topbella

23 April 2013

POT LUCK OFIS...

Cite sebulan yg lalu tp baru nak update...huhu. Hari tu pihak fakulti telah bersepakat utk mengadakan "Pot Luck". Ianya berikutan kejayaan salah seorang pensyarah yg telah memenangi tempat ketiga dalam penulisan artikel. Hadiah kemenangan berupa wang tunai so pihak fakulti mencadangkan agar duit itu digunakan utk majlis "Pot Luck". 
Semua warga fakulti dijemput utk memeriahkan majlis dari Pihak Pengurusan Fakulti, Kakitangan Akademik dan juga staf sokongan. Majlis bermula dari jam 12 tengahari sehinggalah ke petangnya. Majlis dimulakan dgn slot pengisian rohani disampaikan oleh Dr.Bazli selama setengah jam kemudian di sambung pula dgn ucapan dari Dekan Fakulti. Jam 1 semua dijemput menjamu selera.
Sambil2 mendengar tazkirah sempat juga bergambar...hihi. Kami warga staf sokongan bersama-sama menguruskan persiapan tempat serta juadah pada tengahari itu. 
Terdapat pelbagai menu sehinggakan pening nak pilih juadah mana yg hendak dimakan terlebih dahulu. Menu utama Nasi Putih di samping lauk-pauk, laksa, rojak betik dan juga sate. Manakala menu sampingan terdiri dari kuih-muih yg dibawa oleh kakitangan. Tidak ketinggalan buah-buahan pelengkap kepada segala macam menu pada hari tu.

Menjelang petang, masih byk hidangan yg belum habis so kami-kami ni pun memulakan operasi membungkus utk dibawa pulang ke rumah. Overall, majlis berjalan lancar dan masing2 kekenyangan dgn makanan yg pelbagai telah selamat masuk ke perut...hehe

3 comments:

yatie chomeyl said...

affieza kije kat umt ke? br tahu hehe

QA's ~ mamapapa said...

syoknya berpotlug...kenyang nomnom!! :))

Affieza said...

@yatie chomeyl: praktikal je ni kak...under GEMS Program

@QA's ~ mamapapa: ha'ah mmg kekenyangan betul hari tu...huhu

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile