Hari ini genap 12 tahun arwah nenek meninggalkan kami semua. Satu kehilangan yang amat perit bagi kami semua. Walau kita tidak lagi bersua tetapi kenangan bersama akan sentiasa kukuh terpahat di hati. Dia pergi ketika aku berusia 13tahun. 12 tahun aku membesar bersama dia.
12 Things I Miss About Her
1) MASAKAN
Dia seorang yang suka masak. Apa saja yang anak cucu terlintas nak makan pasti dia dengan gigihnya cuba penuhi. Even sekarang ni mama saya or mak cik saya cuba warisi tp ia takkan sama dengan air tangan kasih sayang seorang nenek. Oh! rindunya nak makan ayam masak merah lauk kegemaran sejak dari kecil sampai sekarang.
2) SEMBAHYANG
Dia mengajarku untuk patuh pada Rukun Islam yang kedua. Dari berwudhuk hingga ke salam aku ikutkan. Di belakang dia aku mengikut bersujud pada yang Maha Esa sedari usiaku 7 tahun.
3) KEJUTKAN TIDUR
Jam 6.30 pagi berdentum-dentum dinding bilik diketuk untuk mengejutkan budak yang liat bangun pagi untuk ke sekolah. Kalau tak cukup tidur mulalah menangis tak nak bangun. Tapi dia insan penyabar yang tak pernah putus asa untuk kejutkan aku sampai bangun. Dia selalu ingatkan aku jangan jadi macam dia tak sekolah.
4) TIDUR
Rindu nak tidur sebelah dia sambil peluk dia. Kami berkongsi selimut tapi bila malam habis selimut itu ku tarik ke badanku. Kesian dia kesejukan tapi dia tak pernah marah.
5) BERCERITA
Dia pendengar yang baik. Aku marah, menangis, suka dia pasti tahu. Segala yang aku lalui untuk hari tu aku ceritakan pada dia. Dia melayan aku dengan perihal kanak-kanak yang pelbagai ragam. Di marah cikgu di sekolah, bergaduh dengan kawan aku ceritakan dengan dia.
6) PERGI PASAR MINGGU
Setiap hari Selasa ada Pasar Minggu berhampiran rumah kami. Perangai liat nak ke sekolah mulalah muncul. Tapi dia yang tegas akan pastikan aku ke sekolah. Dia janji akan belikan aku baju atau seluar cantik2 kat Pasar Minggu kalau aku rajin ke sekolah.
7) PERGI SEKOLAH
Aku tak nak pergi sekolah kalau dia tak nak temankan aku di sekolah. Aku akan menangis nak balik bila dia cuba tinggalkan aku. Tapi dia setia menunggu untuk pastikan aku belajar. Hampir sebulan dia menemani aku ke Pra-Sekolah sehingga aku benar-benar boleh di tinggalakn. Dia nak aku jadi Ustazah bila aku besar.
8) MENGIKUT KE BANDAR
Arwah atuk hanya ada motor. Bila ke bandar kami biasanya menaiki bas, teksi ataupun menumpang van orang. Aku tak kisah semua tu yang penting aku dapat ikut dia ke mana-mana. Dia bergerak aku pun mengikut. Kalau tinggalkan aku menangis plk.
9) CARI DAUN PALAS
Dia ada kedai makan yang menjual air, nasi serta kuih-muih. Dia membuat ketupat daun palas untuk dijual. Jadi selepas siap menjual dia ke hutan mencari daun palas. Aku turut sama mengikutnya. Memang dasar pengikut kalau dia tinggal menangis lagi. Mujur sampai masuk toilet aku tak ikut.
10) MAIN CONGKAK
Dia terror bermain congkak. Dibelikan aku congkak lubang lima di Pasar Besar Siti Khadijah. Dia cuba menurunkan skill itu kepada aku tapi masih tak mahir juga. Berlawan dengan aku dia mesti kena buat kalah kalau tak aku mulalah tarik muka tak puas hati. Dah mmg dasar xpandai ada hati nak menang.
11) BERKONGSI KEJAYAAN
Aku suka berkongsi keputusan peperiksaan ataupun apa-apa je pertandingan dengan dia. Aku tahu ada habuan bakal menanti sekiranya aku berjaya mendapat keputusan cemerlang. Tapi aku cukup terkilan bilamana aku tidak mendapat 5A ketika UPSR. Aku tau dia kecewa kerana aku hanya mendapat 4A. Hari ini aku dah berjaya genggam segulung Ijazah tapi sayang dia tak sempat untuk melihat aku di pentas ketika saat itu.
12) LETERAN
Paling aku nak dengar, dia suka berleter bila ada kesilapanku. Tapi aku ok je kerana dia tak pernah pukul aku. Dia bising di mulut tapi aku tau dia sayang aku. Paling aku ingat bila dia tengok aku. effa dan Cik Za duk main permainan 'Saidina' sampai ke pagi. Tak pasal2 kami dapat leteran free di kala jam 2 pagi.
Banyak lagi sebenarnya kenangan dan detik yang tak mungkin dapat aku kikis dari kotak memori ini. Tapi simbolik angka 12 itu aku list down lah 12 je...hehe
Dalam gelak tawaku, senda, rajuk dan kecewa tapi masih ada ruang kosong yang terselit di hati ini untuk aku terus merindui dan mengingati dia sehingga ke akhir hayatku.
AL-FATIHAH UNTUK NENDA TERSAYANG
(Allahyarhamah Zainab Bt Awang)
4 comments:
k.long teringat tok rajin srh bilang duit kedai malam2. ;(
@miss aja: yupp...point no 13...hihi
al-fatihah...
hmm rindunya kat arwah nenek..
@CIK TOM: Al-Fatihah..tq
Post a Comment