topbella

26 July 2012

BELAJAR PUASA VERSI SAYA...


Sudah hampir seminggu Umat Islam berpuasa. Memasuki 6 Ramadhan, rata-rata blog menceritakan tentang kisah-kisah menarik ketika bulan Ramadhan. Ada yang cerita pengalaman berpuasa pertama kali sebagai suami isteri, cerita pengalaman berterawih dan yang paling banyak sudah tentu menu untuk berbuka dan bersahur.

So, kat blog saya nak cite apa agaknya ye??? Bila tiba je bulan Ramadhan macam-macam cerita ada nak2 bila diimbas kembali waktu kecil2 dulu. So, dikesempatan ini saya nak share cerita macam mana saya belajar puasa disamping insiden-insiden nakal yang xboleh ditiru oleh adik-adik yang baru hendak belajar puasa.

Saya mula bersekolah ketika berumur 6 tahun di Pra-Sekolah. Pada waktu ni memang saya xstart pun lagi puasa. Waktu rehat kat sekolah disediakan makanan so saya makanlah dengan kawan2 yang lain. 

Bila masuk Darjah 1, saya mula berpuasa separuh hari yang mana balik sekolah saya pun berbuka. Memang xde satu hari pun yang saya puasa penuh waktu ni. Cukup dengan separuh hari je. 

Masuk Darjah 2 barulah saya berjaya puasa penuh untuk tempoh sehari. Tapi xcukup pun 30 hari. Ada hari puasa ada hari tak. Ada satu insiden lucu yang saya akan ingat sampai bila-bila iaitu paginya bangun bersahur konon2 nak puasalah ni pastu balik sekolah petang tu pergilah main kat pejabat ayah saya. Kitaorang duk kuarters, nak jadi  cite kat tepi pejabat tu adalah pokok jambu. Main2 kat situ terliurlah plk nk makan jambu tu. Saya pun amik jambu kat pokok tu dan terus makan tanpa rasa bersalah...huhu. Berdua dengan adik perempuan time ni, dia xpuasa lagi. Saya dah warning awal2 jgn bagi tau ma ngn abah kitaorang, tapi sekali petang tu kitaorang gaduh, apalagi si adik pun amiklah peluang bocorkan rahsia tu. Habislah saya kena marah ngn mak saya. Sebagai hukuman, waktu berbuka tu saya xboleh makan sekali kena duk dalam bilik je sampai semua dah siap...sedih disitu...huhu

Masa Darjah 3 momentum puasa dah makin baik. Tau kenapa...hmmm nenek saya bagi upah RM1 utk sehari puasa penuh. Apalagi gigih menahanlah hingga ke akhir waktu. Tapi di saat2 akhir momentum tu hilang sekelip mata dek kerana kuih raya yang pelbagai jenis. Actually mak cik saya yang belikan kuih-kuih raya ni bwk balik ke rumah nenek. Saya plk budak baru belajar puasa, bila ada kuih-kuih raya ni jap2 masuk dapur sampai mak cik saya ckp "buka je lah puasa tu, nak kuih mana meh cik za buka" huhu...gembira di situ. So, utk tahun tu saya berjaya berpuasa utk tempoh 26 hari je 4 hari terakhir dah xmenjadi. Dapatlah upah 26 ringgit utk tahun tu.

Misi puasa penuh diteruskan lagi ke tahun berikutnya. Ni dah masuk Darjah 4 tapi berjaya ke saya berpuasa penuh?? Hmmmm...xjugak. Bangun sahur mmg xmiss coz nenek saya akan kejutkan setiap hari utk make sure cucu dia laratlah nk puasa konon2..tapi ada lagi insiden lucu kat sini. Satu hari tu balik sekolah, cuaca amat panas terik, tekak mmg haus sesangat time ni. Masuk bilik air nak mandi sekali saya bantai minum air paip sebab dah xmenahan. So potong sehari di situ. Upah pun potong jgk lah...huhu

Setelah bertahun-tahun mencuba untuk berpuasa penuh, akhirnya ketika di Darjah 5 saya berjaya menghabiskan puasa dengan jayanya untuk tempoh sebulan. Weeeehoooo 30 ringgit!!!Tahniah untuk diri sendiri. Bermula di sinilah, saya berpuasa penuh untuk sebulan. Tahun berikutnya pun penuh lagi so 30 ringgit lagi. Upah berakhir di sini. Masuk sekolah menengah dah xde upah lagi. Berpuasa dengan sepenuh kerelaan hati...hahaha

Kesimpulannya, saya berjaya berpuasa penuh sehari adalah ketika di Darjah 2. Tapi untuk penuh 30 hari tu ketika di Darjah 5 dah. Agak lambat di situ. So, adik-adik yang baru nak belajar puasa tu janganlah jadi macam saya, banyak sangat kerenahnya...hehe

Hari ini, saya berbangga melihat adik-adik yang dah berjaya puasa penuh sebulan sedari umur 7tahun lagi. Respect lah dgn korang. Mintak upah ke tak tu??? 

Inilah pengalaman saya belajar berpuasa...korang plk macamana, umur berapa dah berjaya puasa penuh sebulan???


psssttt:- next entry, saya share pengalaman pergi solat terawih plk yerrr...

 

4 comments:

transformed housewife said...

Anak sulung Knur thn ni 7 thn. ALhamdulillah setakat ni dah 5 hr puasa penuh. Dia nampak ok je.

en_me said...

salam ramadhan dn selamat bbuka puasa yee

maya amir said...

heheh..kelakar bile ingat balik kan?selamat berpuasa..:)

Affieza said...

@K.Nur: Alhamdulillah...bangga ngn budak2 skrg yg dah mampu puasa penuh di awal usia

@en_me: same to u too

@maya amir: tu lah byk cite2 kelakar zmn knk2 dulu...hehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile