??? hihi

Baling, masuk longkang, baling, masuk longkang...10 pusingan habislah gamenya. Settle semua tu ada yg gerak ke surau dan ada yg gerak pergi mencari makanan. Selepas maghrib bertolak balik ke Suria Cherating plk utk Post Mortem. Post Mortem start kul 8.30 tp kitaorg sampai time tu dah around 9.00 tp nak tak nak buat selamba je masuk.

Aku pulak cabut naik bilik tak turun pun post mortem tu. So, duduklah kt bilik tu ngan roomate aku tanpa pasang lampu. Kitaorg naik katil and zzzzz...tp kejap je. Habis post mortem tu, aku turun bawah and jumpa Cik Wani nak tanyakan pasal meeting td. Rupa2nya nak cakap pasal timesheet. Settle that part naik bilik, mandi, sembahyang, rehat dan sambung tidur balik. Yeay esoknya Off Day. 

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile