"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".
Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama menggapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
1) Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
2) Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
3) Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dantaqarrub kepadanya.
4) Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan.
5) Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
3 comments:
salam ramadhan cik fieza tewww..
selamat berpuasa Fieza. semoga puasa thn ni lebih baik dr yg sebelumnya.
@en_me: Salam Ramadhan
@K.Nur: Selamat Berpuasa...AMIN
Post a Comment