topbella

29 February 2012

WW : LEAP YEAR









4 Years once we can meet!!!



26 February 2012

TOP 20 ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA 2012



Assalamualaikum dan salam 1Dunia, senarai 20 orang paling kaya di Malaysia 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.

Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012

Bil.
Nama

Kekayaan (RM Billion)

Syarikat
1.
Robert Kuok Hock Nien
45.700
Kerry Group/Kuok Group
2.
T Ananda Krishnan
42.998
Usaha Tegas
3.
Tan Sri Teh Hong Piow
12.642
Public Bank
4.
Tan Sri Lee Shin Cheng
11.356
IOI Group
5.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
9.530
Albukhary Foundation
6.
Tan Sri Quek Leng Chan
8.002
Hong Leong Malaysia
7.
Tan Sri Lim Kok Thay
7.585
Genting Group
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
6.588
Genting Group
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
6.411
Rimbunan Hijau
10.
Ong Beng Seng
4.919
Hotel Properties Ltd
11.
Tan Sri Azman Hashim
3.470
Arab-Malaysian Corp
12.
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
2.541
Berjaya Group
13.
Datuk Mokhzani Mahathir
1.937
Kencana Petroleum
14.
Datuk Lee Yeow Chor
1.787
IOI Group
15.
Tan Sri Tony Fernandes
1.772
AirAsia
16.
Lee Yeow Seng
1.746
IOI Group
17.
Tan Sri Lau Cho Kun
1.721
Hap Seng Consolidated
18.
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
1.711
YTL Group
19.
Tan Sri Lee Oi Hian
1.589
Batu Kawan
20.
Datuk Lee Hau Hian
1.586
Batu Kawan


(Credit: DenaiHati.com)



psssttt:- terselit juga 3 bangsa Melayu di situ...congrats



22 February 2012

HAPPY ANNIVERSARY SWEET 26TH...



Mengikat tali pertunangan pada 20 Febuari 1985, pasangan ini telah sepakat untuk bertunang selama setahun sebelum di ijabkabulkan. Tanggal 22 Febuari 1986, dengan sekali lafaz pasangan Sula1n1 Bin Haji Das1r dan Zaw1ah Binti Haji Na1m telah sah bergelar suami isteri. Menyingkap kembali mahligai cinta yang di bina, hari ini 22 Febuari 2012 genaplah sudah 26 tahun pasangan ini melayari bahtera rumahtangga. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-26!!!





Hasil perkongsian hidup selama 26 tahun, pasangan ini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata terdiri daripada dua orang puteri dan seorang putera.




1) Puteri Sulung



Cinta hati pertama ini lahir setahun sebulan selepas mereka mendirikan rumahtangga. Dinihari, 29 Mac 1987 lahirlah puteri sulung kepada pasangan ini yang di beri nama Nurhafiza yang membawa maksud Cahaya Penghafal. Kini si puteri sulung sudah menginjak ke usia 25 tahun pada tahun ini. Merupakan graduan lepasan Universiti Sains Islam Malaysia dan baru di anugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian pada Disember lalu.


2) Puteri Tengah



Dua tahun kemudian, tanggal 7 Jun 1989 lahirlah pula cinta hati yang kedua kepada pasangan ini. Sepakat menamakan puteri kedua ini dengan nama Nurfarahim yang kini sudah pun berusia 23 tahun. Merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi.


3) Putera Bongsu



Hajat untuk mendapatkan seorang putera termakbul bilamana tanggal 8 Febuari 1993, lahirlah Putera Bongsu yang melengkapkan benih cinta pasangan ini. Pemilik nama Muhd Badrulhisham ini sudah pun memasuki usia 19 tahun beberapa minggu lalu dan kini sedang berhempas pulas untuk menamatkan pengajian selama setahun di Kolej Matrikulasi Pahang dalam aliran Asasi Sains Hayat sebelum menyambung ke peringkat seterusnya.

Untuk pasangan ini, kami anak-anakmu ingin mengucapkan:-

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
UNTUK MA DAN ABAH
MOGA SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG
YANG BERPANJANGAN HINGGA AKHIR HAYAT


17 February 2012

FAMILY VACATION KE LANGKAWI (FINAL PART)





...sambungan...




DAY 4




Left pic: close up beg yg dah beranak-pinak
Right pic: close up muka nak balik umah


Hari terakhir di Langkawi, paginya mengemas segala barang keperluan yg dibawa serta hasil rembatan dari shopping ke dlm beg masing-masing. Then, check keseluruhan bilik kot2 ada barang yg tertinggal. Settled!!!

Jam 10.30 pagi ke kaunter untuk urusan check out. Kunci di serahkan dan kami pun keluar untuk mendapatkan teksi utk ke airport.


- Your Truly, Mommy, Daddy, Younger Sis (missed: Youngest Bro)-


Kami pun bertolak ke airport. Perjalanan ke airport mengambil masa dalam 20 minit dari hotel yg kami tinggal. Menyelesaikan urusan check in kemudian kami breakfast di food court. Jam 1, kami pun masuk ke balai berlepas kerana flight kami akn berlepas pada jam 1.55 pm.

Selamat mendarat di LCCT jam 3 dan menunggu utk flight seterusnya ke Terengganu jam 8 malam. Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 9.15pm.

Overall, kami berpuashati dengan percutian ini. Kami berpeluang ke tempat-tempat yg ingin di lawati serta semua urusan berjalan dengan lancar. Penginapan di hotel juga memuaskan.


14 February 2012

'VALENTINE DAY'



Bila tiba je 14 Febuari, sana sini akn memperkatakan tentang tarikh tersebut. Pelbagai pandangan dan hujah dari pelbagai golongan akn keluar. Apa yang pasti berpeganglah pada Islam yg mana sambutan Valentine ini memang HARAM.

Terbaca satu artikel di iluvislam.com, dan ingin saya kongsikan buat semua pengunjung blog ini. Artikel yg bertajuk 'Dan Perempuan Baik Yang Bercinta, Pada Hari Valentine.

Jom baca...

Melihatkan sahaja tulisan itu pada akhbar yang aku baca, sekonyong-konyong aku sedar, aku pernah berada di situ. Aku pernah berpenampilan resah hanya untuk hadir pada tarikh 14 Februari, Aku pernah mengewap gusar pada rasa hari Valentine, dan hari ini, kenangan itu menggeser lagi.

Muda.

Apa yang aku ingat, waktu itu aku masih muda, baru usai SPM. Aku menandai garis waktu itu, dengan muzik kegemaran aku. Sebagai gadis Melayu, aku tetap bermegah-megah dengan bahasa aku. Maka, kumpulan Slam, Ukay, Spring, adalah muzik yang tidak pernah berhenti bergemerencang dalam telinga. Lagu-lagunya, menjunjung cinta hingga ke bintang, bait rindunya dibenamkan hingga ke jurang Mariana, namun apa yang aku tidak tahu, lagu-lagu itu juga yang berdingkit-dingkit mendorong aku bagi mendamba cinta lelaki.

Masih remaja, masih muda, dan segala-galanya terlihat sangat luar biasa, lalu semuanya mahu dicuba. Dan akhirnya, aku jatuh cinta kepada lelaki itu.

Lelaki.

Aku menemuinya di rumah ibu saudara. Diberitahu, bahawa lelaki itu anak angkatnya, dan dia belajar tinggi di luar negara.

Pada pertama kali menatapnya, aduhai, perasaan aku terus berasa hening, sepertinya aku berangkat ke pulau tiada penghuni. Dan apabila dia tersenyum, ia melahap mentah-mentah jiwa aku.

Benarlah kata bijak pandai, cinta itu adalah kemenangan khayalan ke atas akal fikiran. Hanya dengan khayalan aku akan bahagia dengan lelaki itu, aku berani mengatakan aku sudah jatuh cinta.

Mujur, aku masih diyakinkan dengan satu lagi kata bijaksana, cinta akan hilang keindahannya, apabila tidak lagi dirahsiakan. Namun yang paling utama, waktu itu sebenarnya aku masih malu. Ya, aku perempuan, dan pasti malu itu adalah sesuatu yang sangat wajar.

Itulah bencana kepada perempuan pemalu yang jatuh hati. Ia akan menyeksa hati dengan hasrat yang diperam-peram. Namun, ia juga adalah kemujuran yang sangat besar, kerana pada ketika akal sudah kalah pada khayalan, pada ketika ajaran agama sudah dipermudah-mudahkan, masih ada benteng halus yang bernama malu, yang menjadi benteng akhir kepada iman.

Itulah seksanya. Mahu diluah, malu, mahu dibiarkan, terasa seksa. Dan pada ketika dunia terasa seperti digelapkan oleh awan hitam yang bernama cinta, hadirlah hari itu, 14 Februari, hari Valentine.

14 Februari.

Waktu itu, dengan hati yang sudah bengkak-bengkak menahan rasa cinta, aku duduk di sebelah ibu. Aku ingat lagi, waktu itu hujan renyai, sejuk, aku merapat dengan ibu bagi mendapatkan haba dan kasih, sambil mata memandang ke televisyen, yang ada rancangan berbicara berkenaan hari Valentine.

Akal aku waktu itu berputar. Aku tahu, aku boleh menggunakan situasi ini bagi mendapatkan sesuatu daripada ibu berkenaan cinta. Paling tinggi, ibu memberi restunya, atau yang paling bawah, ibu berkata, "jangan bercinta, habiskan dahulu pelajaranmu", dan aku boleh meneruskan hidup dengan alasan, 'aku tidak akan bercinta selagi belum habis belajar kerana itulah pesan ibu'.

"Memang hari Valentine adalah hari orang Islam Sepanyol disembelih?" soal aku, memulakan bicara.

"Entahlah. Ibu tidak tahu. Bukan kamu tidak tahu, ada berbagai-bagai versi berkenaannya. Namun, walau banyak versi sekalipun, ia tetap tidak menutup ruang bagi umat Islam menyambut Valentine," jelas ibu, sehingga aku sedikit terkejut bercampur lucu, kerana jarang sekali ibu bicara begitu serius, selain pada waktu aku berbuat salah.

"Mengapa ibu nampak serius?" Aku tergelak kecil.

"Kerana kamu." Ibu memandang aku, dan aku tahu, itu pandangan penuh kasih sehingga aku boleh berasa hangatnya pandangan itu dalam hati.

"Mengapa saya?"

Seketika aku menjadi gusar. Adakah ibu tahu rahsia hati aku?

"Kamu perempuan, kamu masih muda, ada rupa, dan pasti ada ramai lelaki yang menjeling. Namun paling ibu risaukan, adalah hati kamu kerana ibu tidak mampu menjaga mahunya. Dan pasti, pada suatu ketika kamu akan jatuh cinta, dan pada ketika kamu jatuh cinta, ibu menjadi sangat khuatir." Mata ibu menceritakan apa yang diucapnya itu, adalah sangat dia maksudkan.

"Maksud ibu?" Aku kembali semakin ragu-ragu.

"Ibu setuju dengan semua perkara yang diperbuat pandai agama bagi menghalang budaya sambutan Valentine, tetapi secara tidak sedar, mereka menjadikan hari valentine itu sangat istimewa." Ibu semakin fasih bicaranya. Dan aku semakin tidak tahu ke mana ibu mahu membawa bicara seperti itu. Aku angguk kemudian diam.

Ibu tahu reaksi itu, itulah reaksi aku yang tidak faham.

"Istimewa itu bukan sekadar bermaksud kepada perkara yang diraikan, tetapi istimewa itu juga adalah pada perkara yang dilarang. Tidak ada masalah melarang hari Valentine bagi disambut, tetapi tanpa sedar ia akan membuatkan hari Valentine menjadi semakin istimewa, kerana kita hanya melarang hari, tetapi tidak menghilangkan maksud hari itu. Menghalang, menjadikan Valentine terasa istimewa, dan maksud hari itu ikut terasa istimewa. Dengan itu, pasangan kekasih boleh menyambut 'hari Valentine' pada setiap hari kerana ia dianggap istimewa. Jadi, walaupun kita berjaya pada 14 Februari, belum ada jaminan kita berjaya pada 15 Februari dan seterusnya." Ibu berhenti, menarik nafas selepas penerangan yang panjang.

Bagi menunjukkan kasih, aku bertanya juga, "Jadi, apa yang ibu mahu cadangkan?"

Ibu diam. Jelas dia mengatur bicara, sebelum dengan tatap kasih dia memandang aku.

"Ibu mahu menjaga kamu dahulu."

"Menjaga saya?" Aku mengerut dahi.

"Ya, menjaga kamu dengan memberitahu kamu sesuatu berkenaan cinta, supaya kamu mengerti bahawa cinta itu adalah sangat biasa. Tidak ada apa-apa istimewanya berkenaan cinta. Cinta itu sama biasanya dengan kuku yang boleh tumbuh selepas dipotong. Dan di situlah silapnya banyak manusia, kerana menganggap perasaan cinta itu sangat istimewa. Mereka menyangjungnya sampai hilang akal, kerana mereka tidak sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa. Dan kamu sendiri, adakah kamu sanggup kehilangan sesuatu yang istimewa?"

Aku menggeleng, dan ibu terus menyambung,

"Manusia apabila sudah tidak sanggup kehilangan yang istimewa, mereka akan berbuat apa sahaja. Mereka menganggap ia sesuatu yang ajaib, padahal itu cumalah ilusi. Dan lebih menakutkan, pada ketika manusia menganggap cinta bukanlah berkenaan apa yang kita peroleh, tetapi adalah berkenaan apa yang kita beri, iaitu segala-galanya. Pada ketika tahap itu, maruah akan kita beri, keingkaran agama akan kita beri, dan iman juga akan kita tukarkan kepada cinta. Sedangkan, iman itulah yang perlu dianggap istimewa, bukannya cinta," jelas ibu, dan ada yang aku setuju walaupun banyak yang aku keliru.

"Jadi mengapa orang mengatakan cinta itu istimewa? Malah orang-orang pandai agama juga berkata begitu."

Dengan wajah tersenyum ibu memandang aku, "Anakku, cinta itu sangat biasa, kerana semua orang akan melalui perasaan cinta, tetapi tidak semua orang akan menikmati perasaan cinta, dan pada ketika cinta mampu dinikmatilah, barulah ia menjadi istimewa."

Aku pandang ibu, ibu terus-terusan tersenyum.

"Ibu sudah memberitahu kamu, iman lah yang perlu dianggap istimewa. Apa sahaja perkara baik yang dicampurkan dengan 'istimewa' akan menjadikan ia 'istimewa'. Begitu jugalah cinta. Cinta itu sangat biasa, tetapi apabila ia dicampurkan dengan 'iman' barulah ia menjadi cinta yang istimewa. Kamu tahu mengapa ia istimewa?"

Aku diam, keliru.

"Kerana, dengan campuran iman dan cinta, iman akan bertambah-tambah dan paling nikmat, adalah rasa cinta itu juga semakin bertambah banyak. Dan kamu tahu bagaimana kita mengenal cinta itu semakin banyak? Apabila, pasangan tadi tidak berhenti berusaha membahagiakan pasangannya. Sekiranya dahulu sering SMS, selepas nikah tetap berusaha SMS. Begitu jugalah sebaliknya, cinta akan terhenti apabila, ada antara pasangan sudah berhenti berusaha."

Aku mengerti bicara ibu itu, tetapi aku masih tidak mampu mengaitkannya dengan hari Valentine. Namun, tetap juga kata-kata ibu itu melegakan cinta dalam hati aku. Rupa-rupanya, ia cuma perasaan biasa, hanya kerana aku menganggapnya ia istimewa, maka aku berasa sangat tertekan.

"Itulah, yang ibu harapkan kepada bijak pandai agama. Melarang itu sudah betul, namun sekiranya terhenti setakat melarang, ia cuma menjadikan hari Valentine itu istimewa. Bijak pandai agama, selepas bercerita berkenaan asal-usul hari Valentine yang banyak versi itu, ceritakanlah juga berkenaan cinta Islam yang hanya ada satu versi. Ceritakanlah, berkenaan psikologi cinta, supaya ramai tahu, cinta itu sangat biasa, tidak perlu disambut, tidak perlu Valentine, tetapi ia perlu dinikmati, dan hanya ada satu cara menikmati cinta, iaitu bernikah. Dan ingatlah anakku, cinta itu buta, dan nikah akan kembali membuka matamu."

Aku tersenyum lebar, dan seketika, aku kembali tenang, aku berasa seperti burung yang terbang di bawah pelangi pagi.

"Kalau saya jatuh cinta, bagaimana?" Aku mula berani mengusik ibu.

"Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."

"Perempuan baik yang bercinta?" Aku pula kembali terasa diusik, apatah lagi melihat ibu menyuntingkan senyuman nakal.

"Perempuan baik itu adalah suatu proses. Jangan sesekali mencuba menjadi perempuan baik hanya dalam masa sehari, tetapi berusahalah menjadi perempuan baik sampai kamu mati. Kerana, pasti orang seperti kita ada melakukan dosa, tetapi bangkitlah kembali dengan taubat. Itulah perempuan baik bagi ibu, iaitu perempuan yang sentiasa berusaha menjadi hamba kepada Allah yang taat. Dan taat kepada Allah, kamu tahu ia bukan sekadar satu dua perkara, tetapi ribuan perkara, meliputi hal ayah ibu, suami, anak, jiran, ibadah, menjaga maruah, menjaga mulut, taubat, dan banyak lagi. Itulah perempuan baik bagi ibu, perempuan yang sentiasa berusaha ke arah perkara yang baik-baik."

"Dan bercinta pula?" soal aku malu-malu.

Ibu tersenyum lebar, lalu berkata, "Sukar sebenarnya. Tetapi tetap ada petua. Pada ketika kamu menerima lamaran seorang lelaki, pada ketika itulah kamu periksa kata-kata, yang mula-mula keluar daripada hati kamu. Perempuan biasa yang bercinta akan berkata dalam hati, "Aku cintakan dia, sebab itu aku perlukan dia." Sedangkan perempuan baik, dalam hatinya akan berkata begini, "Aku perlukan dia, sebab itulah aku cintakan dia." Pada ketika 'perlu' yang datang terlebih dahulu sebelum cinta, kamu ada peluang menjadi perempuan baik yang bercinta. Kemudian semak maksud 'perlu' dalam hati kamu. Adakah kamu perlu lelaki beriman yang dapat membimbing, ataupun perlu kepada lelaki kaya yang dapat menyenangkan. Sekiranya kamu 'perlu' kepada lelaki beriman yang membimbing, kamu adalah perempuan baik yang bercinta."

Aku terus memeluk ibu erat-erat, aku cium pipi ibu, dan ibu cium dahi aku lalu berkata, "Ingat, kamu adalah harapan ibu, bukan sekadar di dunia tetapi di akhirat sana. Jadilah perempuan baik, bukan kerana ibu, tetapi kerana Allah, kerana ibu juga sangat menyayangi kamu seadanya kamu, kerana Allah."


13 February 2012

2 YEARS IN BLOGGING...



I started in blogging since 13/2/2010. 2 years already but I can feel I'm still new. More to learn and more to improve for future.

I enjoy writting what I have gone through and I want to keep all moments from dead. Like Benjamin Franklin said "If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writting".

My blog seem like my diary but not personal one. I love to share about my family, study, travel, activities, express feeling, share any information and etc.

I'm glad to have my own followers, silent reader or anonymous who come and read my entry. I appreciate all the comments.

From blogging, I have a lots of friends. They come from different background, age, status and position. Thanks for this friendship. Even we only meet through blog but I can say that 'Nothing Is Precious But Friendship'.






10 February 2012

FAMILY VACATION KE LANGKAWI (PART 3)



...sambungan...


DAY 3


1) Jetty Point




Misi jalan-jalan di hari ketiga di teruskan lagi. Tempat pertama yang di tuju pada hari ini adalah ke Jetty Point. Jetty Point merupakan sebuah shopping complex berdekatan dengan jeti tempat para pelancong atau pengunjung menaiki feri. Sekiranya datang ke Langkawi dengan menaiki feri, para pengunjung akan turun di sini dan perlu mengambil teksi atau menyewa kereta untuk berjalan-jalan di sekitar Langkawi. Feri-feri ini menuju ke jeti Kuala Kedah dan juga jeti Kuala Perlis.


2) Dataran Lang




Selepas itu, kami bergerak ke Dataran Lang pula. Tempat ini merupakan simbolik kepada Langkawi. Kalau datang ke Langkawi, tak sah kalau tak singgah ke sini. Xde ape pun sebenarnya just replika seekor burung helang besar. Untuk bergambar di sini perlulah menunggu giliran sebab bukan kita je, mostly yg datang semua nk amik gambar kat sini.


3) Taman Lagenda




Kemudian kami singgah ke Taman Lagenda Langkawi pula. Tempat ini terletak berhampiran Dataran Lang tu je. Apa yang ada di taman lagenda ni??? It's about History. Kepada pencinta sejarah jom singgah dan baca fakta sejarah Langkawi.



Memasuki taman lagenda ini, para pengunjung akan menjumpai pintu-pintu gerbang yang mewakili setiap cerita sejarah yang pernah di lakar di Langkawi ini. Pintu pertama yang kami jumpa di kenali dengan Gergasi Bertarong di ikuti dengan Dayang Bunting, Telaga Tujoh, Garuda & Jentayu, Bukit Hantu Padang Gaong dan last sekali adalah Mahsuri. Agak jauhlah kami berjalan untuk menjelajah ke semua tempat itu.



Inilah beberapa view yang sempat di snap sepanjang perjalanan kami. Setiap tempat ada ceritanya. So, bacalah kalau nk tahu, kalau malas masuk tgk2 je...huhu. Tempat-tempat ni cantik tapi sayang agak kurang terjaga.



Akhirnya, selamat sudah menjelajah taman lagenda ini. Satu kepuasan bila dapat pergi ke semua tempat itu. Perjalanan berakhir apabila dah nmpak jam ini. Inilah point terakhir dan kami berpatah semula untuk keluar dari taman ini. Penat ke??? Huh...boleh tahan gaklah...kalau yang bwk ank kecil xtaulah camne rupanya. Then, ke Jetty Point balik untuk lunch. Panas terik, tekak haus, p pekena laksa dulu.


4) Haji Ismail Group (HIG)



Sebelah petangnya pula, waktu membuang duit...shopping's time...yeay. Kami ke Haji Ismail Group untuk membeli-belah. Inilah tempat yang paling lama kitaorang pergi sepanjang berada di Langkawi. Haji Ismail Group mempunyai beberapa cawangan di situ. So, haruslah terjah semua yer..dekat2 je pun. Apa yg di jual??? Pinggan Mangkuk, Kain batik, Kain Pelikat, Periuk dan peralatan dapur lain juga. Untuk membeli coklat-coklat pula kami ke Haji Ismail Chocolate Shop yg menjual pelbagai jenis coklat.

Settle shopping, dekat Maghrib gerak balik hotel coz esok dah nak balik. Malamnya operasi mengemas barang-barang. Beg pun dah beranak-pinak.

Next entry for our last day in Langkawi...

08 February 2012

HAPPY BIRTHDAY MY LIL HERO...




~ Blessing


~ Safety


~ Peace


~ Happiness

~ Good Life


~ Good Health


May all these always be yours forever...AMIN


Sweet 19th (8/2/93 - 8/2/12)


07 February 2012

FAMILY VACATION KE LANGKAWI (PART 2)






DAY 2


1) Kilim Karst Geoforest Park


Kami memulakan hari kedua dengan berkunjung ke Kilim Geoforest Park. Tempat ini merupakan tempat di mana para pengunjung boleh menaiki bot untuk pergi melawat ke pulau-pulau di Langkawi. Antaranya Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang dan juga Pantai Beras Basah. Satu bot untuk family package adalah RM200 dan ke atas bergantung kepada tempat yg kita ingin lawati.


2) Pantai Teluk Yu


Selepas itu, kami singgah ke Pantai Teluk Yu pula. Ianya sekadar untuk bergambar sambil melihat pemandangan pantai yg sangat cantik. Di pantai itu, kami juga dapat melihat view pulau dari negara sebelah iaitu Thailand. It seem close to each other but different country.


3) Oriental Village Cable Car


Seterusnya, saya dan keluarga di bawa pula ke Oriental Village Cable Car. Tiket yg dikenakan untuk menaiki cable car ini adalah RM15 per person half of the usual price. Ini sempena Chinese New Year promotion kalau hari biasa kena caj RM30 lah sorang. Apa yg ada dekat atas tu???


i) South Viewing Deck


Bila dah sampai kat atas ni haruslah terjah ke 'South Viewing Deck' ni dulu ye. Di situ kita boleh melihat pemandangan seluruh Pulau Langkawi dalam jarak yg kecil dan halus. Mana nk nampak besar lagi dah naik tinggi kat Gunung Mat Cincang kan.


ii) Hanging Bridge


Selepas meninjau-ninjau pemandangan di sekitar Pulau Langkawi, kami turun pula ke 'Hanging Bridge'. Kami berjalan di sepanjang 'Hanging Bridge' itu sehingga ke hujungnya. Nasiblah kalau jalan beramai-ramai memang terasalah jambatan tu bergoyang-goyang. Kalau yang cepat pening dinasihatkan jangan pergilah kot2 lah pengsan. Tambahan pula bukan dekat nak sampai ke hujung jambatan ni, kitaorang perlu meredah tangga-tangga yg agak banyak dikelilingi pokok-pokok untuk turun ke jambatan tersebut...huih semput gak lah.


4) Pantai Cenang


Menjelang tengahri, kami berhenti rehat kejap di Pantai Cenang. Pantai ini terletak berhampiran dengan airport. Ya Ampun ramainya foreigner a.k.a mat salleh duk berjemur time kitaorang singgah tu, dah namanya tengahari kan. So, we decide utk cari gerai makan for lunch. Tapi sebelum gerak sempat gaklah snap pic kt kerusi yg diaorang berjemur tu. Sekali pusing belakang nampak tanda RM20 per hour, it means that sewa kerusi tu RM20 utk satu jam, terus bangun tak berani nak duduk dah...huhu


5) Kota Mahsuri

Last place untuk hari kedua adalah ke Kota Mahsuri. Tak lengkaplah kalau ke Langkawi tak singgah di tempat peninggalan sejarah ni kan?? Bayaran RM5 per person untuk masuk ke situ. Apa yg ada kt Kota Mahsuri??


i) Makam Mahsuri



Kami melawat ke Makam Mahsuri sambil membaca serba sedikit tentang sejarah beliau. Sebelum sampai ke Makam ni, kami juga boleh singgah ke muzium yg memaparkan pelbagai koleksi sejarah Mahsuri dan Langkawi.Tapi di dalam muzium tersebut tidak dibenarkan untuk bergambar.


ii) Rumah Mahsuri




Inilah rumah Mahsuri. Rumah kayu yg di bahagi dua antara ruang tamu dan dapur. Di ruang tamu tergantung satu buaian manakala di bahagian dapur terdapat barangan peralatan memasak zaman dahulu. Di bawah rumahnya pula terdapat peralatan pertanian yg digunakan oleh beliau.


iii) Telaga Mahsuri



Dan ini pula adalah telaga Mahsuri. Ianya terletak betul-betul di hadapan rumah Mahsuri. Di belakangnya adalah kawasan bendang padi. Air dari telaga Mahsuri ini pula dijual dengan harga RM2 sebotol kepada sesiapa yg berminat untuk membelinya.

Petangnya kitaorang pun gerak balik ke hotel. Fuhhhhh habis lenguh segala urat2 yg dah lama tak buat exercise ni. Kami rest dulu and sambung keesokkannya pula.

Nantikan cerita di hari ketiga in other entry...k


06 February 2012

BIRTHDAY CELEBRATION FOR ABAH...



Since yesterday my hero turned 52 years old, we celebrated his birthday @ KFC. Just a simple celebration for him.





In this game of life, a smile is what I hope you never lose. May God bless you always and bring a lot of happiness in your life.



05 February 2012

DIA KEKASIH ALLAH...










MY HERO TURN 52 TODAY!!!




(5.2.1960 - 5.2.2012)



~ Happy Birthday to an awesome dad and a great friend.

~ God gave me this gift. This gift is my hero.

~ I like to call him Abah and he's the best.

~ Thanks for being such a great father to me.






04 February 2012

FAMILY VACATION KE LANGKAWI (PART 1)

Tahun 2012 di buka dengan percutian bersama keluarga ke Langkawi. Kami ke sana selama 4hari 3malam bermula dari 30/1- 2/2.

Idea untuk bercuti ini tercetus dari my younger sis yg sgt suka melayari laman web tempat2 percutian yg menarik. Kenapa memilih Langkawi sbg destinasi percutian kali ini? Ianya di pilih kerana kebetulan tiket flight yg agak murah pada tarikh tersebut.

DAY 1

Depart at 8.20 am from Sultan Mahmud Airport, K.Terengganu to LCCT. Arrived there around 9.15 am and need to wait for the next flight to Langkawi in the evening. Lama jgklah duk merayau-rayau kat LCCT tp best gak ada kemudahan internet so kita online dulu.....huhu

Masa yg di tunggu telah tiba, 4.20 pm kami pun berlepas dari LCCT ke Langkawi. Penerbangan mengambil masa selama satu jam dan selamat mendarat di Langkawi International Airport pada jam 5.20 pm. Seterusnya kami mengambil teksi untuk ke hotel penginapan yg telah di tempah pada awalnya.

Kami check-in di Hotel Langkasuka pada jam 6.00 pm. Perkara pertama yg saya buat di bilik hotel adalah meneliti segala kemudahan yg di sediakan di bilik tersebut.




Kami telah menempah bilik untuk 3 orang, terdapat satu katil single dan satu katil double di dalamnya dan kami menambah satu lagi tilam since kitaorang ke sini berlima including dad, mom, younger sis and one of my aunt. My youngest bro xdpt nk ikut coz tgh exam mid-sem kt his matriculation college.

Di bilik tersebut di sediakan juga almari untuk menggantung pakaian, dapur mini yg meliputi sudut kecil meja makan, tempat membancuh air dan juga peti ais. Di samping itu, satu televisyen dan juga kerusi untuk santai di sediakan di bilik tersebut.



Kemudahan bilik air dan tandas juga boleh di kira baik kerana ruangnya yg luas dan bersih. Overall. kami berpuas hati dengan kemudahan yg di sediakan. It cost RM180 per night.

Malamnya, bermulalah sesi berjalan-jalan kami. Kami berjalan di sekitar kawasan hotel tersebut sambil mencari-cari restoran untuk dinner. Tp mostly kedai cina yg byk area hotel ni, so kitorang pun makan di restoran di depan our hotel.

Since hotel kitaorang ni bersebelahan dgn Langkawi Parade, haruslah terjah kan?? Selepas dinner kitaorang masuk ke situ dan melilau-lilau melihat barangan yg di pamer dan di jual di situ. Just window shopping je ni sbg permulaan...hehe. Lg pun any time boleh singgah since kt sebelah hotel je pun.

Penat berjalan, time for rest actually time for sleep gak. Naik ke bilik kemas apa yg patut and tidur. Haruslah tidur awal krn keesokannya byk tempat lg yg ingin di terjah di hari kedua kami di Langkawi.

Ke manakah destinasi kami di hari kedua?? Nantikan sambungannya di entri lain plk yerr...


My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile