topbella
Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts

13 September 2013

KRONOLOGI SYAWAL 2013: PART 4

Bulan Syawal dah pun berakhir minggu lepas. Dan ini adalah entri penutup untuk cerita raya edisi 2013. Gigih jgk menaip utk habiskan...huhu

28 Syawal 

Menghadiri jamuan raya ofis abah di Dungun. Jamuan bermula dari jam 11 pagi sehinggalah ke jam 2 petang. Kami merupakan antara tetamu yang terawal sampai...makanan masih fresh dan boleh dikatakan belum terusik lagi. 
Konsep jamuan adalah 'potluck'. So, memang banyak menu pilihan. Antaranya Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Putih + Sup Kambing, Laksa, Ikan Bakar dan banyakkkkk lagi. Bila dah banyak sangat sampai tak terdaya nak makan. Yang menjadi pilihan saya hari tu Nasi Minyak dengan ayam merah, ikan bakar P.Cik Sal yang menjilat jari dan juga puding laici Puan Hajah. Lepas tu terus surrender xamik dah makanan lain.
Tetamu mula memenuhi khemah menjelang waktu tengahari. Kami pun bersiap untuk meninggalkan majlis dan bertolak pulang. Sebelum balik, sempat lagi berposing di perkarangan ofis abah...hehe...

30 Syawal

Hari terakhir di bulan Syawal...kenduri di rumah saya pula. Kali ni ma mengajak kaum2 wanita di kampung untuk membaca Yaasin disusuli dengan tazkirah oleh Ustazah Hajar. Aktiviti ini merupakan rutin mingguan di kampung saya dengan sistem giliran rumah ke rumah. Memandangkan ma dan abah akan berangkat ke Mekah beberapa hari lagi so ma request utk buat kat rumah kami minggu lepas. 

Menu utk kali ni ada laksa dengan nasi kunyit disusuli pula dengan kuih lipat dan puteri mandi. So, tetamu mempunyai pilihan untuk memilih. 
Sebagai tambahan lagi...disediakan juga buah-buahan sebagai pencuci mulut. Masa yang tepat!!! sekarang ni memang musim buah di kampung tengah menjadi. Buah-buahan semuanya diambil dari pokok sekitar rumah kami je. Buah dokong di belakang rumah, buah rambutan dan manggis pula di tepi rumah. 

Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dan tetamu mula beransur pulang. Selepas tu bermulalah operasi pembersihan pula. Dengan ini tamat sudah ceritera raya 2013..no more part ok!!! Panjang umur jumpa lagi di edisi raya next year plk...hihi

03 September 2013

KRONOLOGI SYAWAL 2013: PART 3

Yeay!!!! sambung lagi cerita Syawal 2013...ini masuk part yg ke 3 dah...huhu...

17 Syawal

Kenduri kahwin again and again!!! memang tdk dpt dinafikan lagi bila time raya je ramai pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan. Maybe kerana time ni ramai sedara mara yang berkumpul di kampung utk meraikan lebaran. Sesambil tu bolehlah join memeriahkan kenduri plk. 
Majlis kali ini adalah utk pasangan Linda & Wahmi yang merupakan kawan saya ketika di sekolah menengah dulu. Linda merupakan kawan satu dorm ketika Form 1,2 and Form 6 manakala Wahmi pula merupakan ketua kelas saya ketika di Form 4. xsangka diaorg berdua ni tapi satu hakikat yg harus diakui jodoh itu rahsia Allah.
Bergambar dgn pengantin perempuan setelah sekian lama kami tdk bertemu. Last jumpa pun time degree dulu. 
Di majlis ini, saya dipertemukan juga dengan kawan-kawan sekolah yg lain. Kami team bujang yang memeriahkan majlis pada hari itu. Sambil makan sambil bercerita itu dan ini. Banyak cerita yang nak di update setelah sekian lama xjumpa. 

To Linda and Wahmi...moga mahligai yang baru dibina sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatan oleh Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat...AMIN

22 Syawal

Khamis malam Jumaat pula diadakan solat hajat + kenduri doa selamat serta tahlil sempena keberangkatan Ma dan Abah ke Mekah tidak lama lagi. Majlis ini dibuat di surau kampung saya dengan jemputan hanyalah kepada jemaah surau yang lelaki. Utk kaum wanita Insha Allah hujung minggu ni pula di rumah saya. 
Jemaah perempuan hanyalah ahli keluarga saya sahaja terdiri dari keluarga saya, mak saudara serta sepupu-sepupu. Overall, tetamu hari tu adalah dalam 30 lebih. 
Kami membawa makanan ke surau selepas solat Maghrib dan meletakkannya di ruangan luar surau. Menu utk malam tu adalah nasi minyak dengan pilihan lauk gulai ayam dan ayam masak merah. Di samping itu, ada mee goreng + keropok, kuih muih serta teh'o panas. Selesai semuanya kami bergerak balik ke rumah.  
Sampai rumah dah jam 10 lebih...ada yang menyambung makan lagi mana2 juadah yang masih tak habis. Boleh dikatakan semua juadah habis licin yang tertinggal hanyalah ayam masak merah beberapa ketul. Gambar kat atas ni masing2 tengah mengerumuni emak saya utk melihat kelengkapan yang dibekalkan oleh pihak Tabung Haji utk berangkat nanti. 

Tengah malam tu, semua mula bertolak balik ke rumah masing-masing. Alhamdulillah selesai satu majlis. 

02 August 2013

FAREWELL PARTY FROM FPS

Minggu terakhir di Fakulti Pembangunan Sosial (FPS), ada sedikit kejutan untuk saya dari staf2 Pejabat Pentadbiran FPS. It's Farewell Party!!! Sebelum tu Ahad ngn Isnin saya bercuti...masuk je ofis Selasa tu ada plk majlis ni. Tak tau larrr plan ni dirancang bila.
Tempoh On Job Training akan berakhir pada hari Khamis so majlis diadakan 3 hari terakhir saya di sini. Memula tu kitaorg meeting jap berkenaan lawatan ofis pastu baru masuk part Farewell ni. Boss saya yg memulakan ucapan pada majlis itu dengan merakamkan ucapan terima kasih utk segala kerja yang saya bantu sepanjang 6 bulan berada di sini. Seterusnya barulah saya plk memberi ucapan terakhir untuk mereka semua.

Dah selesai semua tu baru makan...thanks to K.Za and K.Azra for the nice cake...pink gitewwww!!!! tp perisa coklat larrrr...hehe
Yang ni adalah menu utama untuk hari tu...ni kira bajet ofis larrr. K.Kimie tempahkan nasi putih + kuah gulai + ayam goreng + sayur serta buah rambutan sebagai pencuci mulut. Air plk air sirap. Kekenyangan larrr tengahari tu.
Ini plk kira side dishes lahhh...thanks K.Ha for jelly kelapa ni. Ramai yang suka ngan jelly kelapa ni...kejap je dah habis.
Dan ini plk puding jagung. Thanks to K.Lia for make it!!! Sedap sampai bertambah saya makan...hehe. So semua enjoy je makan2 ni.

For the last...cenderamata penghargaan dari pihak fakulti sebagai kenangan. Disampaikan oleh Pen.Pendaftar Kanan a.k.a my boss lahh kat FPS ni.
Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih untuk seluruh warga FPS kerana telah membantu saya sepanjang tempoh 6 bulan berada di sini. Di sini bermulanya satu lagi ukhwah persahabatan yang akan menjadi memori terindah dalam hidup saya. TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA!!!

28 July 2013

ROASTERS CHICKEN RUN FOR CHARITY 2013...

23 Jun yg lalu...ke Sunway Lagoon untuk menyertai Larian Amal Kenny Roger Roasters untuk tahun 2013. First time for Kenny...tahun2 sebelum ni xpernah plk join. 6.30 pagi lagi dah kuar rumah coz larian start around 8.30 pagi. Sampai Sunway jam 8pagi so not to late larrr...
Inilah nombor yg kami dapat...me and my younger sis. Nombor ni dpt waktu register kat Kenny Rogers Times Square beberapa hari sebelum tu. Selain tu dapat jgk t-shirt, makanan dan bekas makanan plastik Kenny Rogers as our goodies bag. 
Sampai Sunway, register lagi utk dptkan pass masuk ke 5 parks in Sunway selepas berakhir larian tu. Waktu register tu jgk kami dibekalkan dengan telur yang diletak di dalam cone ice-cream. Imagine it!!!! berlari sambil bwk telur ok!! 
Selesai urusan pendaftaran diadakan pula aerobic session. Seronok tengok lautan hijau memenuhi perkarangan Sunway kali ni. Tak kira peringkat umur, semua ada utk memeriahkan acara pada hari tu. Tapiiiiiii apa yg boleh saya cakap pesertanya mmg ramai org Cina....tua, muda, kanak2...it's good for them...melayu??? 
Nak start dah ni...semua berkumpul di tempat permulaan. Para peserta dilepaskan mengikut kategori. Ada 4 kategori semuanya dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak lelaki dan wanita. Ok...ready to go 1,2,3....maka berduyun2 lah lautan hijau mula memenuhi jalan raya di sekitar tu. 
Larian hari tu melibatkan 6.8km....berlari jap pastu berjalan plk pastu lari lagi...fuhhhh penat!!! Kitaorg pusing area Sunway Lagoon tu sambil diekori oleh abang2 polis dan jgk ambulans. Tengah2 berlari tu ada jgk yg pengsan so terpaksalah blk naik ambulans. Yang pancit pun ramai jgk...hihihi. 
Oppppsss!!! telur pecah pun byk gak sepanjang larian tu... kalau xkena baju ok lagi...Tapi telur saya berjaya sampai ke finishing line...even xmenang pun...hehehe 

Dalam 1 jam setengah camtu baru sampai balik Sunway...fuhhh. Yang menang tu xtaulah diorg amik masa berapa lama. Sampai kat finishing line tu dah ada yg tunggu utk collect balik telur2 yg xpecah...baru igt nak bwk balik rumah..hahaha. Kemudian dpt air dgn roti gak utk makan. Pastu blh beratur kat lori milo ni plk utk membasahkan tekak dgn milo sejuk. 
Selesai semua tu, rehat jap sebelum masuk membuat lawatan ke park2 kat dalam Sunway tu...tunggu sampai dah lengang sikit kawasan tu baru gerak masuk....Sambung next entry...k

06 June 2013

KENDURI KESYUKURAN FPS...

Minggu lepas telah berlangsungnya Kenduri Kesyukuran di Fakulti Pembangunan Sosial. Ianya diadakan ekoran kejayaan beberapa orang staf yang mendapat kenaikan pangkat dan juga yg berjaya menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Kesemua mereka seramai 7orang telah berpakat utk meraikan kejayaan itu dengan mengadakan kenduri kesyukuran untuk semua warga staf di fakulti. 
Semua warga fakulti dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Kenduri ini bermula pada jam 1 petang hingga ke jam 4 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Yang Berbahagia, Dekan Fakulti Pembangunan Sosial diikuti oleh bacaan doa oleh Pensyarah, Ustaz Ismail. 
Majlis juga merakamkan ucapan tahniah kepada mereka-mereka yg telah berjaya mendapat kenaikan pangkat serta anugerah perkhidmatan cemerlang. Tak dilupakan ucapan terima kasih kerana telah meraikan kenduri kesyukuran bersama semua warga fakulti. 
Jom layan gambar-gambar untuk menu sepanjang majlis itu berlangsung. Dimulakan dengan kek simbolik 'Fakulti Pembangunan Sosial'. 
Menu utama adalah nasi putih bersama dengan lauk-lauk yang xkurang hebatnya. Dimulakan dengan ayam percik hadir bersama kuahnya yg sgt sedap. 
Kambing dari Restoran Al-Edrus. Bagi pencinta kambing, memang layan habislah. Tapi xkurang jgk yg memang xmakan kambing...huhu
Sayur sebagai hidangan pelengkap. Yang xmakan sayur mmg xamiklah. Ada lobak, kobis serta bebola. 
Tidak ketinggalan disediakan juga telur dadar. Menarik nampak hiasan telur ni yg dipotong menjadi segi tiga. 
Hidangan penutup pula ada agar-agar pandan dan coklat. Tiada dalam gambar jeli kelapa serta minuman utk hari tu Sunquick Tropika. 

Last but not least our happier face. Me with my officemate enjoy eating + talking during 'kenduri'. 
Overall, majlis berjalan dengan sempurna sehingga ke petangnya. Perut kami pun kenyang dengan menu yang pelbagai tu siap tapau buat balik lagi...hihi..

23 April 2013

POT LUCK OFIS...

Cite sebulan yg lalu tp baru nak update...huhu. Hari tu pihak fakulti telah bersepakat utk mengadakan "Pot Luck". Ianya berikutan kejayaan salah seorang pensyarah yg telah memenangi tempat ketiga dalam penulisan artikel. Hadiah kemenangan berupa wang tunai so pihak fakulti mencadangkan agar duit itu digunakan utk majlis "Pot Luck". 
Semua warga fakulti dijemput utk memeriahkan majlis dari Pihak Pengurusan Fakulti, Kakitangan Akademik dan juga staf sokongan. Majlis bermula dari jam 12 tengahari sehinggalah ke petangnya. Majlis dimulakan dgn slot pengisian rohani disampaikan oleh Dr.Bazli selama setengah jam kemudian di sambung pula dgn ucapan dari Dekan Fakulti. Jam 1 semua dijemput menjamu selera.
Sambil2 mendengar tazkirah sempat juga bergambar...hihi. Kami warga staf sokongan bersama-sama menguruskan persiapan tempat serta juadah pada tengahari itu. 
Terdapat pelbagai menu sehinggakan pening nak pilih juadah mana yg hendak dimakan terlebih dahulu. Menu utama Nasi Putih di samping lauk-pauk, laksa, rojak betik dan juga sate. Manakala menu sampingan terdiri dari kuih-muih yg dibawa oleh kakitangan. Tidak ketinggalan buah-buahan pelengkap kepada segala macam menu pada hari tu.

Menjelang petang, masih byk hidangan yg belum habis so kami-kami ni pun memulakan operasi membungkus utk dibawa pulang ke rumah. Overall, majlis berjalan lancar dan masing2 kekenyangan dgn makanan yg pelbagai telah selamat masuk ke perut...hehe

04 February 2013

KARNIVAL TV ALHIJRAH @ PUSAT ISLAM

Sabtunya, ke Putrajaya Challenge Park pastu Ahad pula ke Pusat Islam Kuala Lumpur. Hajatnya, Ahad tu xnak kuar pastu Cik Za ajk so kuar je lah. Kitaorg sbnrnya xtau pun TV Alhijrah ada buat karnival ni sampailah Cik Ani, kwn Cik Za yg msj ajk g situ. 

Kitaorg kuar rumah lepas Zuhur and amik star ke station Masjid Jamek coz Cik Za dah janji ngn kwn dia nak jumpa kat situ. Sesambil tunggu tu sempat lg beli bebola, keropok ngn air kat tepi stesen lrt tu. Cik Ani sampai, kitaorg pun berjalanlah ke Pusat Islam tu melalui short cut Kompleks Daya Bumi. Nak sgt shortcut sekali bangunan tu tgh buat renovation so tutup plk pintu nak kuar so patah jalan lain plk. Bab2 berjalan ni kitaorg ok je...huhu... dah biasalah katakan...
Masa sampai tu, mmg org dah ramai. Area tepi jalan pun dipenuhi ngn kereta-kereta yg diparking. Dgn org yg berjalan berpusu-pusu masuk ke bangunan tu. Berhenti jap amik gmbr sebelum masuk ke dalam Pusat Penyiaran TV Alhijrah tu. 
Karnival ni dianjurkan untuk mengutip sumbangan derma kepada rakyat Palestin melalui jualan barang-barang di booth masing2. 

DEMI PALESTIN persaudaraan BERMULA DI SINI...sebelah siangnya para pengunjung boleh membeli sambil menderma manakala sebelah malam pula ada konsert yg menampilkan Heliza Helmi dan artis nasyid yg lain. 
Tempat yg mula2 kami tuju ialah ke booth TV Alhijrah itu sendiri, masa tu ada sesi demonstrasi ttg mengubati penyakit menggunakan kaedah Islam. Penuhlah dalam booth tu dgn pengunjung2 yg xputus2. Aku ngn Ina nampak Diana Amir ada gak situ so kitaorg pun mencelah masuk utk bergambar ngn dia...hehe.
Pastu aku berjalan pula ke sebelah atas nak tgk apa yg ada coz ramai sgt org duk mengerumuni kawasan tu. Sekali kat pentas ada 4org wanita duk berbicara kisah Palestin dan pglmn diaorg sendiri turun padang mengumpul derma. Ada Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Heliza Helmi dan juga Salima. Bergambar lagi...huhu...
Selepas dah dpt bergambar barulah kitaorg berjalan melawat booth2 kat situ. Ina ke booth Seni Khat Warisan Islam untuk menempah tulisan khat utk namanya. Sekeping RM5...RM2 dari jumlah tersebut utk didermakan ke Tabung Palestin. 
Sebelah ptg pula. ada demonstrasi bagaimana rakyat Palestin diserang oleh pengganas-pengganas. Scary jgk dah nmpk mcm real plk. Ada jgk yg mengalirkan air mata melihat demo tersebut. Mereka cuba memberi gambaran kpd kita bgmana mereka diserang ketika sedang menuntut ilmu dan paling menyayat hati lagi mereka ditembak ketika sedang melakukan solat. 
Para pengunjung yg datang boleh menurunkan tandatangan dan cop ibu jari yg berwarna hijau di ruangan ini sbg tanda boikot ke atas produk2 Yahudi. See, hampir penuh board tersebut dgn signature pengunjung pada hari itu. 
Kitaorg juga berpeluang mencuba air minuman Hijrah H20 yg dijual di karnival tersebut. Thanks Cik Ani belikan air ni...hihi
Gambar-gambar pengunjung yg datang ke karnival tersebut. Tak kira tua, muda, anak remaja serta kanak-kanak masing2 tdk melepaskan peluang utk berkunjung ke situ. 
Around 5.30 petang,kami mula bergerak keluar dan berjalan semula ke stesen lrt Masjid Jamek utk pulang. Sebelum tu, lepak makan aiskrim kat depan Masjid Negara. Kemudian barulah memulakan perjalanan utk pulang melalui bangunan-bangunan bersejarah di kwsn sekitar serta tak lupa jgk sungai ini. Sungai yg membawa kpd tercetusnya nama KUALA LUMPUR. Di mana pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak dan terbentuklah Bandar Kuala Lumpur... dah mcm ahli sejarah plk...huhu
Igtkan terus nak grk balik rumah tp sampai lrt Masjid Jamek Cik Za tny plk nak dinner kat luar or rumah. Kjp luar, kjp rumah end up dinner kat luar je. Kitaorg amik earlier dinner utk hari tu...Cik Za belanja kat Secret Recipe, Maju Junction then turun g giant beli groceries. Settle sume baru grk balik umah. 

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile