topbella

05 December 2014

HAJAR'S CONVOCATION DAY

30 November yang lalu, saya dan keluarga berkonvoi ke Bandar Jengka. Ini bagi meraikan majlis konvokesyen sepupu saya yang baru menamatkan pengajiannya di Uitm Kampus Pahang. Hajar merupakan anak sulung kepada ayah cik saya. Kami ke sana berkonvoi dua buah kereta. Rombongan kami seramai 10 orang...dan yang nak amik scrol sorang je..hihi. Itu perkara biasa dalam family saya. Kami sedaya mungkin akan berkumpul beramai-ramai meraikan kejayaan dalam ahli keluarga kami. Rombongan kami bermalam di homestay yang berdekatan dengan universiti. 
3 tahun lepas...saya turut menghantar Hajar ke sini untuk pendaftaran pelajar baru. Masa bergerak begitu pantas dan kali ni saya kembali ke sini bagi meraikan kejayaannya menamatkan pengajian.

Istiadat Konvokesyen ini berlangsung pada 1 Disember 2014. Dan Hajar tersenarai sebagai penerima pada sesi tengahari. Konvokesyen pada hari itu melibatkan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda. 
Dalam dewan konvo, hanya dua orang yang boleh masuk so saya turut serta ke dewan menemani ibu saudara saya yang merupakan emak kepada Hajar. Ayah Hajar tidak turut serta kerana menjaga adik beliau yang bongsu. 
Selesai majlis, diadakan pula sesi fotografi di booth-booth yang menawarkan perkhidmatan fotografi satu keluarga. Selesai semuanya kami pun bertolak untuk pulang ke Terengganu. Majlis berakhir menjelang petang.
To my dear cousin...congratulation for your convocation and I am really proud of you. You now are a degree holder. Alhamdulillah. May you success in your future undertaking dear.




My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile