topbella
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

19 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 4

Assalamualaikum...



...sambungan...


Day 4, (3 September 2016)

Hari terakhir di Bandung. Nak balik dah...alah tak puas lagi jalan. Jam 5 pagi masing-masing dah bangun untuk bersiap. Beg semua dah siap kemas malam lagi. Tinggal bangun untuk mandi dan solat. 

1) Orange Homes Hotel


Dekat depan bilik kami ada kolam ikan. Menghirup udara segar awal pagi sambil melihat ikan-ikan berkejaran. Ada set sofa juga untuk duduk berehat dan santai. Sempat lar duduk kejap situ sebelum pergi check out. 


Kami check out jam 6 pagi dari hotel. Dengar 6 pagi je macam awal kan tapi Bandung dah cerah waktu tu. Bandung kan lambat satu jam dari Malaysia. Kami tak sempat breakfast pun sebab cafe mula beroperasi jam 7. Pergi receptionist untuk serah kunci dan masukkan segala beg ke dalam Avanza sebelum bergerak ke airport. 

2) Bandara Hussien Sastera Negara, Bandung


Sampai airport, pergi timbang segala beg untuk dimasukkan ke dalam kargo. Ramainya orang waktu ni. Disebabkan luggage atas nama aku, so aku beratur kat sini settlekan luggage sementara yang lain-lain terus bergerak ke balai berlepas. 


Tepat 8.30 pagi waktu Bandung, kami sekeluarga selamat berlepas untuk pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Bandung dan InshaaAllah panjang umur kami datang lagi. 

3) Air Asia Flight 

Disebabkan kami tak sempat nak breakfast dekat cafe hotel, adik aku dah siap2 pre book breakfast menerusi website air asia. Better pre book murah sikit jika dibandingkan dengan beli waktu cabin crew jual2 tu. 


Kami amik nasi lemak 4 dan satu nasi ayam untuk adik laki aku. Untuk yang first time makan nasi lemak ni, apa yang boleh aku cakap sedap. Terbaeklah Pak Nasser punya rendang dengan sambal tu. Perut kenyang and then tidur. Sebelum kami mendarat, cabin crew membuat semburan dalam flight bagi mencegah virus zika yang sedang berleluasa sekarang ni. Ini atas arahan dari KKM. Kalau flight domestik takde pun. Yang ni sebab kami semua dari Indonesia. Kami selamat mendarat di KLIA2 jam 11.40 pagi. 

Berakhirlah percutian keluarga kami di Kota Bandung. Esoknya memasing dah start kerja.


17 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 3

Assalamualaikum...



...sambungan...


Day 3, (2 September 2016)

Kepenatan hari kedua tidak lagi terasa setelah melalui tidur yang sangat lena pada malam kedua di Bandung. Hari ni bangun dengan teruja dan tak sabar nak pergi shopping lagi. Hari ketiga memang dikhaskan untuk shopping. Sebelum memulakan perjalanan hari ketiga, kami ke cafe untuk sarapan dulu. Menu pagi tu bihun goreng + telur mata, roti bakar, air teh dan kopi. Settle makan terus ke Avanza sebab Supir dah sedia menunggu. Supir yang kami upah tu tak dapat bawak kami jalan-jalan hari ni kerana perlu menghadiri kenduri dan dia mintak kawan dia gantikan. Kitaorang takde masalah janji misi shopping kami berjalan lancar. Here we go!!!

1) Grutty, Cibaduyut


Destinasi pertama kami untuk hari ketiga ni adalah ke Cibaduyut. Cibaduyut sememangnya terkenal dengan barangan kulit. Suka bebenor adik aku yang laki tu. Kasut, beg, tali pinggang, wallet dan pakaian semuanya ada kat sini. Harga pun takdelah mahal sangat. Tempat yang kami pergi ni namanya Grutty. Besar dan selesai untuk membuat exercise kaki...hehehe. 

Kalau nak beli t-shirt Bandung pun ada kat sini. Aku dengan adik perempuan aku beli untuk hadiahkan kat kawan-kawan. Manakala adik laki aku plk semua dia macam nak beli. Beli kasut, beg, jaket kulit dan t-shirt. Abah dengan mama pun beli jgk baju kat sini. Kami kat sini sampai tengahari. 

2) Rumah Kain, Taman Kopo


Kami keluar dari Grutty menjelang masuknya waktu Zohor. Di sebabkan hari ni hari Jumaat, abah dengan adik aku nak g Solat Jumaat. Sementara diaorg Solat Jumaat, kami mintak tinggalkan team perempuan ni kat Rumah Kain je. Kalau dah masuk rumah kain, memang pening lagi tengok kain cantik-cantik. Aku tak beli dah kain kat sini. Hati mesti kental ok...hehe. Tapi sempat jugak rembat telekung solat sepasang. Lepas habis solat Jumaat, diaorg datang jemput kami untuk pergi makan tengahari plk. 

3) Restoran Makan Sederhana


Kami ke Restoran Sederhana untuk makan tengahari. Sajian yang disajikan adalah masakan Padang. Masuk je, pelayan akan tanya berapa orang rombongan dan tunjukkan kita meja. Lepas tu mereka akan hantar nasi dengan lauk-lauk yang pelbagai jenis dalam setiap pinggan tu. Mana yang nak makan, amik siap-siap. Harga dikira untuk lauk yang kita usik je. Yang tak nak tu boleh letak tepi siap2. Ini merupakan kali kedua dah kami ke restoran ni. Sangat sedap, harga pun berpatutan dan very recommeded u ollsss. 

4) Toko Tiga


Perut dah kenyang... sambung berjalan lagi. Lokasi seterusnya adalah ke Toko Tiga. Toka Tiga merupakan tempat menjual jeans yang original. Supir aku siap berlawak lagi sebelum kami masuk. Dia cakap nak masuk dalam tu baca doa banyak2 sebab banyak jin katanya...hahaha. Di samping jeans, t-shirt, blouse pun ada dijual kat sini. Tapi fokus utama orang datang ke sini mostly akan beli jeans. Disediakan perkhidmatan potong jeans siap2 selepas kita dah selesai bayar tu. 

5) Pasar Kosambi


Tidak jauh dari Toko Tiga tu, ada pulak Pasar Kosambi. Pasar Kosambi ni terkenal dengan kerepek dan kacang. Pelbagai jenis dan rasa.Tarikan utama of course Kacang Bandung. Sedap jugak boleh rasa dulu sebelum beli. 


Aku beli Pisang Salai Cheese kat sini untuk diberi kepada rakan-rakan guru kat sekolah. Harga jauh lagi murah jika nak dibandingkan dengan Kartika Sari mahupun Pasar Baru. Kami dah kali ketiga datang Bandung so dah boleh compare mana mahal mana murah. 

6) Kartika Sari


Siap beli kerepek, kami ke Kartika Sari plk. Fokus datang sini sebab nak beli brownies. Adik beradik aku memang hantu Coklat. Semua yang coklat-coklat suka jangan vanilla, strawberri mahupun pandan. Ada brownies chip, brownies kukus, brownies gulung dan pelbagai lagi. Kek pun ada. Aku bawak brownies ni pergi sekolah dan bagi anak murid rasa sikit sorang. Selain Kartika Sari, satu lagi brownies yang famous kat Bandung ni ialah Amanda Brownies. Waktu kali pertama datang dulu, dah test dekat dua-dua kedai ni. Dan kami jatuh cinta dengan texture dan rasa dari Kartika Sari. 

7) Cihampelas Walk Mall (CiWalk)


Sebelah malam adalah waktu untuk mengukur Mall. Mall yang kami pergi untuk hari ketiga adalah CiWalk. Bila sebut Mall, macam biasa sama je macam Mall dekat Malaysia. Mall ni sangatlah besar sampai kami tak jumpa jalan mula-mula masuk tu. Apa yang aku boleh cakap, tempat ni budak-budak muda datang jalan. Dan kanak-kanak pun suka sebab ada corner untuk main. Mainan yang pakai masuk duit syiling tu pastu gerak. Sampai menangis-nangis tak nak turun. 

8) Paris Van Java


Selepas dah puas pusing kat dalam CiWalk, wassap Supir untuk datang jemput dan bergerak ke shopping complex yang lain pula. Penutup shopping malam tu adalah ke Paris Van Java. Kalau datang sini bolehlah kalau nak usha barang-barang branded. Even, Sogo pun ada kat dalam ni. Kat sini, beli tshirt je. 

9) HDL Cilaki


Penutup jalan-jalan hari ketiga adalah makan. Nak mula jalan makan dan of course habis jalan pun makan...hehehe. Kami makan malam di HDL Cilaki. Masakan Sunda. Sumpah sedap. Teringat-ingat sampai kat Malaysia. Tiga kali datang Bandung, tiga kali jgk kami datang makan kat restoran ni. Yang bestnya, lauk yang tak habis boleh tapau bawak balik. Sajian kat sini adalah masakan Sunda. Main dish kat sini seafood. 

Dah habis cerita jalan-jalan hari ketiga. Balik hotel keluarkan beg dan kemas barangan shopping. Esok awal-awal lagi dah nak check out sebab flight pagi. 

TO BE CONTINUED...


13 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 2 (PART 2)

Assalamualaikum...



...sambungan...


4) Dusun Bambu 

Lepas perut dah kenyang...kami meneruskan lagi misi jalan-jalan untuk hari kedua. Next, kami ke Dusun Bambu pula. Tiket masuk RP 15,000 seorang. Tiket boleh ditukarkan dengan mineral water ataupun anak pokok. Bestkan Bandung ni??? Tiket boleh ditukarkan dengan minuman. Kat Malaysia ada tak konsep macam ni???


Settle beli tiket, terus bergerak dekat van yang berhias cantik-cantik ni. Van ni lah yang akan hantar kami untuk melawat ke dalam kawasan Dusun Bambu.


Van akan stop kat depan ni. Inilah Bambu Tower. Sebab tu nama tempat ni bambu. Hampir semua tempat dihiasi dengan buluh yang cantik-cantik.


Ni lah tempat-tempat yang boleh dilawati kalau datang ke Dusun Bambu. Banyakkkk...aku tak pergi pun semua tu. Pergi yg dekat-dekat je. Lenguh wei nak jalan kaki. Berhenti solat jamak Zohor dengan Asar kat sini.


Ini Pasar Khatulistiwa. Ada dijual barangan cenderamata dan makanan. Kedai-kedai makan pun ada kat dalam ni. Disebabkan kami baru je makan sebelum datang ke sini, jadi kami datang belek-belek je. 


Yang ni pulak ialah Bamboo Playground. Nak masuk main kena bayar tiket lain. Untuk budak-budak je lah. 


Dekat depan surau ada taman bunga. So, haruslah terjah walaupun tak suka bunga. Macam-macam jenis bunga dengan pelbagai warna ada kat sini.


Hampir satu jam lebih kat sini, berjalan untuk turun dan tunggu van berhias tu balik. Sebelum tu, pergi tukar tiket tadi dengan mineral water. Banyaknya minum air hari tu dahlah kawasan Lembang ni sejuk. Sebelum balik,, kita pose satu gambar kat menara dulu sebagai kenangan dah sampai Dusun Bambu. 

5) Trans Studio Mall

Dari Dusun Bambu ke shopping mall plk. Shopping mall pertama yang kami masuk adalah Trans Studio Mall. Survey barang dengan harga agak mahal, so tak beli apa-apa pun. Pergi J.co makan donut. Yummyy!! Maghrib baru keluar dari mall ni. 


6) Warung Nasi Ampera

Untuk dinner malam tu, kami makan di Ampera pula. Ampera menyajikan masakan Padang tapi versi Sunda. Makanan dia memang dah masak siap-siap. Kita datang amik lauk mana yang nak kemudian pelayan restoran akan panaskan lauk-lauk yang kita amik tu. Gambar takde sebab tengah-tengah makan tu boleh plk blackout. Cuba bayangkan pelayan datang hantar lilin dekat meja kami. Mujur tak tercekik...hahaha. Tapi kejap je lah lepas tu ok balik. 

7) Bandung Trade Centre (BTC)

Ini merupakan tempat terakhir yang kami singgah untuk hari kedua. BTC ni dekat je dengan hotel kami. Kat sini jual pakaian. Murah-murah je tapi tak kena dengan taste aku so tak beli. Kalau kat Malaysia BTC ni macam Times Square.

Cukup 12 jam kami berjalan untuk hari kedua. Esok masih ada. Balik rehat dekat hotel. Badan penat, mata ngantuk dan kaki dah lenguh. 

TO BE CONTINUED.....

10 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 2 (PART 1)

Assalamualaikum...



...sambungan...

Day 2, (1 September 2016)

Our second day in Bandung. Disebabkan Bandung ni lewat satu jam dari Malaysia. Jam 5 dah bangun untuk solat subuh dan mandi. Omg!!! airnya sejuk sekali. Mujur ada water heater. Bolehlah lepas untuk buat mandi...huhu. Selesai semua, pergi ke cafe untuk sarapan pagi. Pagi tu menu nasi goreng + telur mata, keropok, serunding daging, roti bakar, air teh, kopi dan jugak jus buah. Banyak sampai tak larat nak masuk mulut. Cerita jalan-jalan kami bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 8.30 malam. Kami upah Supir siap2 untuk bawak jalan-jalan ke tempat yang kami nak pergi. Itenerary seperti yang aku susun, dia just follow je. 

1) Farm House, Lembang


Tiket masuk ke sini adalah RP 20,000 seorang manakala parking plk RP 10,000. Tiket yang kita dapat tu boleh ditukarkan dengan segelas susu ataupun sosej bakar. Boleh pilih nak yang mana. Apa yang aku boleh cakap Farm House ni macam Bukit Tinggi kat Malaysia tu.


Lets explore...setiap sudut kat Farm House ni orang akan berhenti amik gambar. Banyak view yang cantik-cantik. So, kalau nak bergambar tu, kena ikut turn. Yang ni basikal-basikal dihiasi dengan bunga-bunga yang pelbagai jenis dan warna. 


Ini pulak Snow White punya rumah. Yang ni lukisan je. Rumah ada kat sebelah lukisan ni. Kalau masuk kat dalam rumah tu ada dijual barangan cenderamata.


Yang ni pulak rumah apa ntah. Lupa dah tapi siap dengan tayar bagai boleh gerak. Budak-budak suka naik.


Air terjun pun ada. Best...nyaman je rasa. Tapi tak boleh nak turun dekat sebab kawasan berpagar. Tengok dari tepi je.


Ini rumah arnab. Comel-comel je arnab tu. Dulu waktu kecik-kecik adik aku yang laki tu suka main. Binatang favourite dia.


Ini pulak biri-biri punya tempat. Dah nama Farm House so layan je lah. Banyak lagi sebenarnya binatang-binatang lain kat sini tapi aku tak amik gambar.


Kat sini pulak memang tempat tumpuan. Hobbit's House. Kalau tengok filem Lord of the Rings mesti pernah nampak rumah ni kan??? Haaa...yang kat tangan adik aku tu lah susu yang kitaorg dapat bila ditukarkan dengan tiket. Susu tu ada perisa original, coklat dan strawberi. Sedap macam susu Dutch Lady. 


Jalan lagi...singgah kat tempat nenek kebayan plk. Nak amik gambar dengan nenek kebayan kena bayar lain. So tak payah...baik kita amik gambar kita-kita je...hahaha. 


Kalau yang layan cerita korea mesti selalu tengok 'Love Lock' ni kan. Sekarang ni bukan dekat Korea je ada, banyak dah tempat yang buat benda ni. Even dekat Langkawi pun dah ada sekarang. 

Banyak lagi sebenarnya tempat yang cantik-cantik kat dalam ni tapi ramai orang dengan nak kena tunggu turn lagi so mana yang takde orang aku stop jap amik gambar. Hampir sejam lebih jgk dekat sini baru keluar. 

2) Rumah Kain Sulam Pesona. 


Setelah puas mengelilingi Farm House tadi, kami pun decide untuk pergi cuci mata sesambil menghabiskan rupiah yang ada. Kain sulam sememangnya simbolik kalau datang Bandung. Mesti akan beli jugak walau sepasang. Pening weii..pegang yang ni berkenan yang tu. Amik yang corak tu tengok corak lain pun cantik jugak. End up menung jap baru pilih. Lama giler kot dok sini. Abah siap blh g tidur kat surau...hahaha...perempuan...perempuan.... Telekung solat pun beli kat sini jugak. Senang tak payah nak pening lagi lepas ni. 2 jam lebih baru siap. Staff kat sini sediakan coffee dan mineral water untuk customer minum sebelum pulang. 

3) Restoran Sapu Lidi, Lembang

Beli kain...kain jugak...perut lapar harus diisi. Dari rumah kain Pesona, kami bergerak untuk makan tengahari pula. Aku pilih restoran ni sebab konsep makan di sawah padi. Aku manalah pernah pergi sawah padi. Best jugak...tenang dan damai melihat kehijauan sawah. 


Kat sini makan masakan panas je...abah dengan mama order mee rebus, aku dengan adik perempuan order nasi goreng seafood dan adik laki pulak order nasi goreng ayam. Air tembikai, apple dan mango dan kopi untuk Abah. Yang pasti masakan kat sini tak samalah macam Malaysia. Mee yang diaorang guna pun aku tengok macam mee maggi je. 


Perut dah kenyang...bolehlah berjalan lagi. Next entry k. Tak larat tengok gambar banyak sangat kat sini. 

TO BE CONTINUED...

07 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 1

Assalamualaikum...

Bercuti lagiiii...Yes I Likeeee. Ini merupakan percutian kedua keluarga aku untuk tahun ini. Before this, pergi Sabah on February. 

Ok, untuk kali ini kami ke Bandung, Indonesia pula. Ini merupakan kali ketiga kami menjejakkan kaki ke Bandung. Sememangnya tak pernah boring datang Bandung. Banyak tempat untuk di lawati, makanan yang enak-enak, cuaca yang sejuk dan of course shoppingggg. 

Trip kali ini sempena meraikan kejayaan adik bongsu aku menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UITM Julai lepas. InshaaAllah another Pharmacist in the family. Kesian dia selalu kena tinggal sebelum ni sebab masih terikat dengan komitmen sebagai pelajar. This time around, bila tanya nak g jalan mana lepas habis belajar ni...terus dia cakap Bandung. 

Coretan Bandung 2016...

Day 1, (31 August 2016)

Bertolak dari rumah jam 7.00 pagi. Sampai airport terus cari parking untuk park kereta abah. Amik tiket parking bermalam dekat kaunter. Flight kitaorg ke Subang jam 8.55 pagi. And then amik shuttle ke KLIA2 jam 11.40 pagi. Sampai KLIA pergi makan tengahari dan solat jamak Zohor dan Asar. Flight ke Bandung pula jam 3.45 petang.


Kami selamat mendarat di Bandara Hussien Sastera Negara jam 4.55 petang waktu Bandung. Bandung lewat satu jam dari Malaysia. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam 10 minit untuk sampai ke Bandung. Sempatlah tidur seround...huhu. Keluar dari balai ketibaan terus cari Supir yang dah awal2 kami deal. Guna Supir yang sama je waktu datang 2014. 

1) Restoran Sangkuriang


Dari airport, kami meminta Supir untuk bawak makan malam sebelum check-in hotel. Kami memilih untuk makan di Restoran Sangkuriang untuk malam pertama di Bandung. Bandung terkenal dengan masakan Padang dan masakan Sunda. Di restoran ni, juadahnya adalah masakan Sunda. Masakan Sunda ni kalau kat Malaysia masakan panas lar.Order dulu baru diaorang pergi masak. 

Menu wajib kalau datang Bandung haruslah Ikan Gurame. Tak sure plk ikan apa kalau kat Malaysia. Tapi family aku memang suka ikan ni. Untuk malam tu kitaorang order ikan gurame masam manis, ayam bakar dengan sotong masak mentega. Alhamdulillah...kenyang. 

2) Orange Homes


Selesai makan, terus bergerak ke hotel untuk urusan check-in. Kami stay hotel yang sama je dengan waktu datang sebelum-sebelum ni. So, tak jadi masalah. Dah tahu keadaan persekitaran dan menu makanannya.


Inilah hotel kami. Bilik kami paling bawah tengah-tengah tu. Kami amik family room untuk 5org. Ada dua katil queen dan satu katil single. Kalau yang nak lari dari kesibukan kota, bolehlah menginap kat hotel ni. 

Setelah seharian berpenat menunggu di airport, tibalah masa untuk merehatkan diri. Malam tu stay dekat hotel je. Sembang-sembang, mandi, solat dan tidur. 


Misi jalan shopping jalan shopping akan bermula esok pagi seawal jam 8.30. Nantikan di entri hari kedua...hehe

TO BE CONTINUED.....

10 April 2016

FAMILY VACATION KE SABAH : DAY 4

Assalamualaikum...




...sambungan...


Day 4 (20 February 2016)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bumi Sabah. Untuk hari terakhir, kami sekeluarga memperuntukkan masa yang ada dengan shopping sampai lebam.

1) 1 Borneo Hypermall


Driver datang menjemput kami pada jam 10 pagi untuk meneruskan aktiviti jalan-jalan pada hari terakhir. Tempat pertama adalah ke shopping complex. Di Kota Kinabalu terdapat banyak sangat shopping complex dan korang boleh pilih nak pergi yang mana. Untuk family aku, aku telah memilih untuk ke sini. Sampai je sini, kami terus mencari food court untuk breakfast. Selesai breakfast barulah kami mula meronda mall. 1 Borneo Hypermall sangat besar dan selesa untuk berjalan. Kami membeli pakaian untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Kat dalam ni ada Giant and Parkson juga. Kami keluar dari mall ini menjelang tengahari. 

2) Masjid Negeri Sabah, Sembulan



Dari 1 Borneo, kami terus ke Masjid Negeri untuk solat jamak Zuhur dan Asar. Sampai di masjid, sempatlah merehatkan kaki-kaki yang lenguh mengukur mall sepagi tadi. Lama giler kot duk merayau dalam 1 Borneo...kesian driver tunggu lama...huhu

3) Lunch at Grace Point, Sembulan


Selesai solat, kami ke Grace Point plk untuk lunch. Di sini, terdapat pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih dari moden ke tradisional, dari kampung ke western dan terdapat juga masakan pribumi Sabah. Memang pening nak pilih nak makan ape. Ruangan makan ini berkonsep terbuka dan sangat selesa dan berangin. Tempat makannya juga bersih dan luas. 

4) Tugu Peringatan Double Six


Berdepan dengan tempat kami makan tu plk, terdapat tugu peringatan. Kami ke sini selepas makan tengahari untuk mengambil gambar. 

5) Cocoa Boutique, Tanjung Aru


Sebelah petang, kami bergerak ke sini pula. Apalagi borong coklat!!! Kami memang penggemar segala jenis coklat bukan vanilla mahupun strawberi. Terdapat pelbagai pilihan coklat yang boleh di beli di sini. Coklat-coklat pula didatangkan dengan pelbagai perisa dan packaging yang berbeza-beza. Ada dalam kotak, dalam tin dan juga dalam peket-peket kecil. Tapi ingat kat dalam tu tak boleh ambil gambar coklat-coklat tu. Ada nota amaran siap ditampal pada rak-rak coklat tersebut disusun.


Ok...yang ni gambar diambil dirumah. Kami beli coklat ni dan beberapa jenis lagi untuk dibawa pulang. Apa yang boleh aku cakap...coklat ni sedap dan rasa macam nak g Sabah and beli lagi...hahaha


6) Pasar Philipine 


Destinasi penutup untuk cuti-cuti Sabah adalah ke Pasar Philipine. Pasar yang sangat terkenal untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti ke Sabah. Kami berjalan sepanjang pasar ini bermula dengan gerai kuih-kuih buatan Sabah. Kat sini, kami membeli kuih cincin, amplang dan juga kerepek-kerepek yang aku sendiri dah tak ingat namanya. Beli borong banyak2 dapatlah harga murah sikit. 


Kemudian, berjalan lagi ke ruangan barangan cenderamata Sabah pula. Kat sini kami tak beli apa-apa dah since dah beli kat Pasar Malam dan Pekan Nabalu. T-shirt lagi murah kat Pekan Nabalu kalau nak compare dengan kat sini.


Berjalan lagi sehingga ke ruangan Pasar Ikan Masin pula. Kat sini Mama aku beli ikan kering dan udang kering. Banyak pilihan sampai tak tahu nak singgah kedai yang mana. 

Dan ruangan paling hujung di Pasar Philipine  dijual pula buah-buahan. Kami tak beli pun sebab dah penuh dengan kotak untuk kuih dan ikan kering. Lagi satu buah ni akan memberatkan lagi beg yang dah tersedia berat tu...huhuhu



7) Restoran Masakan Sedap, 

Sebelum bergerak ke Airport, kami singgah untuk dinner dulu. Kami makan di Restoran Masakan Sedap. Kami tak amik nasi dah cuma makan mee, mee hon untuk mengalas perut. Restoran ni bagi aku biasa-biasa je masakan dia walaupun namanya Restoran Masakan Sedap. Terpulang pada tekak masing-masing. 

8.00 malam bertolak ke KKIA. Flight kitaorg dijadualkan pada jam 9.25 malam tapiiiiiiii delayed pulak sampai jam 11.00 malam baru terbang. Sampai KLIA2 dah jam 1 pagi. Pergi supper dekat KFC and cari surau untuk tidur sementara menunggu Subuh. Flight ke Kuala Terengganu pula pada jam 7.05 pagi. 

Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 10.30 pagi. Aku tidur sekejap sebelum ke sekolah untuk mengajar pada sebelah petang. Vacation Mode OFF. Can't wait for my next vacationnnnn!!!


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile