Dah macam-macam tempat kitaorg pergi and dah macam2 aktiviti yg kitaorg buat...now it's time for picnic...yeay!!! Oppsss bkn pergi bulan pose tawww dh lama pergi sebulan yg lalu tp baru nk tulis kt blog...huhu.
Aktiviti ini mmg dirancang so xde masalah larrr...bila sebut picnic ni mmg xdpt lari dgn bakul2 makanan yg pelbagai tu...so utk picnic kali ni menu utama adalah bihun goreng + keropok keping. Menu-menu iringan pula byk jgk yg ringan2 ni macam nugget, sosej, sandwich, buah-buahan serta air.
Now back to place that we already choose before. Kami semua sepakat nak ke La Hot Spring di Besut. Perjalanan mengambil masa dlm 2 jam lebih gak dari Kuala Terengganu. Setibanya di pintu masuk Kolam Air Panas ni, kami perlu membayar RM1 per person. Kami berenam ke sini. Pergi waktu weekends so mmg xdpt nak elak org dah ramai memenuhi kawasan kolam tu.
Memula tu pilih pondok rehat utk makan dan letak barang2. Sebelum bergerak ke kolam haruslah makan dulu lapar dah time sampai tu...ye lah kitaorg grk awal pagi dari umah. Selesai makan dan tukar pakaian barulah gerak ke kolam. Apa yg boleh saya cakap memang air kat kolam tu sgt panas dan sesuailah utk berendam.
Menjelang tengahari, kami pun bersiap utk meninggalkan kolam ni. Kami singgah di Masjid Kg. La utk solat. Kebetulan kat sebelah masjid tu ada plk Taman Botani Kg. La. So, sempatlah bergambar jap sebelum bergerak. Kuar dari simpang Kolam Air Panas ni, one of my friend nk g jumpa kawan dia jap so singgahlah kat rumah kawan dia.
Kemudian timbul plk idea nk menyinggah kat satu lagi tempat yg menjadi tumpuan org kat area Besut ni. Kami bergerak ke Air Terjun Lata Tembakah plk. Kami sampai dah petang dan mostly pengunjung nak balik dah. Tapi kami masuk je...kat sini bayaran utk masuk 2ringgit sorg tp kami masuk as a student so 1ringgit je lah. Berjalan cari tempat yg paling dekat coz dah lewat petang and bukak makan bekal lagi sambil bermain air. Nak mandi mmg xsempat dah. Nak berjalan lagi xsempat air terjun ni pun dah tujuh tingkat, kami berhenti kat tingkat 1 je...hehe..
Kul 6 petang gerak kuar dari Lata Tembakah dan menyinggah di Kampung Jabi plk. Bila sebut Jabi ni apa yg famous kat sini tak lain tak bukan 'Sate Jabi'. So, masing2 beli utk dibawa balik ke rumah. Kat sini siap kena queue lagi utk dptkan turn beli sate tu.
Yg ni first time tgk...nasi himpit yg sgt besar...yg di snap ni pun dah tinggal separuh sebab dah potong. Teruja jap tgk. Dah dpt sate memasing terus gerak balik xde dah nak bhenti2 except berhenti solat je lah kat stesen minyak.
Overall, dalam sehari tu kami berjaya menapak di tiga tempat yg berbeza dari Kolam Air Panas La, Air Terjun Lata Tembakah dan Kampung Jabi for sate. Sampai rumah dah jam 9 malam. Apapun sgt enjoy sepanjang hari tu esoknnya mulalah liat nak gerak g ofis.
0 comments:
Post a Comment