Assalamualaikum...
Aku menamatkan kontrak kerja di Universiti Malaysia Terengganu pada Jun 2013. Selepas itu bermulalah episod hidup seorang penganggur. Nak kata ada ladang anggur macam takde tapi masyarakat Melayu suka guna istilah 'tanam anggur'. Lantak pi larrr kat diooo nooo. Janji hidup diteruskan dengan aman dan bahagia.
Agak lama berada dirumah sampaikan aku rasa sangat bosan. Oleh yang demikian, aku pun mula mengisi tawaran menyambung pengajian ke peringkat sarjana di beberapa universiti. Ini je pilihan terakhir yang aku ada pada waktu itu. Aku mengisi secara online kemasukan ke Uitm, Upm dan Unisza. Last2 aku dapat Unisza. Memang this time around Allah dah tetapkan belajar di negeri sendiri. Aku pun happy je dapat duduk rumah dan tak perlu berada di hostel lagi. Boring dah duduk hostel since Form1 lagi.
Aku selamat mendaftar pada 15 Febuari 2015 di Pusat Pengajian Siswazah, Unisza. Macam biasa dapat bagpack Unisza, Id pelajar, serta jadual.
Untuk pengajian kali ini aku memilih utk membuat fully research yang mana aku tidak terikat dengan kelas dan peperiksaan. Aku hanya perlu pergi ke universiti untuk kolokium siswazah dan berjumpa penyelia untuk menunjukkan progress research kita.
Ramai bertanyakan aku kenapa memilih bahasa instead of counseling. Bahasa adalah minat aku since aku sekolah menengah lagi manakala counseling adalah kos yang aku dapat ketika permohonan sarjana muda. Aku meminati skop-skop bahasa tak kiralah bahasa melayu ke inggeris ke mahupun Arab.
Mengambil bahasa bukan bermaksud aku terror giler speaking ke ape ke tetapi ianya lebih kepada kepuasan untuk mengkaji dari skop bahasa. Ada yang dengar bila aku cakap je amik English terus macam terperanjat je. Why People??? Saya budak Masih Belajar dan takkan pernah habis belajar.
Dari hatiku yang kecil ini, tiada sedikitpun rasa riak mahupun hendak berbangga dengan pencapaian sekarang. Aku berada di tahap ini kerana Allah dah aturkan perjalanan aku di sini. Daripada aku membuang masa di rumah baik aku belajar.
Ada sesetengah berpendapat yang golongan-golongan yang belajar tinggi ni sebenarnya nak meletakkan wang hantaran yang tinggi bila berkahwin kelak. Tolong jangan percaya...aku rasa itu semua karut. Mungkin ada sebilangan kecil tapi jangan disebabkan sebilangan kecil ini habis pelajar-pelajar yang macam kami ni dilabel dengan sebegitu rupa.
Jika diikutkan sejarah keluarga aku, adik perempuan aku merupakan anak yang paling bijak dalam keluarga dan diikuti pula oleh adik lelakiku dan yang pasti aku paling last. Tidak mustahil dua-dua adik aku ini akan berada di peringkat yang lebih tinggi dari aku suatu hari nanti. To my dear Angah and Adik GO FOR IT!!! K.Long will always support both of you. InshaAllah ilmu yang ada untuk dikongsi.
Mendaftar di Unisza pada Febuari...bulan April aku mendapat tawaran untuk menjadi guru ganti. Nampak tak rahsia Allah pada nikmat rezeki. Alhamdulillah aku bersyukur sangat.
0 comments:
Post a Comment