Pejam celik...pejam celik ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Hanya tinggal lagi seminggu untuk umat Islam di seluruh dunia meraikan lebaran 1432H. Begitu cepat masa berlalu dan apa yang pasti di saat ini pasti semua sedang sibuk dengan persiapan lebaran untuk kali ini.
Ramadhan datang dan pergi bersilih ganti. Apa yang istimewanya setiap kali ramadhan pasti ada kenangan-kenangan yang mungkin tidak akan kita lupakan.
4tahun menyambut ramadhan di negeri orang memberikan satu coretan memori yang pasti tidak akan dilupakan. Bergelar penuntut di IPTA, masa-masa banyak di habiskan bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai negeri dan disinilah kenangan tercipta.
Menggamit ramadhan tahun-tahun sebelum ini, banyak cerita suka dan duka bersama rakan-rakan terlayar di ingatan. Berikut adalah coretan ramadhan sepanjang 4tahun lalu...
Ramadhan datang dan pergi bersilih ganti. Apa yang istimewanya setiap kali ramadhan pasti ada kenangan-kenangan yang mungkin tidak akan kita lupakan.
4tahun menyambut ramadhan di negeri orang memberikan satu coretan memori yang pasti tidak akan dilupakan. Bergelar penuntut di IPTA, masa-masa banyak di habiskan bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai negeri dan disinilah kenangan tercipta.
Menggamit ramadhan tahun-tahun sebelum ini, banyak cerita suka dan duka bersama rakan-rakan terlayar di ingatan. Berikut adalah coretan ramadhan sepanjang 4tahun lalu...
(Ramadhan 2007)
Ini cerita ketika di semester satu, pertama kali menyambut ramadhan bersama rakan-rakan, kitaorang decide untuk buat jamuan buka puasa our class. Kelas saya xde lah ramai sangat hanya 21 orang je dan si kumbang plak 3orang je... Restoran Anggun menjadi pilihan dan menu yang dipilih pula adalah nasi ayam disamping kuih-muih. Masa ni semua nmpk cam kecik je maklumlah junior baru masuk...hehe...
(Ramadhan 2008)
Tahun ini plak lagi best sebab kitaorang diberi peluang bersama dengan golongan orang kurang upaya (OKU) membantu mereka membeli persiapan hari raya. Ini adalah program yang di anjurkan oleh Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (BAKTI) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri sendiri. Saya dan rakan-rakan turun sebagai sukarelawan bagi membantu anak-anak istimewa ini memilih dan membeli keperluan hari raya mereka. Setiap dari kami perlu mengawasi seorang anak istimewa tersebut. Seharian bersama mereka memberikan satu pengalaman baru buat saya dan rakan-rakan kerana inilah pengalaman pertama kami untuk program seumpama ini.
(Ramadhan 2009)
Meraikan buka puasa jauh dari buku-buku dan nota-nota pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Kali ni kami memilih untuk makan-makan di Kafe Rasa Utara di Berjaya Times Square. Tempahan meja dan lauk-pauk di buat awalnya untuk memudahkan kerja kami kerana apabila tiba waktu berbuka hampir semua meja akan dipenuhi. Makan-makan sehingga masing-masing kekenyangan. Sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan, ade masa mau makan-makan lagi kat sini.
(Ramadhan 2010)
Ini merupakan ramadhan terakhir bersama rakan-rakan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Since ini merupakan ramadhan terakhir di bumi Nilai, apabila tiba petang je mulalah mencongak tempat mana yang ingin dituju untuk berbuka pada hari tersebut. Walaupun kami datang dari pelbagai latar negeri tapi jalinan persahabatan hampir 4tahun membuatkan kami belajar untuk mengenali personaliti masing-masing.
Itulah serba sedikit kenangan ramadhan di negeri orang bersama rakan-rakan yang datang dari pelbagai latar belakang untuk menggengam segulung ijazah. Apa yang pasti kenangan itu terlalu mahal untuk dibeli dan sangat sukar itu dilupakan kerana "We Stand In A Circle Memory".
psssttt:- tgklah muka kitaorg ada nmpk lain tak masa first year comparing with the last year...huhu
0 comments:
Post a Comment