topbella

20 May 2014

FAMILY REUNION...

Majlis kahwin merupakan salah satu majlis yang menyatukan ahli keluarga dengan keluarga yang lain, kawan-kawan lama yang tidak berjumpa serta boleh merapatkan ukhwah dengan jiran tetangga. 
Kali ini, kami sekeluarga telah menghadiri jemputan dari keluarga kembangan sebelah abah. Kami bertolak ke sana pada waktu tengahari dengan dua buah kereta. 

Sampai sahaja di lokasi majlis, kami terus bergerak ke tempat makan. Sambil-sambil makan, ahli keluarga tuan rumah datang bersembang dari cerita ke satu cerita. Ialah bukan selalu dapat berkumpul beramai-ramai macam ni.

Inilah pengantin yang diraikan. Tahniah diucapkan kepada pasangan Shahirah dan Syahirpaul. Selamat Pengantin Baru!!!
Selesai makan, kami bergerak masuk ke dalam rumah pula untuk meneruskan sesi sembang menyembang. Berhenti bergambar seketika di ruang tamu rumah sebelum bergerak ke sudut lain.
Kemudian, kami semua ke dapur untuk melepak santai sambil bertukar-tukar cerita. Saya hanya menjadi pemerhati...memberi peluang kepada yang tua untuk bersembang.
Sebelum pulang, kami mengambil peluang untuk bergambar dengan keluarga besar kami ini. Bukan senang nak dapat kumpul macam ni selalu. 
Terima kasih ibu dan bapa pengantin perempuan kerana mengundang kami ke sini...
My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile