topbella
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM. Show all posts

04 August 2013

LAWATAN FPS

Office trip!!! Bertolak Rabu malam dari UMT dan sampai K.L jam 5 pagi. Ini merupakan lawatan staf-staf Pejabat Pentadbiran, Fakulti Pembangunan Sosial, UMT. Staf-staf kat sini ada 16 orang tp yg boleh join hanya 13 orang. Sampai K.L, kitaorg berhenti mandi dan solat Subuh di masjid UPM. 
Selesai semua urusan, gerak untuk breakfast. Kami breakfast di restoran yang berdekatan. Kemudian barulah ke destinasi yang pertama iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kat sini kami melawat ke Pusat Perancangan Strategik dan Kualiti. Kami diberi taklimat mengenai 'Best Practice 5S' oleh pengarah pusat tersebut. Di samping tu, kami juga melawat unit-unit di bawah pusat tersebut. 

Pihak UNITEN menyediakan makan tengahari untuk kami semua. Makan tengahari kat situ pastu bertolak ke hotel yang ditempah untuk urusan check-in. Kami menginap di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya selama 3hari 2malam. Dapat kupon makan pagi untuk 2hari tu. Overall ok larrr stay kat sini. Berehat kejap di bilik sebelum masuk ke shopping mood. Petang tu kami melawat + membeli belah di Sogo serta area sekitar Masjid India. Shopping sampai lebam...Sogo dah tutup baru gerak ke bas untuk balik hotel. 
Hari kedua...paginya breakfast di hotel sebelum meneruskan lawatan ke organisasi yang seterusnya. Sebelah pagi kami melawat ke Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Cyberjaya (MAMPU). Kat sini kami diberi taklimat mengenai Perkhidmatan kepada pelanggan. Sambil mendengar taklimat tu kami juga boleh bertanya jika ada sebarang soalan. Minum pagi disediakan disini. 
Bergambar kenangan di MAMPU...kemudian kami melawat ofis UMT cawangan Putrajaya. Yang ni xde dalam perancangan just kebetulan dah berada di area berdekatan. Bersembang sekejap dengan staf kat situ sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. 
Sebelah petang, kami melawat ke Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Yeay!!! menggamit kenangan betul larr ke sini. Tempatku menuntut ilmu sepanjang 4 tahun. Kat sini kami melawat ke makmal kaunseling. Makmal kaunseling kat sini terdiri dari makmal kaunseling individu, kelompok, keluarga dan kanak-kanak. Kami diberi penerangan oleh juruteknik makmal tersebut mengenai makmal serta sistem kawalan di situ. Program berakhir dengan minum petang di situ sebelum kembali ke shopping mood again. Nilai 3 here we go!!!! Kat sini boleh shopping lagi sampai kedai nak tutup baru gerak balik. Malamnya kami makan di area Chow Kit plk sebelum balik ke hotel.

Esok pagi, breakfast di hotel dan selesaikan urusan check-out. Kali ni staf2 request nak g Sogo lagi. Shopping again and again!!!! habis penuh ruang letak barang kat dalam bas ni. Kul 12 tengahari baru bas bertolak utk balik ke UMT. Tamat lah kisah lawatan 3hari 2malam mereka esoknya kerjaaaaaa!!!!

17 June 2013

MYFEST

Sempena sambutan Muslim Youth Festival (MYFest) baru-baru ni, Pusat Islam UMT telah menganjurkan Program Lestari Dhuha Perdana. 
Program itu telah berlangsung selama dua jam di Dewan Sultan Mizan. Setiap jabatan telah menghantar 7orang wakil bagi jabatan masing-masing. 
Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang yang merupakan Pensyarah dari UNISZA. 
Topik yang dikupas di dalam program selama dua jam ini ialah 'Hatiku Bukan Kristal'. Satu topik yg sangat menarik. Intro nya ustaz ni siap nyanyi lagu Najwa Latif lagi...hehe
Antara intipati topik yang dibincangkan ialah konsep bersyukur, tips2 ketika ditimpa musibah dan ujian, turut diselitkan dgn doa ketika kesusahan dan byk lagi. 
Last pic...kenangan bersama my officemate di program ini. Alhamdulillah dapatlah pertambahan ilmu baru untuk hari itu.

19 January 2013

SCR07A: CLOSING CEREMONY


7/12/2012 hari terakhir kami di Gems Program. 2bulan mengharungi suka duka bersama akhirnya it comes to the end. Semua wajah nmpk suram je setelah bersama2 mencoret kenangan di Suria Cherating Beach Resort. Kalau boleh nak sambung lagi sebulan xnak stop and berpisah ngn kwn2. 
Paginya, kami semua ada briefing utk Part 2 dari Gems Placement's Team. Masa ni xtau lg dpt placement kat mana2 juz duduk and dgr briefing tu. Sekiranya ada persoalan bolehlah diajukan. Settle briefing barulah bermula secara rasminya our Closing Ceremong for Gems SCR07A. 
Untuk Closing Ceremony ni, no more participants yg in charge..huhu...at last all managemet team worked together for our Closing Ceremony. MC for the Day, Cik Wani dibantu oleh En.Din selaku MC untuk graduation's session, En.Luqman bertindak sbg pembaca doa dan jgk in charge for technical part dan Cik Ain in charge utk part cenderamata dan sijil. To all Management's Team thanks a lot for being very helpful, care for us, and guide us through this program. All of u did a very great job...thumbs up!!!
During closing ceremony, kedudukan kami telah disusun mengikut abjad nama. Ini bagi memudahkan urusan pembahagian sijil tamat program nanti. Kami mendengar ucapan2 dari para VIP terlebih dahulu sebelum upacara penyampaian sijil. 
Setelah selesai semua ucapan, kami diminta beratur mengikut company masing2. Dimulakan dgn Company 1 hinggalah Company 7. 
Kami berjalan dari tepi dan bergerak ke pentas sambil disaksikan oleh barisan VIP. Majlis itu tampak lancar dan tersusun dan tdk ada isu terambil sijil org lain. 
Maka bermulalah sesi senyum...senyum...tgk depan, pandang kamera...and it's our Gems's Convocation Day. 
Kami bergerak dalam 3 step...bermula dari barisan, kemudian bergerak ke tangga pentas bila org depan dah mula naik and bergerak ke pentas bila nama kita pula yg dipanggil. 
Alah senang cite...sama je mcm convo time universiti dulu...hehe.. kami dapat Gems's Certificate serta Offer Letter utk placement Part 2. Nervous jgk nak tau placement dpt kat mana time tu...
Proud face after we manage to finish this 2 months Executive Development Program. After this, we need to survive on our own for Part 2. 
Majlis diteruskan pula dgn penyampaian hadiah kepada para CEO yg telah berjaya mengepalai company masing2 utk tempoh 2bulan. Thanks Mila for being our leader. 
Di samping CEO, semua Project Manager juga diberi penghargaan setelah bertungkus lumus bagi menjayakan Group Live Project (GLP). Thanks everyone for the experiences. Sahar did a great job by win an award for The Best Project Manager. 
Last but not least, an award for the best male and female participant. The best male participant goes to Mr. Saharuddin again for his second award. Good job Sahar!! and the best female student goes to Ms. Nadwa. Congrats to both of you!!!
Anddddddddddddddd, for the last we sing Gems Song together. No more Gems Song for SCR07A after this...so sad!!!!. We are officially known as Gemmies.....

10 January 2013

SCR07A: CORPORATE DINNER


Dinner's time everyone!!! Final Group Live Project (GLP) for Gems SCR07A. Perasaan bercampur baur happy + sad sama byk je...huhu. Ini merupakan aktiviti terakhir kami sebelum closing ceremony. "Windows To The Corporate World" bertemakan warna hitam dan merah. Dewan dihiasi dengan pancaran lampu yg berwarna-warni diserikan pula dgn belon2 hitam,merah dan putih bergantungan memenuhi sudut dewan. 
MC yang mengendalikan dinner kali ni ialah Jedi dan Sya. Kami di Gems SCR07A juga mengambil kesempatan untuk memberi peluang kpd Ms Shazreen utk memberikan ucapan terakhir serta salam perpisahan kerana ini merupakan batch Gems yg terakhir bersama beliau. Beliau bakal meninggalkan Gems dan menyertai company baru pula. To Ms Shazreen wish u all the best!!!
Untuk dinner ni, satu company dpt 2 meja. So, this is our table, enjoying eating, performance and keep talking to each other. 
Menu makanan pada malam tu ialah 'western'. Semua ada Udang, Ayam, Daging...kambing ok!!. Di samping tu ada nasi goreng, mee goreng, sate, kuih-muih yg pelbagai jenis dan tak lupa jgk ada abc. Menu mmg byk tp since kitaorg perform dulu baru makan so byklah yg dah habis...mmg xpatut....huhu
Performance dimulakan dengan choir team sing Gems Song and follow by other company. The opening performance came from Company 3 which is Tarian Melayu Vs Silat. Kemudian company aku plk singing 'I Have A Dream with a short video. 
Diikuti pula oleh Company 2 with their exciting dancing, Company 1 and 6 also singing like us, Company 4 with the drama and end with choral speaking by Company 7. 
Selesai performance diadakan pula photography session with VIP by each company. 
Company 1, Company 2, Company 3
My company, Company 5
Company 4, Company 6 and Company 7
Continue again with our own photography...snap here snap there... smile and peace for most of the photo. Just enjoy our last memorable moment together
Hey...hey... (versi Lai) the boys love camera too. See their happier face. The value of friendship is there!!!
The dinner's souvenir. Beg juga ada dua warna either hitam or merah. I prefer black bag rather than red and for the mug of course I choose blue as always!!! my favourite colour...hihi... the special souvenir gemstones. 
Lucky draw goes to Company 3,2 and 4. We not lucky that night...sob...sob
Yang ditunggu-tunggu oleh semua orang...best dress for management team goes to Ms Ain while the best dress for company goes to Company Six. Yang direbutkan pada malam itu King and Queen of The Night. For King goes to Hafiz from Company 1 and Queen goes to Ms Raudhah from Company 2. Last but not least appreciation souvenir to Ms.Shazreen. Congrats everyone!!!! The end for the event. 
Buttttttttttttttttttt it came into more crazier when everyone still in the hall and enjoyed singing song to song.
The fun fact was, all management team keep supporting by took part to dance and sing with us too. Everyone  enjoy to the maxxxxx that night. 

I can see a few of us cry during this dinner. The value of friendship is there even for a short time. I do believe that everyone gonna miss this moment!!!

psssttt:- selesai dinner, melepak di tepi pantai bersama Qila, Zuki dan Izwan. No more midnite lepaking with all of you...huhu

04 January 2013

SIMULATION 2


Habis sudah kelapan2 module di Gems Program. Tapi jgn ingat kitaorg dah boleh rehat...ada lagi aktiviti yg menunggu. Simulation 2 and the last Group Live Project. Dah rasa malas sebenarnya nak gi Simulation 2 ni tp end up pergi jugak. Kalau ponteng mau Cik Ain tu call cari kita kat mana pastu nak kena buat surat bagai lagi..huhu. 

Sebelum ni dalam Simulation 1, kitaorg perlu melalui proses interview dengan seorang interviewer.Now, utk Simulation 2 ni lain plk. Ini aktiviti berkumpulan. Kami telah diberi pilihan untuk memilih group kami sendiri. Group2 tersebut terdiri dari Human Resource, Business, Information Technology, Project Management, Research and Development. 

Citenya mmg xtau nak pilih mana sbb semua macam xminat...haha tp kena pilih jgk takkan nak duk kt 122 plk. So, aku decide utk join Project Management group. Untuk Project Management group ni xde lah ramai sgt yg berminat coz ada 2 group je. Yg paling ramai ialah Research and Development lah coz ramai team engineer, researcher, chemist dan sewaktu dgnnya. Yg paling sikit plk Team Information Technolgy...xtaulah kenapa xde peminat kat situ. Untuk Business ngn Human Resource plk stable je ahlinya. 

So, untuk Simulation 2 ni, aku di group Project Management bersama 9 yg lain. Leader kali ni Zuki bersama ahli2nya terdiri dari Asri, Izwan, Aizat, Zul, Azlin, Fatim dan juga Qila. Semua macam dah kenal lah coz 4orang dari company aku, 4orang dari company 6 sebelah je pun ngn company kitaorg and one from company 1 and one from company 2. 

Fokus utama utk Simulation 2 ni ialah Planning. Macam kami di group Project Management ni, kami perlu buat satu carta aliran planning process tu. Kami sepakat utk buat planning nak bukak bisnes. Bisnes...bisnes apa? Macam2 idealah tp since Asri ni ada bisnes kerongsang, kami decide nak buat bisnes kerongsang. Swarovski ok!!! Kami divide tugas memasing sape buat bahagian budget, process, marketing. Lepas tu kena present plk. 

Present ramai2 kt depan....dimulai dgn leader kitaorg lah follow by other members. Paling semangat sudah tentu si Zul...haha. Habis je present tu, Learning Facilitator bagi komen. Nak tau dia ckp apa? Saya suruh fokus dkt part planning je yg group kamu buat ni dah sampai nak jual dah product tu...nmpk tak kitaorg punya advance disitu....hahaha. It's ok, we take it as a learning process nnt kalau nak buat the real business sng dah tau sikit2 dia punya selok belok. 

Igtkan dah habis, ada lagi rupanya.. keje rumah kot..eh silap kt sini xde rumah so ckp keje bilik boleh??? hehe. Setiap dari kami perlu cari satu post utk Project Management ni and then buat dia punya job description dgn kpi sekali. Antara postnya Project Manager, Floor Manager. Coordinator. Aku buat post Quantity Surveyor ngn Zuki and Qila. Macam biasa jawapan mintak je kat Pak Cik Google and then taip elok2 utk diemail ke pihak Site Management

Kul 5 ptg selesai...enjoy!!! no more class, no more assignment and fokus kitaorg utk performance waktu dinner nanti. Byk juga cite2 disebalik performance kitaorg ni belum dinner lagi tu. I will blog soon....Stay tuneeeeeeeeeee!!!

MODULE 8: E.D.G.E


Yeay...finally we are in the last module. Time flies...just a few day to be finish. Ini merupakan module terakhir di Gems Program. Module ini dikenali sebagai Exceeded Demand, Gearing for Employment (E.D.G.E). Untuk module ni, kami semua berpecah dari company, no more Starhill...so sad!!!
Untuk module ni, group ditentukan oleh Site Management. Kami keseluruhan peserta Gems ni telah dipecahkan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 9 atau 10 team members. All of Gems Participants for SCR07A consist of 147 participants tak sempat nak kena semua pun...huhu. 

Kali ini aku berada di group 'G'... gorgeous u olls..haha. Kami terdiri dari 10 orang bdk perempuan yg juga satu2nya group xde bdk lelaki...group lain ada jgk at least one. So far, ok je we have joy we have fun together. Diketuai oleh Nasyidah dan ahli2 yg lain terdiri dari Sufi. Tiqah, Qistina, Jie, Rozi, Balkis, Hana dan Jiha..ada jgk kwn from my company. 
Sebelah paginya Off Day. Kelas ni lain sikit, bermula Jumaat malam lg utk sesi briefing dan sesi pengajaran hanya 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad. 

Dalam module terakhir ni, apa yang kami belajar lebih kepada reflection from all module before. Fokusnya kepada CV Enhancement, Presentation including group and individual, movie review and some other activity.   Tapi dah xde lah Self Learning Assignment. 

Aktiviti sebelah pagi adalah group activity, kami diberikan satu perkataan dan kami perlu terjemahkan ke dalam bentuk lukisan.Manakala group2 yg lain perlu meneka apa maksud di sebalik gambar tersebut. Aktiviti ni mengimbau kenangan zaman2 kat tadika dulu melukis, mewarna siap ada crayon lagi. Berebut2 kami excited nak mewarna. Tukang lukis 2org je Balkis ngn Jie yg lain2 mewarna secara bergilir-gilir. 
Habis part melukis, mewarna kami semua diminta untuk present apa maksud disebalik gambar tu. Ini dikenali sebagai 5 minute group presentation. Sorg present dlm setengah minute je pun...huhu...habis present group lain akan teka maksud lukisan tersebut. Group kitaorg dpt word 'Productivity' so lukisan dia adalah seekor lembu yg  boleh menghasilkan pelbagai product2 lain. Sgt senang utk diteka ok!!! Start dari aktiviti ni kami dikenali dgn CowGirls...haha. Selesai semua group presentation diadakan pula sesi voting for the best picture. Voting by individual. Tak mengharap pun utk menang coz semua pic cantik2 kot... kami plk xblh undi group sendiri so mcm tak expect lah akn menang. As long as, we enjoy drawing and colouring together are much better. Agak2 menang ke tak ekh? Hari terakhir diadakan sesi penyampaian hadiah dan we are announce as a winner for the best pictorial presentation. Masa dia announce tu semua mcm blurrr..eh betul ke? ke salah dengar..Syidah pun mcm confuse nak pergi amik ke tak sampailah dpt confirmation baru semua gerak ke pentas utk amik hamper... serious mcm xpercaya je...hehe. Million thanks to all the voters...dah rupa mcm ucapan peserta realiti plk
Petang tu pula diadakan individual presentation yg dikenali dengan 1 Minute Blitz Presentation. Kaedahnya Site Manager akn cabut nama dari satu kotak and nama yg terpilih kena ke depan utk take part in that presentation. Di depan kita akn buat balingan dadu utk menentukan soalan for that presentation. Bila dah dpt soalan tu, dalam masa 1 minit kitaorg kena buat presentation. Siap ada loceng bagai lagi...so we just need to speak in one minute regarding the question. Aku mmg xprepare apa2 pun sbb rasa mcm xkena je sbb ramai ni...hahaha sekali nama aku first kot naik...dahlah xde buat preparation so mindset aku time tu I just want to speak and I don't care whether it's right or wrong. 

So, nak tak nak mmg kena. Berjalanlah ke pentas and buat balingan dadu. Aku dpt question 'How Do You Handle Mistake? '. Sebelum start aktiviti ni, kitaorg adalah bcg2 dulu cara nk jwb setiap soalan tu so mana yg aku igt tu aku ckplah... Thanks semua utk idea tu especially Balkis. Habis present tu balik ke group memasing sibuk tanya aku knp nmpk relax je tak nervous ke? Actually when we are nervous don't show on your face reaction..take this advice ok!!! hahaha. Nervous sgt2 tp xtau nak ckp camne dahlah first person. Lega time tu then fokus utk tgk org lain punya presentation plk. Overall adalah dlm 30 org yg terpilih utk aktiviti ni. 
Tak tau plk yg ni pun dikira sbg competition. So bila Site Management ckp ada hadiah utk Best 1 minute Blitz presentation ni, aku xharap pun utk menang...present ntah apa2 je. For second place dimenangi oleh Zuki, my company's member..well done Zuki for great presentation and then bila nak announce for the First Place tu semua member kt group aku bersorak Fiza...Fiza...Fiza... Apa kes confident sgt diaorg ni yg aku akn menang ke korang ada pakatan ngn Site Management. Tapi when the announcement for The Best 1 minute Blitz Presentation goes to Ms. Nurhafiza Bt Sulaini...aku mcm speechless kjp coz aku rasa ramai lg kot yg better klu nak compare ngn aku. If compare ngn Zuki pun, aku rasa dia lg ready and isi pun mcm byk je...hihi..it's all about luck...Alhamdulillah for this meaningful winning. Satu ayat yg aku akn igt sampai bila2 from Balkis "Fiza, Aku Percaya Kat Kau"...terharu and really appreciate it, Balkis. Satu lg yg buat aku happy ialah both of us from Starhill. So, I dedicate this winning to all my company's member. Go Starhill...Go Starhill!!!
Malamnya pula, ada movie show. Cerita '12 Angry Men'. Kami semua perlu menonton movie itu sehingga habis and then perlu menjawab soalan2 yg diberikan oleh Learning Facilitator. Ini juga dikira sbg competition rupanya. Kumpulan kami tak menang pun tp aku dpt the highest utk group ni. Yg menang aktiviti ni group D. Aktiviti ni sbnrnya nak tgk camne kita nak influence org supaya amik jwpn kita sbg yg paling tepat. Aku plk even the highest tp tak bg langsung influence dkt yg lain2 so bad!!! hahaha
Hari kedua which mean the last day for the module, fokus kepada CV Enhancement pula. Kami diberikan contoh CV yg baik dan yg tak sempurna. So, bolehlah buat perbandingan. Untuk resume ni pun ada pemenang juga. Second Place dimenangi oleh Nadwa manakala First place goes to Raudhah. Congrats to both of you. 
Berakhirnya kelas ini, maka berakhirlah pembelajaran di Gems Part 1 ni. 8 module berjaya dilalui dengan jayanya. Everyone feel 'GREAT' rite?? 

psssttt: cite module dah habis...nantikan last GLP plk k...hihi

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile