topbella

10 April 2016

FAMILY VACATION KE SABAH : DAY 4

Assalamualaikum...




...sambungan...


Day 4 (20 February 2016)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bumi Sabah. Untuk hari terakhir, kami sekeluarga memperuntukkan masa yang ada dengan shopping sampai lebam.

1) 1 Borneo Hypermall


Driver datang menjemput kami pada jam 10 pagi untuk meneruskan aktiviti jalan-jalan pada hari terakhir. Tempat pertama adalah ke shopping complex. Di Kota Kinabalu terdapat banyak sangat shopping complex dan korang boleh pilih nak pergi yang mana. Untuk family aku, aku telah memilih untuk ke sini. Sampai je sini, kami terus mencari food court untuk breakfast. Selesai breakfast barulah kami mula meronda mall. 1 Borneo Hypermall sangat besar dan selesa untuk berjalan. Kami membeli pakaian untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Kat dalam ni ada Giant and Parkson juga. Kami keluar dari mall ini menjelang tengahari. 

2) Masjid Negeri Sabah, Sembulan



Dari 1 Borneo, kami terus ke Masjid Negeri untuk solat jamak Zuhur dan Asar. Sampai di masjid, sempatlah merehatkan kaki-kaki yang lenguh mengukur mall sepagi tadi. Lama giler kot duk merayau dalam 1 Borneo...kesian driver tunggu lama...huhu

3) Lunch at Grace Point, Sembulan


Selesai solat, kami ke Grace Point plk untuk lunch. Di sini, terdapat pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih dari moden ke tradisional, dari kampung ke western dan terdapat juga masakan pribumi Sabah. Memang pening nak pilih nak makan ape. Ruangan makan ini berkonsep terbuka dan sangat selesa dan berangin. Tempat makannya juga bersih dan luas. 

4) Tugu Peringatan Double Six


Berdepan dengan tempat kami makan tu plk, terdapat tugu peringatan. Kami ke sini selepas makan tengahari untuk mengambil gambar. 

5) Cocoa Boutique, Tanjung Aru


Sebelah petang, kami bergerak ke sini pula. Apalagi borong coklat!!! Kami memang penggemar segala jenis coklat bukan vanilla mahupun strawberi. Terdapat pelbagai pilihan coklat yang boleh di beli di sini. Coklat-coklat pula didatangkan dengan pelbagai perisa dan packaging yang berbeza-beza. Ada dalam kotak, dalam tin dan juga dalam peket-peket kecil. Tapi ingat kat dalam tu tak boleh ambil gambar coklat-coklat tu. Ada nota amaran siap ditampal pada rak-rak coklat tersebut disusun.


Ok...yang ni gambar diambil dirumah. Kami beli coklat ni dan beberapa jenis lagi untuk dibawa pulang. Apa yang boleh aku cakap...coklat ni sedap dan rasa macam nak g Sabah and beli lagi...hahaha


6) Pasar Philipine 


Destinasi penutup untuk cuti-cuti Sabah adalah ke Pasar Philipine. Pasar yang sangat terkenal untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti ke Sabah. Kami berjalan sepanjang pasar ini bermula dengan gerai kuih-kuih buatan Sabah. Kat sini, kami membeli kuih cincin, amplang dan juga kerepek-kerepek yang aku sendiri dah tak ingat namanya. Beli borong banyak2 dapatlah harga murah sikit. 


Kemudian, berjalan lagi ke ruangan barangan cenderamata Sabah pula. Kat sini kami tak beli apa-apa dah since dah beli kat Pasar Malam dan Pekan Nabalu. T-shirt lagi murah kat Pekan Nabalu kalau nak compare dengan kat sini.


Berjalan lagi sehingga ke ruangan Pasar Ikan Masin pula. Kat sini Mama aku beli ikan kering dan udang kering. Banyak pilihan sampai tak tahu nak singgah kedai yang mana. 

Dan ruangan paling hujung di Pasar Philipine  dijual pula buah-buahan. Kami tak beli pun sebab dah penuh dengan kotak untuk kuih dan ikan kering. Lagi satu buah ni akan memberatkan lagi beg yang dah tersedia berat tu...huhuhu



7) Restoran Masakan Sedap, 

Sebelum bergerak ke Airport, kami singgah untuk dinner dulu. Kami makan di Restoran Masakan Sedap. Kami tak amik nasi dah cuma makan mee, mee hon untuk mengalas perut. Restoran ni bagi aku biasa-biasa je masakan dia walaupun namanya Restoran Masakan Sedap. Terpulang pada tekak masing-masing. 

8.00 malam bertolak ke KKIA. Flight kitaorg dijadualkan pada jam 9.25 malam tapiiiiiiii delayed pulak sampai jam 11.00 malam baru terbang. Sampai KLIA2 dah jam 1 pagi. Pergi supper dekat KFC and cari surau untuk tidur sementara menunggu Subuh. Flight ke Kuala Terengganu pula pada jam 7.05 pagi. 

Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 10.30 pagi. Aku tidur sekejap sebelum ke sekolah untuk mengajar pada sebelah petang. Vacation Mode OFF. Can't wait for my next vacationnnnn!!!


0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile