Kepentingan untuk mempelajari seterusnya membudayakan Al-Quran dalam kehidupan adalah suatu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerana kepentingan Al-Quran itu sendiri mempunyai hubung kait dengan kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Al-Quran merupakan sumber yang paling asas dan terpenting bagi pembinaan sahsiah manusia melalui kepercayaan, pemikiran, perasaan, kejiwaan dan tindak tanduk sebagai individu dan anggota masyarakat. Atas dasar itulah mempelajari Al-Quran tidak cukup sekadar dengan hanya boleh membacanya sahaja, tetapi mempunyai lima penekanan yang penting iaitu membaca, menulis, menghafaz, memahami dan menghayatinya melalui amalan dalam kehidupan seharian.
Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini, adalah menyedihkan. Dengan perkembangan ilmu yang pelbagai seperti sains dan teknologi, keghairahan kepada kemajuan kebendaan, telah melupakan kita terhadap kepentingan Al-Quran. Oleh itu, marilah kita renungkan satu keadaan yang lebih malang bagi umat Islam pada hari ini yang sangat jauh daripada Al-Quran. Ramai di antara saudara-saudara kita yang tidak tahu membaca Al-Quran, kitab yang sama-sama kita imani. Kejahilan ini bukan sahaja dikalangan anak-anak kita, malah golongan belia dan dewasa juga. Mereka lebih berminat dan mudah untuk mempelajari dan mengetahui bahasa asing tetapi tidak kepada bahasa arab iaitu bahasa Al-Quran, lebih-lebih lagi untuk memahami serta menghayati isi kandungannya. Kita asyik memandang ke timur dan ke barat, utara dan selatan tetapi kita tidak cuba memandang kepada Al-Quran secara bersungguh-sungguh untuk dihayati dalam kehidupan sehari-hari.
Al-Quran tidak diturunkan sebagai perhiasan di dinding rumah atau di rak-rak buku sahaja, bahkan ia wajib diperhiaskan pada peribadi dan jiwa setiap muslim. Malah lebih jauh daripada itu, Al-Quran tidak diturunkan kepada mereka yang sakit dan yang telah meninggal dunia bahkan lebih penting untuk mereka yang masih hidup dan sihat tetapi berpenyakit jiwa, kufur dan tidak beriman.
Lantaran daripada itu, kita umat Islam pada hari ini menghadapi satu dilema yang besar iaitu kita tidak mahu suatu hari nanti akan lahirnya generasi muslim yang buta Al-Quran. Apa yang kita harapkan kini agar semua pihak dapat bersama-sama membuka mata dan mengambil inisiatif demi menyelamatkan generasi masa hadapan kita. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman agar hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat. (Credit: NURHELMI B. HJ. IKHSAN)
psssttt:- alangkah ruginya seorang anak itu jika di saat kematian ibu bapa mereka, mereka hanya mampu memandang sekujur tubuh yang kaku tanpa bacaan Al-Quran untuk mengiringinya.

0 comments:
Post a Comment