topbella

04 May 2013

PERHENTIAN ISLAND TRIP: DAY 1

Plan dirancang dari awal tahun lg ni. Yg menjadi pilihan ada dua antara Perhentian or Redang Island. Slps diteliti, dipertimbangkan kami decide utk ke Perhentian Island. Ini merupakan kali kedua saya sampai ke sini. Yg first dulu masa my friend kahwin. Dia org pulau so dptlh merasa pergi kenduri naik bot...huhu.
Trip kali ni kami berlima. Bertolak dari rumah jam 9pagi. Sampai di jeti Kuala Besut, terus call travel agent utk dptkan dokumen tempahan kami. Kami ke ofis dan mengisi maklumat diri. Settle kat situ bergerak ke jeti utk menunggu bot. Sambil2 menunggu tu, bukak stok makanan ringan utk alas perut. 
Masa yg di tunggu...Perhentian Island!!!! here we comeeeeeeee. Bot sampai around 11.15 camtu, naik bot sempat lg suruh driver bot tu snapkan gmbr...hihi. Bot kami ada jgk foreigner dan org2 kampung yg naik sekali. Fuhhh!!! start je bot bergerak masing2 dah excited melihat air lautnya yg sgt2 cantik...teruja. Destinasi kitaorg plg last sblm tu hantar penumpang lain dulu. 
Setengah jam je dari jeti utk sampai ke Pulau Perhentian tu. Sampai tu ngam2 waktu lunch. Memula pergi check in resort dan dptkn kunci bilik.Kami menginap di Flora Bay Resort. Kami berlima so satu bilik 2org dan satu lg amik extra utk 3org. Kemudiannya, kami bergerak ke cafe utk lunch. Kitaorg pergi dgn pakej so makanan semua mmg include in the package. Makan ala buffet so mmg bestlah nak pilih2 and amik byk mana. 
Selesai makan, barulah bergerak ke bilik kami. Staff resort ni yg bwkkan kami sehingga ke bilik. Terbaiklahhh layanan!!!Inilah resort kami...dua tingkat. Kami dpt bilik di tingkat atas. Ada balkoni siap dgn kerusi utk lepak and amik angin gitu. Katil plk double size. dilengkapi dgn almari solek dan pakaian. Bilik air plk ada shower siap.So far oklah utk kami tidur dgn selesa. Sampai2 je mmg tidur dulu pn...huhu... bangun tu utk solat Zuhur. 
Aktiviti kami bermula slps solat Asar. Ptg ni kami punya aktiviti bebas. So, kami pun decide utk menyusuri pantai berdekatan dgn resort kami. Mmg xdpt dinafikan pantainya mmg cantik dgn pasirnya yg sgt lembut. Melihat bot-bot dilaut ke sana ke mari mengambil pengunjung yg dtg ke sini. 
Selepas tu apa lg nk tunggu..sesi membasahkan baju...kalau mmg dah suka main air mana blh duk diam je kan? haruslah masuk...mula2 tempat cetek, makin lama ke tengah pastu end up basahlah baju2 tu...hehe. Kami berlima 3org dah selamat masuk dlm air manakala lg dua di darat. Alasannya xnak basahkan baju blh gitu??? huhu... tkpe korang mainlah air tu puas2 biar kami berdua jagakan beg ni haaa... 
Kami berjalan sehingga ke hujung pantai. Kat hujung tu plk ada batu yg besar blh lah duduk2 sambil tgk org bermain air dan bersnorkeling. Kami punya turn keesokkan harinya...sabar ye!!!. Kat tepi2 batu ni kami dpt tgk ikan-ikan kecil yg berkeliaran di sana sini. Hah!!! tgklh tu semua teruja je kan??? hehe
Boring di pantai, kami berjalan di sekitar resort plk. Kat resort ni digantung byk buaian so bolehlah kami sambung berbuai di bwh pokok ni plk. Sambil2 tu blh tgk org main volleyball beach. Most of them staff kat resort situ lah. Jam 7 bergerak ke bilik utk mandi dan solat. 
Waktu dinner kitaorg plk bermula jam 7.45 pm. So, kami turun dlm kul 8, waktu tu mmg cafe mula dipenuhi oleh para pengunjung yg lain. Malam tu menu resort ni Barbeque. Mmg puas hatilah meratah lauk pauk yg sgt byk dan pelbagai jenis tu. Malam tu mmg semua kekenyangan.
Nak balik ke bilik mcm awal lagi, so kitaorg ke souvenir shop plk. Biasalah dtg bercuti nak beli jgk ole-ole utk family dan kwn2. Mcm2 bentuk, corak, warna cenderamata ni...mmg org pulau kreatif2 lahhh...hihi. Berjalan di dlm kedai sambil mencari yg berkenan di hati. Lama jgk duk belek2 brgn kat situ...rambang mata jdnya bila dah byk sgt. Tp masing2 mmg xpulang dgn tgn kosong lahhh..itu yg penting. 

Kuar dari souvenir shop tu nmpk plk pokok lampu2 ni..mcm kat I-city plk...kat pulau pn ada ok!!! hehe. Bergambar dgn pokok-pokok tu plk. 
Ok, last for the day before going to sleep, cari tempat utk lepak jap sambil berborak2. Suasananya tenang dan sejuk..mmg bestlah duk kat situ. Dari satu cerita ke satu cerita yg lain sampaikan mata dh xlarat nk bukak. Kami pun berjalan ke bilik utk solat Isyak dan tidur. Memasing excited utk aktiviti keesokkan harinya. 

4 comments:

cik tom said...

wah seronoknye..ciktom xpenah lg pi pulau perhentian...maybe pasni boleh mark ke sn plk pasni..

Affieza said...

@cik tom: pergilah...seriously cantik pulau ni...hihi

QA's ~ mamapapa said...

seronoknya..inshaaAllah 1 hari akan smpai jgk ke perhentian ni :)

Affieza said...

@QA's ~ mamapapa: Yuppp!!! one fine day.

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile