Assalamualaikum...
...sambungan...
Day 2 (18 February 2016)
Cerita hari kedua bermula seawal jam lima pagi. Kat sini waktu subuh awal...takde maknanya nak alarm jam 6.30 macam kat semenanjung...huhu. Bestnya tidur...rasa macam malas nk bukak mata sebab penat. Tapi demi misi hari kedua, kami bangun untuk solat subuh, mandi dan bersiap untuk pergi sarapan. Kami bersarapan di restoran yang berdekatan dengan hotel. Selesai sarapan balik ke hotel untuk angkat beg dan check out. Kami menunggu driver datang jemput dan bergerak ke destinasi seperti yang tercatat dalam itenerary.
1) Jambatan Gantung Tamparuli
Pernah dengar lagu jambatan gantung kat Tamparuli??? Hahh sinilah...driver turunkan kami kat sebelah sini dan berjalan sepanjang jambatan tu untuk ke sebelah sana. Dia datang amik kat sebelah sana. Bagus ni buat morning walk.
2) Pekan Nabalu, Ranau
Di Pekan Nabalu, terdapat pelbagai barangan cenderamata, pakaian, beg dan pelbagai lagi. Kami berjalan sepanjang deretan kedai itu sambil cuba mendapatkan harga. Bila dah dapat harga untuk barang-barang yang kami nak beli tu, kami pun memilih kedai mana pula nak berhenti. Take note people...kalau datang ke Pekan Nabalu ni harga samaaaa je semua kedai. Jadi pandai-pandailah korang tawar-menawar. Kalau berjaya dapatlah kurang seringgit dua...nak byk2 mmg tak dapatlah sebab memang peniaga kat sini dah selaraskan harga jualan.
Kalau datang Sabah nak beli t-shirt, better beli kat sini kerana harganya jauh lebih murah dari KK. Keychain pun aku rasa murah dekat sini jika nak dibandingkan dengan pasar malam dekat KK. Kitaorg kan dah pergi pasar malam sebelum tu. Jadi kat sini aku beli tshirt untuk bestfriend aku dan keychain untuk student aku. Dah selamat bagi pada semua.
3) Pasar Kundasang
Finally...kita sampai jugak di Kundasang. Kitaorg mmg aim nak datang sini pun sebenarnya. Nak rasa tinggal kat tempat sejuk. Oleh sebab tu, kitaorg dah book homestay siap2. Kami sampai di Kundasang menjelang tengahari dan tempat pertama yang kami singgah ialah Pasar Kundasang. Kat pasar ni ada jual buah-buahan dari rakyat tempatan, sayur-sayuran yang ditanam oleh mereka dan juga pokok-pokok bunga yang segar untuk dijual. Menurut driver kitaorg, kalau beli bunga kat sini segar bugar sampai je KK terus layu. Ye lah dari kawasan sejuk nak bawak ke kawasan yang panas pula. Hmm..kitaorg tak berminat pun dgn bunga2 tu xde masa nak tanam. Rumah aku memang xde pokok bunga pun...kitaorg tanam pokok bunga plastik je dalam rumah...hahahaha. Abah turun beli buah potong2 tu sebagai bekal nak makan kt homestay nanti.
4) Strawberry and Rose Garden
Dari Pasar Kundasang, kami bergerak ke Strawberry and Rose Garden plk. Tiket masuk RM2 seorang. Taman ni kecik je...jalan kejap pun dah tak tau nak pergi mana.
Kat dalam ni bukan strawberry dengan bunga ros je korang boleh tengok ada jugak pokok-pokok lain. Jom tengok gambar-gambar yang aku snap kat bawah ni.
5) Lunch di Restoran Intan
Dalam kul 12 camtu, kitaorg pun pergi lunch. Lunch dekat Intan Restoran & Cafe berdepan dengan Restoran Hidayah. Dua-dua restoran ni memang dah popular kat Kundasang. Just google terus jumpa. Kat sini kitaorg makan nasi putih dengan sup. Memang tak dinafikan Kundasang memang orang datang makan sup yang panas-panas. Kat sinikan kan sejuk..hahhh jangan ngade nak order milo ais ke teh tarik ais ke..air yang panas berasap tu pun kejap je dah jadi sejuk. Harga makanan pun murah.
6) Masjid Jamek Kundasang
Selesai lunch, kami bergerak ke masjid pula utk solat Jamak Zuhur dan Asar. Ramainye orang. Kebanyakkan mereka adalah orang semenanjung yang datang bercuti macam kami jugak. Masuk je kat tempat wudhuk tu, aku dah start gigil-gigil weiii. Sejuk yang amat...rasa macam amik air sembahyang dengan ais pun ada.
7) Desa Cattle Fairy Farm
Jam 2 petang, kami bertolak ke Desa Cattle Fairy Farm pula. Jalan nak sampai kat Farm ni berbatu-batu silalah pandu berhati-hati k. Tiket masuk RM5 seorang.
Ini adalah pemandangan dari atas berhampiran dengan tempat parking. Kami perlu berjalan turun ke bawah untuk ke farm ni. Di dalamnya ada kedai cenderamata yang menjual baju-baju dan keychain serta produk-produk makanan dari susu lembu disitu seperti aiskrim, air,sosej dan pelbagai lagi. Waktu kat situ hidung aku dah start bau lembu yang sangat kuat. Aku memang tak makan daging lembu ke kambing ke apa-apa je lah selain daging ayam.
Kemudian kami turun ke tempat anak-anak lembu dijaga. Kat sini pengunjung boleh membeli makanan dan memberi lembu-lembu itu makan dengan tangan sendiri.
Bila sampai waktu, lembu-lembu dibawa keluar dari kandang untuk proses perahan susu. Lembu-lembu itu akan masuk secara bergilir-gilir kat dalam tempat tu dan pekerja-pekerja akan mula menjalankan proses perahan susu. Kalau korang nak datang tengok proses perahan susu tu memang kena set time betul-betul. Lembu-lembu akan dibawak keluar around 2.30 pm. Kul 3 dah start. Aku tau sebab baca dulu sebelum datang sini...hihi
Ini pemandangan dari bawah pula, ladang lembu ini dikenali sebagai New Zealand Malaysia. Cantik sangat.
8) Kiram's Village, Mesilau, Kundasang
Untuk hari kedua kami bermalam disini. Kat sini terdapat pelbagai pilihan cabin yang korang boleh pilih untuk menginap. Ada untuk dua orang, 4 orang, 8 orang dan maksimum sampai 20 orang pun ada. Harga ditentukan berdasarkan cabin-cabin tersebut. Ada chilli cabin, brocolli cabin, carrot cabin dan pelbagai nama sayuran lagi. Aku pun tak ingat.
Kitaorg menginap kat sini Pineapple Cabin. Booking via whatsapp and bank in 50% of deposit. Pineapple Cabin ni berharga RM120 semalam untuk 4 orang. Family aku 5 orang tapi muat je. Kabin ni dua tingkat. Dua katil di tingkat atas dan satu katil di tingkat bawah bersebelahan bilik air.
Malamnya, kami dinner di Kiram's Cafe je. Waktu ni dah rasa kesejukan tahap tak tau nak cakap. Suhu kat sini 14 darjah. Kitaorg order hot chocolate pun tak jadi ape dh. Sejuk sampai ke tulang. Makan cecepat dan balik ke bilik. Tak sabar nak balik bungkus dalam selimut. Bencinta jgklah nak mandi dengan amik air sembahyang.
Kami tidur dengan baju dua lapis malam tu campur dengan selimut lagi. Tapi bestttt dan rasa nak pergi lagi Kundasang lepas ni.
TO BE CONTINUED...