Pada minggu terakhir persekolahan, telah diadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan kejayaan guru-guru dan murid-murid menghabiskan sesi persekolahan pada tahun ini.
Jamuan ini melibatkan jamuan guru-guru sahaja dan jamuan dengan murid-murid. Makan, makan dan makan..kenyang perut suka hati.
Pada hari Isnin diadakan terlebih dahulu jamuan bersama murid-murid mengikut kelas masing-masing. Manakala pada hari Rabu pula diadakan jamuan bersama guru-guru sahaja.
Untuk jamuan bersama murid-murid, saya telah berbincang dengan mereka untuk mengadakan jamuan berkonsep 'Potluck' yang mana mereka diberi kebebasan untuk membawa apa-apa sahaja makanan dan minuman mengikut kemampuan masing-masing.
Inilah juadah-juadah yang tersedia pada petang itu. Menu utama adalah Nasi Goreng dan Mee Goreng diiringi dengan pelbagai jenis kuih, biskut dan kek.
Kami semua makan sampai licin. Dan masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana segala makanan yang dibawa telah selamat masuk ke dalam perut.
Buat anak didikku kelas 3B 2015...terima kasih untuk segala kenangan dan pengalaman yang pastinya akan kekal terpahat dihati untuk selamanya.
Pada hari Rabu pula...diadakan jamuan bersama guru-guru KAFA sesi 2015. Bagi jamuan guru kami bersepakat untuk mengumpul duit sebanyak RM5 satu kepala. Kemudian, ada wakil guru yang bersetuju untuk membeli makanan dan minuman serta menempah kuih muih. Kami makan menu yang sama je semua orang. Gambar makanan lupa nak amik.
Kepada rakan-rakan guru KAFA SK Durian Mas II sesi 2015... terima kasih kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Semoga ukhwah kita terus berpanjangan...AMIN