topbella
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

20 December 2012

ADAM & HAWA


Fenomena drama Adam dan Hawa sudah hampir ke penghujungnya. Aku salah seorang pengikut setia cite ni. Asalnya aku baca novel ni waktu habis STPM dulu...lama dah. Bila ada syarikat yg nak terbit drama ni terus teruja nak tgk versi drama pula.

Cerita dalam novel hanyalah rekaan dan imaginasi penulis.Watak dan cerita diolah supaya menjadi jalan cerita yang menarik. Ramailah yg mengimpikan lelaki macam Adam Mukhriz, seorang pilot dan suami yg setia dengan cintanya. 
Untuk Adam yg sedang mencari Hawanya...dan Hawa yg sedang mencari Adamnya sama2 kita renungi:- 

WAHAI ADAM, Jika benar kau kasih & cintakan HAWA 
Perbetulkan kesilapannya
Bawalah dia ke jalan Allah
Nasihatilah dia
Bawalah dia ke jalan Allah
Nasihatilah dia
Jagalah dia dgn baik
Kasihanilah dia
Lindungilah dia
Berilah kasih syg padanya
Hargailah dia
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
Bersabar dan Maafkan lah Kesilapannya
Terimalah&cintailah kekurangannya
Jadi IMAM terbaik&redhalah padanya


10 August 2012

MOGA MEREKA PULANG...


Bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. 

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

12 tahun Ramadhan tanpa arwah nenek dan 2 tahun Ramadhan tanpa arwah datuk di sisi
ya Allah, moga Nenek dan Datuk saya dibenarkan pulang

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
  • Pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka
  • Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka
  • Orang yang mendapat harta pusaka mereka
  • Rumah orang yang mendoakan mereka
Dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.  

Hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Jadi, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Jangan lupa beri doa pada mereka.Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH NENEK DAN DATUK YANG SAYA SAYANGI... 
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
 

04 July 2012

MALAM NISFU SYAABAN...


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. 

Nisfu Syaaban (bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru dan akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.


Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
 
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya:

Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendikdi aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya:

Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahyang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu. (Info: Dakwah )


psssttt: selamat berpuasa pd yg berpuasa hari ni...


09 April 2012

SIAPA AKU???


SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU ......
Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhan ku.
Maghribnya
aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhan ku. Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang. ( SAHAABAH )

psssttt:- marilah bersama kita menjaga solat yg lima dan berusaha utk tdk melambatkannya


26 March 2012

MEMBUDAYAKAN AL-QURAN...

Justify Full

Kepentingan untuk mempelajari seterusnya membudayakan Al-Quran dalam kehidupan adalah suatu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerana kepentingan Al-Quran itu sendiri mempunyai hubung kait dengan kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Al-Quran merupakan sumber yang paling asas dan terpenting bagi pembinaan sahsiah manusia melalui kepercayaan, pemikiran, perasaan, kejiwaan dan tindak tanduk sebagai individu dan anggota masyarakat. Atas dasar itulah mempelajari Al-Quran tidak cukup sekadar dengan hanya boleh membacanya sahaja, tetapi mempunyai lima penekanan yang penting iaitu membaca, menulis, menghafaz, memahami dan menghayatinya melalui amalan dalam kehidupan seharian.

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini, adalah menyedihkan. Dengan perkembangan ilmu yang pelbagai seperti sains dan teknologi, keghairahan kepada kemajuan kebendaan, telah melupakan kita terhadap kepentingan Al-Quran. Oleh itu, marilah kita renungkan satu keadaan yang lebih malang bagi umat Islam pada hari ini yang sangat jauh daripada Al-Quran. Ramai di antara saudara-saudara kita yang tidak tahu membaca Al-Quran, kitab yang sama-sama kita imani. Kejahilan ini bukan sahaja dikalangan anak-anak kita, malah golongan belia dan dewasa juga. Mereka lebih berminat dan mudah untuk mempelajari dan mengetahui bahasa asing tetapi tidak kepada bahasa arab iaitu bahasa Al-Quran, lebih-lebih lagi untuk memahami serta menghayati isi kandungannya. Kita asyik memandang ke timur dan ke barat, utara dan selatan tetapi kita tidak cuba memandang kepada Al-Quran secara bersungguh-sungguh untuk dihayati dalam kehidupan sehari-hari.

Al-Quran tidak diturunkan sebagai perhiasan di dinding rumah atau di rak-rak buku sahaja, bahkan ia wajib diperhiaskan pada peribadi dan jiwa setiap muslim. Malah lebih jauh daripada itu, Al-Quran tidak diturunkan kepada mereka yang sakit dan yang telah meninggal dunia bahkan lebih penting untuk mereka yang masih hidup dan sihat tetapi berpenyakit jiwa, kufur dan tidak beriman.

Lantaran daripada itu, kita umat Islam pada hari ini menghadapi satu dilema yang besar iaitu kita tidak mahu suatu hari nanti akan lahirnya generasi muslim yang buta Al-Quran. Apa yang kita harapkan kini agar semua pihak dapat bersama-sama membuka mata dan mengambil inisiatif demi menyelamatkan generasi masa hadapan kita. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman agar hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat. (Credit: NURHELMI B. HJ. IKHSAN)


psssttt:- alangkah ruginya seorang anak itu jika di saat kematian ibu bapa mereka, mereka hanya mampu memandang sekujur tubuh yang kaku tanpa bacaan Al-Quran untuk mengiringinya.



14 February 2012

'VALENTINE DAY'



Bila tiba je 14 Febuari, sana sini akn memperkatakan tentang tarikh tersebut. Pelbagai pandangan dan hujah dari pelbagai golongan akn keluar. Apa yang pasti berpeganglah pada Islam yg mana sambutan Valentine ini memang HARAM.

Terbaca satu artikel di iluvislam.com, dan ingin saya kongsikan buat semua pengunjung blog ini. Artikel yg bertajuk 'Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine.

Jom baca...

Melihatkan sahaja tulisan itu pada akhbar yang aku baca, sekonyong-konyong aku sedar, aku pernah berada di situ. Aku pernah berpenampilan resah hanya untuk hadir pada tarikh 14 Februari, Aku pernah mengewap gusar pada rasa hari Valentine, dan hari ini, kenangan itu menggeser lagi.

Muda.

Apa yang aku ingat, waktu itu aku masih muda, baru usai SPM. Aku menandai garis waktu itu, dengan muzik kegemaran aku. Sebagai gadis Melayu, aku tetap bermegah-megah dengan bahasa aku. Maka, kumpulan Slam, Ukay, Spring, adalah muzik yang tidak pernah berhenti bergemerencang dalam telinga. Lagu-lagunya, menjunjung cinta hingga ke bintang, bait rindunya dibenamkan hingga ke jurang Mariana, namun apa yang aku tidak tahu, lagu-lagu itu juga yang berdingkit-dingkit mendorong aku bagi mendamba cinta lelaki.

Masih remaja, masih muda, dan segala-galanya terlihat sangat luar biasa, lalu semuanya mahu dicuba. Dan akhirnya, aku jatuh cinta kepada lelaki itu.

Lelaki.

Aku menemuinya di rumah ibu saudara. Diberitahu, bahawa lelaki itu anak angkatnya, dan dia belajar tinggi di luar negara.

Pada pertama kali menatapnya, aduhai, perasaan aku terus berasa hening, sepertinya aku berangkat ke pulau tiada penghuni. Dan apabila dia tersenyum, ia melahap mentah-mentah jiwa aku.

Benarlah kata bijak pandai, cinta itu adalah kemenangan khayalan ke atas akal fikiran. Hanya dengan khayalan aku akan bahagia dengan lelaki itu, aku berani mengatakan aku sudah jatuh cinta.

Mujur, aku masih diyakinkan dengan satu lagi kata bijaksana, cinta akan hilang keindahannya, apabila tidak lagi dirahsiakan. Namun yang paling utama, waktu itu sebenarnya aku masih malu. Ya, aku perempuan, dan pasti malu itu adalah sesuatu yang sangat wajar.

Itulah bencana kepada perempuan pemalu yang jatuh hati. Ia akan menyeksa hati dengan hasrat yang diperam-peram. Namun, ia juga adalah kemujuran yang sangat besar, kerana pada ketika akal sudah kalah pada khayalan, pada ketika ajaran agama sudah dipermudah-mudahkan, masih ada benteng halus yang bernama malu, yang menjadi benteng akhir kepada iman.

Itulah seksanya. Mahu diluah, malu, mahu dibiarkan, terasa seksa. Dan pada ketika dunia terasa seperti digelapkan oleh awan hitam yang bernama cinta, hadirlah hari itu, 14 Februari, hari Valentine.

14 Februari.

Waktu itu, dengan hati yang sudah bengkak-bengkak menahan rasa cinta, aku duduk di sebelah ibu. Aku ingat lagi, waktu itu hujan renyai, sejuk, aku merapat dengan ibu bagi mendapatkan haba dan kasih, sambil mata memandang ke televisyen, yang ada rancangan berbicara berkenaan hari Valentine.

Akal aku waktu itu berputar. Aku tahu, aku boleh menggunakan situasi ini bagi mendapatkan sesuatu daripada ibu berkenaan cinta. Paling tinggi, ibu memberi restunya, atau yang paling bawah, ibu berkata, "jangan bercinta, habiskan dahulu pelajaranmu", dan aku boleh meneruskan hidup dengan alasan, 'aku tidak akan bercinta selagi belum habis belajar kerana itulah pesan ibu'.

"Memang hari Valentine adalah hari orang Islam Sepanyol disembelih?" soal aku, memulakan bicara.

"Entahlah. Ibu tidak tahu. Bukan kamu tidak tahu, ada berbagai-bagai versi berkenaannya. Namun, walau banyak versi sekalipun, ia tetap tidak menutup ruang bagi umat Islam menyambut Valentine," jelas ibu, sehingga aku sedikit terkejut bercampur lucu, kerana jarang sekali ibu bicara begitu serius, selain pada waktu aku berbuat salah.

"Mengapa ibu nampak serius?" Aku tergelak kecil.

"Kerana kamu." Ibu memandang aku, dan aku tahu, itu pandangan penuh kasih sehingga aku boleh berasa hangatnya pandangan itu dalam hati.

"Mengapa saya?"

Seketika aku menjadi gusar. Adakah ibu tahu rahsia hati aku?

"Kamu perempuan, kamu masih muda, ada rupa, dan pasti ada ramai lelaki yang menjeling. Namun paling ibu risaukan, adalah hati kamu kerana ibu tidak mampu menjaga mahunya. Dan pasti, pada suatu ketika kamu akan jatuh cinta, dan pada ketika kamu jatuh cinta, ibu menjadi sangat khuatir." Mata ibu menceritakan apa yang diucapnya itu, adalah sangat dia maksudkan.

"Maksud ibu?" Aku kembali semakin ragu-ragu.

"Ibu setuju dengan semua perkara yang diperbuat pandai agama bagi menghalang budaya sambutan Valentine, tetapi secara tidak sedar, mereka menjadikan hari valentine itu sangat istimewa." Ibu semakin fasih bicaranya. Dan aku semakin tidak tahu ke mana ibu mahu membawa bicara seperti itu. Aku angguk kemudian diam.

Ibu tahu reaksi itu, itulah reaksi aku yang tidak faham.

"Istimewa itu bukan sekadar bermaksud kepada perkara yang diraikan, tetapi istimewa itu juga adalah pada perkara yang dilarang. Tidak ada masalah melarang hari Valentine bagi disambut, tetapi tanpa sedar ia akan membuatkan hari Valentine menjadi semakin istimewa, kerana kita hanya melarang hari, tetapi tidak menghilangkan maksud hari itu. Menghalang, menjadikan Valentine terasa istimewa, dan maksud hari itu ikut terasa istimewa. Dengan itu, pasangan kekasih boleh menyambut 'hari Valentine' pada setiap hari kerana ia dianggap istimewa. Jadi, walaupun kita berjaya pada 14 Februari, belum ada jaminan kita berjaya pada 15 Februari dan seterusnya." Ibu berhenti, menarik nafas selepas penerangan yang panjang.

Bagi menunjukkan kasih, aku bertanya juga, "Jadi, apa yang ibu mahu cadangkan?"

Ibu diam. Jelas dia mengatur bicara, sebelum dengan tatap kasih dia memandang aku.

"Ibu mahu menjaga kamu dahulu."

"Menjaga saya?" Aku mengerut dahi.

"Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?"

Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,

"Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru.

"Jadi mengapa orang mengatakan cinta itu istimewa? Malah orang-orang pandai agama juga berkata begitu."

Dengan wajah tersenyum ibu memandang aku, "Anakku, cinta itu sangat biasa, kerana semua orang akan melalui perasaan cinta, tetapi tidak semua orang akan menikmati perasaan cinta, dan pada ketika cinta mampu dinikmatilah, barulah ia menjadi istimewa."

Aku pandang ibu, ibu terus-terusan tersenyum.

"Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

Aku diam, keliru.

"Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha."

Aku mengerti bicara ibu itu, tetapi aku masih tidak mampu mengaitkannya dengan hari Valentine. Namun, tetap juga kata-kata ibu itu melegakan cinta dalam hati aku. Rupa-rupanya, ia cuma perasaan biasa, hanya kerana aku menganggapnya ia istimewa, maka aku berasa sangat tertekan.

"Itulah, yang ibu harapkan kepada bijak pandai agama. Melarang itu sudah betul, namun sekiranya terhenti setakat melarang, ia cuma menjadikan hari Valentine itu istimewa. Bijak pandai agama, selepas bercerita berkenaan asal-usul hari Valentine yang banyak versi itu, ceritakanlah juga berkenaan cinta Islam yang hanya ada satu versi. Ceritakanlah, berkenaan psikologi cinta, supaya ramai tahu, cinta itu sangat biasa, tidak perlu disambut, tidak perlu Valentine, tetapi ia perlu dinikmati, dan hanya ada satu cara menikmati cinta, iaitu bernikah. Dan ingatlah anakku, cinta itu buta, dan nikah akan kembali membuka matamu."

Aku tersenyum lebar, dan seketika, aku kembali tenang, aku berasa seperti burung yang terbang di bawah pelangi pagi.

"Kalau saya jatuh cinta, bagaimana?" Aku mula berani mengusik ibu.

"Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."

"Perempuan baik yang bercinta?" Aku pula kembali terasa diusik, apatah lagi melihat ibu menyuntingkan senyuman nakal.

"Perempuan baik itu adalah suatu proses. Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi. Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

"Dan bercinta pula?" soal aku malu-malu.

Ibu tersenyum lebar, lalu berkata, "Sukar sebenarnya. Tetapi tetap ada petua. Pada ketika kamu menerima lamaran seorang lelaki, pada ketika itulah kamu periksa kata-kata, yang mula-mula keluar daripada hati kamu. Perempuan biasa yang bercinta akan berkata dalam hati, "Aku cintakan dia, sebab itu aku perlukan dia." Sedangkan perempuan baik, dalam hatinya akan berkata begini, "Aku perlukan dia, sebab itulah aku cintakan dia." Pada ketika 'perlu' yang datang terlebih dahulu sebelum cinta, kamu ada peluang menjadi perempuan baik yang bercinta. Kemudian semak maksud 'perlu' dalam hati kamu. Adakah kamu perlu lelaki beriman yang dapat membimbing, ataupun perlu kepada lelaki kaya yang dapat menyenangkan. Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."

Aku terus memeluk ibu erat-erat, aku cium pipi ibu, dan ibu cium dahi aku lalu berkata, "Ingat, kamu adalah harapan ibu, bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat sana. Jadilah perempuan baik, bukan kerana ibu, tetapi kerana Allah, kerana ibu juga sangat menyayangi kamu seadanya kamu, kerana Allah."


30 October 2011

1234567890...


Salah Satu Kekuasaan ALLAH meletakkan Keajaiban2 didalam Angka2...

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
... 1234 x 8 + 4 = 9876
12 345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10 = 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

SUBHANALLAH....


05 October 2011

I LOVE U...







When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U...

U Asked Me: "What Is It?"

When U ...Were 15 Yrs Old, I Said I Love U....

U Blushed.. U Look Down And Smile..

When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....

U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear..

When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U....

U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N

Said : "U Better Be Quick, It’s Gonna Be Late.."

When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U....

U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.."

When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U....

U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.."

When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U....

U Were Knitting And U Laugh At Me..

When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U....

U Smile At Me..

When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U....

We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together..

When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me!

I Didn’t Say Anything But Cried.


By: Benson Philip


06 August 2011

BULAN AL-QURAN...




Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Bulan kita dianjurkan untuk perbanyakkan membaca dan mentadabur Al-Quran. Bukan sahaja membaca tetapi juga, memahami erti Al-Quran, dan mengamalkannya dalam kehidupan. Al-Quran merupakan jalan pembersihan hati , terkandungnya pelbagai hikmah, punca pancaran hidayah, sumber penawar sanubari dan kaedah menghidupkan hati yang sangat penting bagi seluruh manusia. (FB)



04 August 2011

RAMADHAN BULAN BERKAT...




"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".


Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama menggapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.


Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]


Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

1) Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.

2) Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

3) Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dantaqarrub kepadanya.

4) Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan.

5) Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.


(iluvislam.com)


23 July 2011

MENYINGKAP TIRAI RAMADHAN...






Sabda Rasulullah S.A.W :

Bulan Rejab adalah bulan Allah
Bulan Syaaban adalah bulanku dan
Bulan RAMADHAN adalah bulan umatku...


Di manakah persediaan kita untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan?????
- Renungan Bersama -


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile