29 March 2012
26 March 2012
MEMBUDAYAKAN AL-QURAN...
Kepentingan untuk mempelajari seterusnya membudayakan Al-Quran dalam kehidupan adalah suatu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerana kepentingan Al-Quran itu sendiri mempunyai hubung kait dengan kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Al-Quran merupakan sumber yang paling asas dan terpenting bagi pembinaan sahsiah manusia melalui kepercayaan, pemikiran, perasaan, kejiwaan dan tindak tanduk sebagai individu dan anggota masyarakat. Atas dasar itulah mempelajari Al-Quran tidak cukup sekadar dengan hanya boleh membacanya sahaja, tetapi mempunyai lima penekanan yang penting iaitu membaca, menulis, menghafaz, memahami dan menghayatinya melalui amalan dalam kehidupan seharian.
Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini, adalah menyedihkan. Dengan perkembangan ilmu yang pelbagai seperti sains dan teknologi, keghairahan kepada kemajuan kebendaan, telah melupakan kita terhadap kepentingan Al-Quran. Oleh itu, marilah kita renungkan satu keadaan yang lebih malang bagi umat Islam pada hari ini yang sangat jauh daripada Al-Quran. Ramai di antara saudara-saudara kita yang tidak tahu membaca Al-Quran, kitab yang sama-sama kita imani. Kejahilan ini bukan sahaja dikalangan anak-anak kita, malah golongan belia dan dewasa juga. Mereka lebih berminat dan mudah untuk mempelajari dan mengetahui bahasa asing tetapi tidak kepada bahasa arab iaitu bahasa Al-Quran, lebih-lebih lagi untuk memahami serta menghayati isi kandungannya. Kita asyik memandang ke timur dan ke barat, utara dan selatan tetapi kita tidak cuba memandang kepada Al-Quran secara bersungguh-sungguh untuk dihayati dalam kehidupan sehari-hari.
Al-Quran tidak diturunkan sebagai perhiasan di dinding rumah atau di rak-rak buku sahaja, bahkan ia wajib diperhiaskan pada peribadi dan jiwa setiap muslim. Malah lebih jauh daripada itu, Al-Quran tidak diturunkan kepada mereka yang sakit dan yang telah meninggal dunia bahkan lebih penting untuk mereka yang masih hidup dan sihat tetapi berpenyakit jiwa, kufur dan tidak beriman.
Lantaran daripada itu, kita umat Islam pada hari ini menghadapi satu dilema yang besar iaitu kita tidak mahu suatu hari nanti akan lahirnya generasi muslim yang buta Al-Quran. Apa yang kita harapkan kini agar semua pihak dapat bersama-sama membuka mata dan mengambil inisiatif demi menyelamatkan generasi masa hadapan kita. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman agar hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat. (Credit: NURHELMI B. HJ. IKHSAN)
psssttt:- alangkah ruginya seorang anak itu jika di saat kematian ibu bapa mereka, mereka hanya mampu memandang sekujur tubuh yang kaku tanpa bacaan Al-Quran untuk mengiringinya.

21 March 2012
14 March 2012
WALIMATUL URUS...
Cuti sekolah datang lagi. Bermulanya cuti sekolah maka bermulalah juga musim orang kahwin. Untuk cuti seminggu ni, saya dan keluarga mendapat undangan kahwin hampir setiap hari. Kad undangan bersusun-susun sampai ke rumah.
Inilah antara majlis yang berlangsung sepanjang hujung minggu yang lalu:-
QYNA & USOP
Date: 9 Mac 2012
Event: Majlis Persandingan
Location: Kg.Sura Jetty, Dungun
Date: 9 Mac 2012
Event: Majlis Persandingan
Location: Kg.Sura Jetty, Dungun
Undangan yang pertama bermula pada hari Jumaat yang lalu. Undangan ini dari jiran berhampiran rumah kami. Saya dan keluarga di jemput untuk menghantar rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Kitaorang konvoi 15 buah kereta semuanya ke rumah pengantin perempuan. Tp syg lupa plk nak snap gmbr both of bride and groom ni.
NURUL & ZAIDI
Date: 10 Mac 2012
Event: Majlis Persandingan
Location: Kg. Balai Besar, Dungun
Date: 10 Mac 2012
Event: Majlis Persandingan
Location: Kg. Balai Besar, Dungun
Keesokkan harinya pula, jemputan dari rakan saya semasa di sekolah menengah dulu. Majlis sangat meriah kerana ini merupakan perkahwinan puteri sulung. Both of them look really happy dengan majlis yang bertemakan warna purple dan pink.
ADILA & HAFIS
Date: 11 Mac 2012
Event: Majlis Persandingan
Location: Kg.Gong Balai, Marang
Date: 11 Mac 2012
Event: Majlis Persandingan
Location: Kg.Gong Balai, Marang
Ahadnya pula, kawan saya semasa di sekolah rendah dulu pula kahwin. Tp saya xpergi pun...sorry. Gambar dari FB pengantin.
ABDUL MANAF & SABIHAH
Date: 12 Mac 2012
Event: Majlis Sambut Menantu
Location: Kg.Nibung, Kuala Terengganu
Isnin pula kami sekeluarga mendapat jemputan ke majlis sambut menantu. Majlis ini memang happening habis dengan tetamu yang tak henti-henti, wartawan serta rakan media yg membuat liputan. Kenapa ada wartawan??? Hmmm...kalau korang peminat bola sepak Malaysia pasti akn kenal siapa pengantin lelaki ni. Beliau merupakan pemain bola sepak untuk pasukan negeri Terengganu.
U can see...berderet-deret majlis kahwin musim cuti sekolah ni kan??? Kepada semua...Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Moga ikatan perkahwinan berkekalan sampai akhir hayat dan di berkati oleh Allah selalu.
psssttt:- weekends ni ada lg 3 jemputan...huhu
08 March 2012
WOMEN'S DAY...
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Special dedication to:-
- My Mum -
- My Younger Sis -
- My Aunties -
- My Cousins -
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
x
x
x
x
x
HAPPY WOMEN'S DAY
07 March 2012
SOUVENIR FROM HONG KONG...
Just received this evening
What is it??? FM Hong Kong
How I got it??? I joined I Love Hong Kong Giveaway organised by Mrs. Simplicity blog
- Mrs.Simplicity's family -
Thanks and much appreciate from me
psssttt:- anyone interested to have a vacation to Hong Kong feel free to read their experience in HONG KONG
02 March 2012
IT'S MARCH...
Welcoming March for 2012. I'm so happy for it. I was born on this month and I'm Queen Of Aries.
I feel happy to share about personality people who was born on March. The research done by Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
Here the list:-
MARCH
I feel happy to share about personality people who was born on March. The research done by Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
Here the list:-
MARCH
- berpersonaliti yang menarik dan menawan
- mudah didampingi oleh orang lain
- santa pemalu dan pemendam rasa
- sangat baik secara semulajadi,jujur,pemurah dan mudah berasa simpati
- sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan oleh orang lain malah diri sendiri dan alam persekitaran
- suka pada kedamaian
- sangat peka pada orang lain
- sesuai dengan kerjaya yang melibatkan orang ramai
- tidak cepat marah dan sangat amanah
- tahu membalas budi dan tahu mengenang budi orang lain
- pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- kecenderungan untuk berdendam jika tidak dapat mengawal perasaan
- suka berangan-angan
- suka melancong
- sangat manja dan suka memberi perhatian yang sangat tinggi
- kelam-kabut dalam memilih pasangan
- suka dengan hiasan rumahtangga
- mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
- berkecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
- jangan terlalu moody
psssttt:- 27 days countdown to my birthday...hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)