Assalamualaikum...
...sambungan...
Day 3, (22 May 2016)
Last day in Langkawi. A few hour before boarding. Nak balik dah...tak puas lagi...tapi esok kerjaaaaa. Semalam seharian berjalan dari pagi sampai ke petang. Pagi ni, Ezani belanja kami makan roti canai di gerai kampung kelahiran dia. Selesai makan, sempat lagi dia bawak round-round Langkawi tapi kali ni jalan-jalan menyelusuri jalan kampung siap boleh tengok kerbau dan bendang lagi. Katanya Langkawi bukan besar mana pun dan boleh dikatakan habis jalan ikut ceruk kampung mahupun bandar dia pusing bawak kami. Mana nak jumpa pemandu pelancong macam ni kan??? Hehehe...
Selesai bawak jalan-jalan, kami pun pergi hantar Ezani pulang ke rumah sebab dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Driver bertukar. Sakinah take turn.
1) Nusantara Minyak Gamat
Sakinah bawak kami berdua singgah untuk tangkap gambar dengan replika minyak gamat yang besar tu. Langkawi memang terkenal dengan minyak gamat, so memang tak sah kalau datang Langkawi tak jumpa minyak gamat.
Kami pun sempat pergi ke tempat proses membuat minyak gamat. Tengok ni ada dua buah kawah tengah menggelegak dengan gamat. Panassss!!! kami pergi tengok sekejap and then terus kuar. Tak beli pun minyak-minyak tu. Sebab xde orang nak guna minyak-minyak tradisional ni kat rumah. Lagi satu adik aku tu Pegawai Farmasi. Sebut je ubat makan, ubat sapu, ubat titik dan segala macam ubat nanti dia tolong amikkan. Family aku ni jenis yang percaya dengan ubat-ubat dari KKM je. So, end up tak payah beli.
2) Langkawi International Airport
Dah jam 10.30 pagi. Masa untuk berangkat pulang. Flight kami jam 11.25 pagi. Sakinah hantar kami ke balai berlepas sampailah kami masuk untuk boarding. Sebelum tu siap timbang lagi beg takut terlebih muatan. Dan yang pasti memang terlebih pun. Terpaksa bukak kat situ dan agihkan barang bagi jadi balance untuk dua beg.
Bye..bye Sakinah...Jumpa lagi. Ingatkan dia terus pulang ke rumah tapi tak. Rajin pulak dia pergi tunggu dekat pagar airport tu untuk tunggu flight kitaorg terbang. Masuk je flight...tapi flight tak boleh nak naik sebab ada pesawat peribadi nak mendarat. Terpaksa tunggu sampai jam 12 baru berlepas. Sakinah siap whatsapp gambar flight tengah tunggu isyarat untuk terbang.
Kami sampai di KLIA2 jam 1 dan bergerak ke food courts untuk lunch dulu. Flight ke Terengganu pula pada jam 3.50 petang. Alhamdulillah selamat sampai di Terengganu sejam berikutnya. Berakhirlah percutian 3hari 2malam kami di Langkawi.
Kepada Sakinah & Ezani...
Terima kasih jemput dan hantar kami kat airport
Terima kasih sajikan kami dengan makanan dan lauk pauk yang banyak dan sedap
Terima kasih bawak kami jalan-jalan pusing hampir serata Langkawi
Terima kasih sediakan tempat tinggal yang sangat selesa
Terima kasih belanja kami makan dan minum
Terima kasih untuk minyak, kereta dan masa cuti yang diambil
Dan yang pasti terima kasih kerana menjadi Tuan Rumah yang sangat baik hati dan peramah
Moga Allah membalas segala kebaikanmu duhai sahabatku...