topbella

26 September 2012

WW: RENOVATION



Dulunya  dinding kayu
 

Kini tukar batu
 

Siang mcm ni lah rupanya


Bila malam tutup dgn kain


psssttt:- takut juga bile malam, mulalah imagine mcm2 ada kt sebalik kain tu...huhu dasar penakut 

21 September 2012

12 TAHUN PEMERGIAN...


Hari ini genap 12 tahun arwah nenek meninggalkan kami semua. Satu kehilangan yang amat perit bagi kami semua. Walau kita tidak lagi bersua tetapi kenangan bersama akan sentiasa kukuh terpahat di hati. Dia pergi ketika aku berusia 13tahun. 12 tahun aku membesar bersama dia.

12 Things I Miss About Her

1) MASAKAN

Dia seorang yang suka masak. Apa saja yang anak cucu terlintas nak makan pasti dia dengan gigihnya cuba penuhi. Even sekarang ni mama saya or mak cik saya cuba warisi tp ia takkan sama dengan air tangan kasih sayang seorang nenek. Oh! rindunya nak makan ayam masak merah lauk kegemaran sejak dari kecil sampai sekarang.

2) SEMBAHYANG

Dia mengajarku untuk patuh pada Rukun Islam yang kedua. Dari berwudhuk hingga ke salam aku ikutkan. Di belakang dia aku mengikut bersujud pada yang Maha Esa sedari  usiaku 7 tahun.

3) KEJUTKAN TIDUR

Jam 6.30 pagi berdentum-dentum dinding bilik diketuk untuk mengejutkan budak yang liat bangun pagi untuk ke sekolah. Kalau tak cukup tidur mulalah menangis tak nak bangun. Tapi dia insan penyabar yang tak pernah putus asa untuk kejutkan aku sampai bangun. Dia selalu ingatkan aku jangan jadi macam dia tak sekolah. 

4) TIDUR

Rindu nak tidur sebelah dia sambil peluk dia. Kami berkongsi selimut tapi bila malam habis selimut itu ku tarik ke badanku. Kesian dia kesejukan tapi dia tak pernah marah. 

5) BERCERITA

Dia pendengar yang baik. Aku marah, menangis, suka dia pasti tahu. Segala yang aku lalui untuk hari tu aku ceritakan pada dia. Dia melayan aku dengan perihal kanak-kanak yang pelbagai ragam. Di marah cikgu di sekolah, bergaduh dengan kawan aku ceritakan dengan dia. 

6) PERGI PASAR MINGGU

Setiap hari Selasa ada Pasar Minggu berhampiran rumah kami. Perangai liat nak ke sekolah mulalah muncul. Tapi dia yang tegas akan pastikan aku ke sekolah. Dia janji akan belikan aku baju atau seluar cantik2 kat Pasar Minggu kalau aku rajin ke sekolah.

7) PERGI SEKOLAH

Aku tak nak pergi sekolah kalau dia tak nak temankan aku di sekolah. Aku akan menangis nak balik bila dia cuba tinggalkan aku. Tapi dia setia menunggu untuk pastikan aku belajar. Hampir sebulan dia menemani aku ke Pra-Sekolah sehingga aku benar-benar boleh di tinggalakn. Dia nak aku jadi Ustazah bila aku besar.

8) MENGIKUT KE BANDAR

Arwah atuk hanya ada motor. Bila ke bandar kami biasanya menaiki bas, teksi ataupun menumpang van orang. Aku tak kisah semua tu yang penting aku dapat ikut dia ke mana-mana. Dia bergerak aku pun mengikut. Kalau tinggalkan aku menangis plk.

9) CARI DAUN PALAS

Dia ada kedai makan yang menjual air, nasi serta kuih-muih. Dia membuat ketupat daun palas untuk dijual. Jadi selepas siap menjual dia ke hutan mencari daun palas. Aku turut sama mengikutnya. Memang dasar pengikut kalau dia tinggal menangis lagi. Mujur sampai masuk toilet aku tak ikut. 

10) MAIN CONGKAK

Dia terror bermain congkak. Dibelikan aku congkak lubang lima di Pasar Besar Siti Khadijah. Dia cuba menurunkan skill itu kepada aku tapi masih tak mahir juga. Berlawan dengan aku dia mesti kena buat kalah kalau tak aku mulalah tarik muka tak puas hati. Dah mmg dasar xpandai ada hati nak menang.

11) BERKONGSI KEJAYAAN

Aku suka berkongsi keputusan peperiksaan ataupun apa-apa je pertandingan dengan dia. Aku tahu ada habuan bakal menanti sekiranya aku berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tapi aku cukup terkilan bilamana aku tidak mendapat 5A ketika UPSR. Aku tau dia kecewa kerana aku hanya mendapat 4A. Hari ini aku dah berjaya genggam segulung Ijazah tapi sayang dia tak sempat untuk melihat aku di pentas ketika saat itu.

12) LETERAN

Paling aku nak dengar, dia suka berleter bila ada kesilapanku. Tapi aku ok je kerana dia tak pernah pukul aku. Dia bising di mulut tapi aku tau dia sayang aku. Paling aku ingat bila dia tengok aku. effa dan Cik Za duk main permainan 'Saidina' sampai ke pagi. Tak pasal2 kami dapat leteran free di kala jam 2 pagi. 

Banyak lagi sebenarnya kenangan dan detik yang tak mungkin dapat aku kikis dari kotak memori ini. Tapi simbolik angka 12 itu aku list down lah 12 je...hehe

Dalam gelak tawaku, senda, rajuk dan kecewa tapi masih ada ruang kosong yang terselit di hati ini untuk aku terus merindui dan mengingati dia sehingga ke akhir hayatku. 

AL-FATIHAH UNTUK NENDA TERSAYANG
(Allahyarhamah Zainab Bt Awang) 




09 September 2012

PUTERA BONGSU KE MENARA GADING...


Awal September lalu merupakan tarikh keramat bagi pelajar2 lepasan Diploma, Matrikulasi dan juga STPM. Ini kerana mereka telah mendaftar sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang. Tahniah diucapakan kepada semua yg berjaya menjejakkan kaki ke Menara Gading especially my dear brother.


1 Sep 2012, kami bergerak dari Kuala Lumpur ke Puncak Alam around pukul 12 tengahari. Alkisahnya hanya seorang yg nak masuk universiti tapi rombongan menghantar dah rupa mcm rombongan meminang. Inilah penangan Putera Bongsu a.k.a Putera Tunggal dalam keluarga. Being one and only son in the family + the youngest children make u so special ok!! hahaha


FFM (Fakulti Farmasi) 

Sampai je terus ke kaunter pendaftaran utk mendapatkan nombor bilik. Suasana agak lengang kerana kami tiba dah masuk waktu tengahari. 

Sesi mengisi borang2

Setelah mendapat kunci bilik kami bergerak ke blok asrama pula. My dear brother ditempatkan di Tingkat 3. Sesi mengangkut barang bermula tp bestnya ada lift so xlah letih sgt. Satu bilik utk 2org pelajar. 




Inilah ahli rombongan kami ke UiTM Kampus Puncak Alam. Ramai kan??? Dari yang tua hingga yg kecik. 4 family semuanya.  


My family (abah, ma, me and effa), Mama's Family (Mama, Dilla) Abg Long's Family (Abg Long, Kak Na, Haziq, Husna), Cik Za's family (Cik Za, Cik Zue). Thanks everyone for  the support and spending time being there.



Left pic: Haziq yg teruja nak masuk "U" juga katanya. Siap galas beg lagi tp botol susu still terselit kt tepi tu..huhu
Right pic: Ahli rombongan yg paling muda. Husna baru berusia 3 bulan dah dpt masuk "U"


Sebelum pulang, kitaorang lunch dulu beramai-ramai di Kafe Asrama. Around 4 pm barulah balik. Special dedication to u my dear brother, I wish u all the best in your study. It's the beginning of your degree study. Study Smart and believe with yourself. You can do it!!! 


psssttt:- rombongan ke universiti skrg dah boleh kalahkan rombongan meminang. Semua turun padang atuk,nenek, adik-beradik serta sepupu2 pun join...hehe

05 September 2012

WW: MERDEKARAYA


I'm here with my sibling!!!


Date: 31 August 2012
Day: Friday
Time: 8.00 am




Event: Perarakan Kereta
Place: Area Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka




psssttt:- kitaorg tgh tunggu Bas Rapid time ni...kalau sesaje nk bersesak kt Dataran Merdeka tu mmg tak lah..huhu

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile