topbella

22 May 2013

PERHENTIAN ISLAND TRIP: DAY 3



bersambung...

Ini merupakan hari terakhir di pulau. Selesai dah pakej 3D2N in Perhentian Island. Sebenarnya xpuas lg..rasa mcm nk g snorkeling lg je..hehe

Paginya jam 8, kami turun utk breakfast. Menu breakfast utk last day kat sini ada mee goreng, roti bakar, cornflake dan air plk sunquick dan teh'o. Semua tu angkut ke meja. Ni yg best kalau makan ala buffet..hihi. 
Selesai breakfast bergerak ke bilik utk packing barang dan bersiap-siap utk pulang. Kitaorg kena check out kul 11 pagi. So, 10.45 turun dari bilik dan ke reception utk urusan check out. Bot yg akn menghantar kami dijadualkan tiba pada jam 12 tenghari. 
Dalam tempoh sejam utk menunggu bot tu, kitaorg bergambar sakan. Last day adalah hari bergambar-gambar sebelum bertolak pulang. 
View kat sini mmg cantik2 so kitaorg mmg tak melepaskan peluang utk bergambar hampir di semua area kat situ. 
Ni kat depan our resort...punyalah payah nak letakkan kamera kat mana sbb ni guna self timer je. Nk amik gambar mesti semua kena masuk baru bestttt!!!
Sepanjang berjalan dari resort ke pantai, disediakan buaian utk para pengunjung. Banyaklah jgk..bolehlah kami duduk sorang satu. Layan berangan pun best kat buaian ni..hahaha
Pemandangan dari resort kami...dpt melihat para pengunjung yg baru sampai bersiap sedia utk melakukan aktiviti snorkeling....jelesnyaaaaa nak ikut jgk!!!
Deretan bot yg tersadai di tepi pantai. Waktu awal pagi camni banyak lagi tp bila masing2 dah start aktiviti tinggalah satu dua buah je. 
View ni pun cantik. Awan yg cerah serta laut yg tenang. Waktu ni dalam pukul 11 lebih camtu r. 
Kami abadikan kenangan di sini dgn lakaran nama di pasir sebagai kenangan percutian yg sgt best, happening and exciting.  
Our last photo before boat arrived. Everyone happy and seriously rasa macam tak nak balik je lagi. 
Bot sampai awal jgk dalam kul 11.30 gitu pastu gerak g amik pengunjung kat resort lain plk. Bukan kami je lah yg naik bot ni kalau tak mesti riuh habis ni...hehe
12.15 pm bot kami mula bergerak dan meninggalkan Pulau Perhentian yg sememangnya sangat cantik dan menenangkan. 
Dalam tempoh setengah jam, kami dah pun sampai ke jeti Kuala Besut. Ok!!! bye Perhentian Island. Kalau ada masa dan peluang nak pergi lagiiiiiii!!! 

16 May 2013

MY FIRST #GE

Finally, berpeluang melaksanakan kewajipan pada negara...hihi. 5 tahun lepas xcukup umur lg...now it's my turn to vote!!!
Demam pilihanraya yg ke-13 ni boleh dikatakan sangat meriah. Kibaran bendera-bendera hampir di seluruh jalan boleh dilihat. 
Perang poster pun xkurang hebatnya. Dan yg lg best dpt tgk replika bermacam-macam objek dicipta melambangkan parti masing2.Kreatif2 rakyat Malaysia ni kan!!!
Utk yg pertama kali ni, saya mengundi di Sek.Men.Keb.Jerangau. Pilihan waktu tengahari coz waktu ni org dah xde kan...datang je terus dpt..best xperlu nak queue pjg2. Calitan dakwat biru sbg simbolik 'saya dah undi'...hehe.. Undi apa!!! undilah calon yg betul2 berhak. 

13 May 2013

PERHENTIAN ISLAND TRIP: DAY 2


bersambung...

Cerita bersambung di hari kedua pula. Bila bangun tidur je terus rasa excited...xsabar nk main air laut dah ni. Sarapan disediakan dari jam 8-9 pagi. Kami turun dari bilik dgn beg siap2 so xperlu nk naik lg lps breakfast tu. Menu breakfast pagi tu ada nasi goreng, kue tiow goreng, kentang goreng, ditambah lagi dgn koko krunch dan roti bakar. Byk giler!!! semua angkut bwk ke meja. Air plk ada sunquick dgn teh'o. Makan santai2 sementara menunggu utk ke aktiviti pada pagi tu. 
Inilah panaroma waktu pagi di Pulau Perhentian. Memang cantik dan kami berjalan menyusuri kawasan pantai sambil menghirup udara pagi yg segar dan tenang. 
Aktiviti kami akan bermula pada jam 10.30 pagi. Ada masa lagi sejam tu, kami bergambar dulu. Kami berlima so kalau semua nak masuk dlm gmbar kenalah guna self-timer..hihi. 
Habis dah bergambar. Main game zaman kanak-kanak plk. 'Teng-Teng' namanya kalau xsilap. Game ni mengimbau kenangan waktu kecik-kecik dulu. Penat jgk main game ni almaklumlah umur dah meningkat sekarang....hahaha
Around 10.30, snorkeling guide kitaorg pn dtg amik dan bawa ke tempat mengambil peralatan-peralatan yg akan digunakan ketika snorkeling nnt. Inilah peralatan yg digunakan spjg aktiviti itu mask (topeng selam), snorkel (j tiub) and fins (kaki katak/itik).
Setelah mengambil semua peralatan tersebut, bermulalah aktiviti snorkeling kami pada pagi itu. Based on package kami akn dibawa ke 5 marine park iaitu Shark Point, Turtle Point, Coral Garden, Fisherman Village dan Romantic Beach. Aktiviti bermula dari jam 11 tengahari sampailah ke jam 5 petang. 

Masa memula tu mcm takut jgk nak turun tp bila dah dpt tgk kat dasar laut tu terus jd berani. Seriously cantik sanggattttt!!!. Berpeluang melihat shark dan turtle berenang2 di dalam air tp xde lah sampai ke dasar pun..huhu. 
Jam 2 petang, kami bergerak ke kampung nelayan utk makan tengahari. Kami guna package so xde masalah. Inilah menu yg disajikan...banyaaakkkkk!!! sampai kekenyangan kami semua. Menunya ada tomyam seafood, ikan masak kicap, sayur campur, telur dadar di samping pencuci mulut buah tembikai, air pun tembikai jgk...huhu. Settle lunch, bergerak ke surau utk solat. 
Petang tu bersambung lagi aktiviti snorkeling kami. Kali ni pergi tgk Ikan Nemo plk...fuhhhh...teruja dpt tgk dekat2 ni. Tp ada satu park yg kami xberjaya turun iaitu Coral Garden coz waktu kami sampai tu laut tgh bergelora...rugiiii!!! Nak kena dtg lagi pasni...hehe
Jam 5 petang, berakhir dah aktiviti snorkeling kami. Back to our resort... see our faces dah burn semacam je. Sebelum tu dah tempek sunblock byk2 tp klu dah lama sgt mana nak tahan...hahaha.. Walauapapun jd kat muka kami tp kami xserik utk buat lg aktiviti ni. Sebelum turun dari bot tu, kami bergambar dgn our Snorkeling Guide yg sgt sporting melayan kerenah kami yg mcm2 hal ni dari start naik bot lagi...hehe. Million thanks Man!!!
Sampai di resort, kami xterus naik bilik tp bergerak ke pantai plk. Wehoooo!!! dpt main air lagi. Mandi manda jap kat situ sblm balik ke bilik utk mandi dan solat. 
Malam tu, semua dah keletihan. Mau tak letih, kami bersnorkeling sakan kat 5 tempat yg berbeza dlm masa xsampai sehari...separuh hari je ni. Tp dinner still turun...rugilah dah bayar tak g makan plk kan??? Dinner malam tu walaupun lauk byk tp memasing xlarat so makan pun xberapa nak laju. Ngantuk + Letih...haru jdnya kat meja makan. Dah tak excited mcm mlm td. 
Selesai dinner, sempat lg lepak amik angin sempena mlm last kitaorg kat sini. Nak tidur awal2 cam rugi plk tp kejap je lah sbb dah keletihan. Back to our room solat Isyak and terus zzzzzzzz. Esoknya dah nak balik. 

12 May 2013

'HARI IBU'


Katakan 'ya' kepada silang budaya. Katakan 'tidak' kepada serangan budaya. (Syeikh al-Qaradhawi).

Hari Ibu suatu silang budaya yang baik. Seperti kita kadang kala mengambil budaya makan pakai sudu, pakai baju kot dan sebagainya. Islam tidakpun menegahnya. Para sahabat ketika menakhluk sesebuah negara tidak memusuhi budaya masyarakat itu yang tidak bercanggah syariah.

Hari Ibu bukannya suatu 'serangan budaya' seperti Hari Valentine. Operasional Hari Valentine akan membawa sepasang kekasih mendekati zina. Manakala, operasional Hari Ibu akan membawa seorang anak yang mungkin sibuk dengan dunianya, 'tersentap' merindui dan mengenang semula semua jasa-jasa ibu. Meskipun setiap hari dia memang perlu menyayangi ibunya. Lumrah manusia sering terlupa untuk menghargai.


Oleh sebab itu, saya lebih tenang bersama dengan golongan yang berpendapat HARI IBU ADALAH HARUS, selagi operasionalnya patuh piawaian syariah.

Selamat Hari Ibu buat bondaku sayang!

09 May 2013

CUTI HARI PEKERJA...

Inilah aktiviti cuti Hari Pekerja kami!!! Paginya ke pantai berdekatan dgn rumah kami. Ptg lps solat Asar barulah bergerak ke Pulau Duyong.Yeszaaaa!!! D'Ganu Steamboat Cafe 2 in 1.  Tujuan utama xlain xbukanlah nak mkn steamboat...huhu.
Kami pergi berenam. Memula sampai tu, order air dulu. Masing2 memilih air yg berlainan. So, colourful jdnya meja kitaorg. 
Di ikuti plk dgn menu. Menu utama kat sini Steamboat lah. 4org dari kami memilih utk mkn steamboat manakala saya dan sorg lg kwn memilih utk mkn Chicken Chop. 
Inilah set steamboat yg di order. Steamboat ni di kira RM5 satu kepala. Ada ayam,daging, sotong, udang, bebola dan sayur. Di tambah plk dgn maggi sbg hidangan sampingan. 
Ok...it's time to cook!!! Kalau mkn steamboat ni dah rupa macam main masak2 pun ada. Panaskan dapur dgn sedikit planta and then susun lauk-pauk tu utk di bakar. 
Maka, terhasil lah Steamboat kitaorg. Dlm set ni, diberikan jgk tomyam sbg kuah di samping sos-sos yg lain blackpepper serta cili. 
Ini plk menu yang saya order. Western ckit utk dinner kali ni...hehe. Chicken Chop Set. Satu set ni berharga RM 10. It's delicious!!!
Dah masuk waktu Maghrib, barulah selesai kami makan. Habis licin semuanya. Kenyang perut suka hati...see semua senyum kekenyangan...hehehe
Sebelum bergerak pulang, kami bergambar dulu di tepi restoran berlatarbelakang bot-bot yang tersadai di muara sungai. Habis cerita cuti, esokknya kembali ke ofis lagi.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile