topbella

03 August 2016

SYAWAL 2016

Assalamualaikum...

Hari ini berakhir sudah bulan Syawal tapi still ada je open house yang masih berlangsung. Dah puas ke makan segala ketupat, lemang dan rendang tu??? 

Coretan raya 2016...

1 Syawal 1437H

Hari ini HARI RAYAAAAAA...Seawal pagi bangun Solat Subuh dan mandi sunat Aidilfitri. Setelah sebulan tak mengadap breakfast, hari ni kita makan dulu sebelum bergerak ke masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri. Pulang dari masjid kita sambung makan lagiiii. Tengahari baru bergerak untuk balik kampung sebelah Abah di Kuala Terengganu.

2 Syawal & 3 Syawal 1437H

Kami sekeluarga tak ke mana-mana dan memberi peluang kepada jiran-jiran datang beraya ke rumah kami dan of course kanak-kanak riang datang kutip duit raya. Tetamu datang non stop untuk dua hari tu sampaikan mama repeat buat nasi minyak again and again.

4 Syawal 1437H

Beraya ke rumah sepupu di Kemaman. Say Hello to M.A Fadhil aka Abg Long kawasan. Tahun ni dia tak oncall so kita enjoyyyy. Kami bantai raya kat Pantai Teluk Mak Nik.


Ramainya org kat pantai sampaikan setiap penjuru ada orang lepak. Ada orang datang buat potluck dgn bbq dan tak kurang jgk yg datang photoshoot dengan baju raya yang cantik-cantik. Abg long ajar anak-anak dia buat Istana Pasir. Tekun budak berdua tu tgk abah dia yg memang tak pandai pun buat Istana Pasir...hahaha


Sebelum bergerak untuk balik, singgah kat ATV corner since Haziq dah menangis-nangis nak naik ATV. Sewa ATV yg besar utk 3org. 3 pusingan RM10.

5 Syawal 1437H

Hari ni aku dah start qada' puasa. Tak boleh nak lengah-lengah nanti tak sempat nk puasa sunat syawal plk lps tu. Alhamdulillah berjaya habiskan dengan jayanya. Aku hanya skip hari-hari yang ada jamuan raya or kenduri je.

9 Syawal 1437H

Hari ni jamuan raya kat sekolah plk. Setiap guru kena bawak satu juadah. Di samping itu, menu wajib yang memang pihak sekolah dah tempah macam nasi minyak, sate, lemang dan pelbagai lagi. Team aku bawak lotong. 


15 Syawal 1437H

Hari ni plk jamuan raya kelas. Aku guru kelas tahun 4. Seminggu sebelum tu lagi bdk2 duk request nk buat jamuan raya kelas. Aku cakap blh dengan syarat belajar dulu baru blh makan. Nasib lar korang dpt cikgu yg terlebih rajin tp padahal aku risau silibus tak sempat nk habis. Bulan 10 dh nk start periksa akhir tahun. Utk jamuan kelas aku bwk kuih raya utk dioarg. 

18 Syawal 1437H

Beraya ke rumah pengantin baru aka my bestfriend. Since dia baru pindah umah sewa, beria-ria dia ajak aku pergi buat site visit. Hmmm...layan sembang + makan + sembang + makan sampai nak maghrib. Thanks Najaha untuk bihun sup hari tu. 

22 Syawal 1437H

Ok...ini jamuan raya penutup utk aku. Selepas tu aku mmg straight puasa. Ini adalah jamuan raya bagi guru-guru kafa sekolah dun bukit besi. Sek. Keb. Dendang dipilih sebagai tuan rumah.


Setiap sekolah dikehendaki menyediakan satu juadah raya. Memandangkan sekolah aku 4 org je guru kafa, penyelia mitak kitaorg bergabung dgn sekolah yg ada 2 org je guru. Kami memilih menu tapai untuk jamuan kali ini. Dalam pada itu, diadakan juga pertandingan meja berhias yg mana setiap sekolah perlu mempersiapkan juadah raya dengan meja yang cantik. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga kelima. Yang kalah dapatlah jgk saguhati. Sekolah-sekolah di dun bukit besi ada 15 buah. Not too bad, my school dapat no 5. 


Sebelum bersurai, kami bergambar kenangan dengan semua guru-guru tp ada jgk yang tak datang ni. Tengok tu penuh frame...kesian yg belakang-belakang tak nampak langsung muka diaorang. 


Akhir kata, panjang umur berjumpa lagi di syawal yang akan datang. SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile