topbella

26 May 2016

SISTER GETAWAY TO LANGKAWI : DAY 2

Assalamualaikum...




...sambungan...


Day 2, (21 May 2016)

Hari kedua di Langkawi, suami Sakinah siap amik cuti untuk bawak kitaorg jalan-jalan sepanjang hari tu. Suami dia ni memang asal dan dibesarkan di Langkawi. So, semua tempat dia boleh hurai panjang lebar dekat kitaorg. Tak perlu susah-susah aku nak upah pemandu pelancong. Sebelum kuar, breakfast dulu. Sakinah masak bihun goreng dan milo panas. 

1) Island Hopping


Aktiviti jalan-jalan bermula seawal pagi. Dalam kul 8.30 kami dah keluar untuk ke jeti. Kalau lambat nanti susah dapat parking bila orang dah mula ramai. Sampai je kat jeti tu, memang orang dah ramai pun, takde maknanya nak dapat parking dekat. Waktu datang 2012 dulu, tak pergi Island Hopping sebab mama dengan abah aku pening naik bot. So, kali ini harus dan mesti nak pergi jugak. Suami Sakinah dah siap book bot dengan kawan dia. Kami just pergi amik sticker dan tunggu untuk naik bot. 

Untuk Island Hopping ni, kami akan dibawa melawat ke tiga buah tempat. 

 i) Tasik Dayang Bunting

Driver yg bawak bot tu bagi masa satu jam kat situ. Bolehlah nak mandi ke, nak makan ke ataupun nak buat apa-apa aktiviti kat situ. Tiket masuk ke sini berharga RM3 seorang dan percuma untuk orang Langkawi. 


Haaa...ini lah Sakinah kawan aku budak alor star tapi bermastautin di Langkawi kerana berkahwin dengan anak jati Padang Mat Sirat. Kitaorg tak mandi pun just datang celup-celup kaki dalam air. 


 ii) Pulau Singa Besar

Seterusnya, kami dibawa ke Pulau Singa Besar pula. Kat sini kami tak turun pun just berada dalam bot je. Aktiviti kat sini adalah datang tengok burung helang. Kalau nak tengok dekat-dekat, campaklah roti barang sekeping dua...berebut-rebut mereka terbang ke bawah. 


 iii) Pulau Beras Basah

Destinasi terakhir kami untuk Island Hopping pada pagi tu. Kat sini pun driver bot bagi masa satu jam. Mostly kat sini orang datang mandi. Tapi perlu diingat kalau pergi Island Hopping kalau ada rasa nak buang air kecik ke besar ke korang siap-siap lah membuang kat Tasik Dayang Bunting sebab kat sini xde toilet. Kat Pulau Singa plk mmg orang tak turun jadi janganlah minum air banyak2 ye. Kalau emergency case pergilah kt tengah-tengah laut tu...huhu

Sebelum terlupa inilah suaminya Sakinah, Ezani namanya. Hari ni kuar muka dia plk kat blog aku. Sakinah dah biasa muncul dalam blog ni waktu entri-entri zaman degree dulu. 


Menjelang tengahari...matahari dah mula naik...berakhirlah aktiviti Island Hopping. Untuk pagi tu 3jam kami habiskan masa di pulau. Best feeling...rindunya nak pergi snorkeling. Sampai jeti, Ezani pergi settlekan bayaran bot dan terus bergerak pulang untuk mandi, solat Zohor dan makan tengahari. 

2) Beras Terbakar

Selesai semua urusan di rumah, kami bergerak ke Beras Terbakar pula. Langkawi memang kaya dengan sejarah. Hmmm...bacalah dekat papan tu kalau nak tau macam mana rupa dan kenapa di panggil beras terbakar. 


Kat sini jugak boleh shopping. Terdapat deretan kedai-kedai yang menjual pakaian. Harga jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang berada di Pekan Kuah. Kat sini, aku beli kain batik dengan t-shirt Langkawi sebagai cenderamata untuk keluarga dan kawan-kawan. 


3) Oriental Village

Sebelah petang pula, kami menghabiskan masa di sini pula. Kat sini pun dah banyak perubahan. Siap dengan 3D bagai...macam-macam direka untuk menarik minat pengunjung dan pelancong. 


Cable Carrrrr!!! Kalau tak naik pun ok je sebab dulu satu family dah naik. Tapi Ezani beria-ria ajak kitaorg naik. So, moh lerr kita p beratur beli tiket. Dulu tiket RM15 je sekarang dah RM30. Mahal kan??? Tapi kali ni bukan setakat naik cable car je, kami juga dibawa masuk ke SkyDome untuk melihat persembahan video  sebelum menaiki cable car. 


Turun je dari Cable Car, kami bergerak ke SkyTrex pula. Kat sini pula kami dapat tgk persembahan video 3D berkaitan dengan dinasour. Semua pengunjung diberikan cermin mata 3D untuk melihat dengan lebih jelas. Dah rasa macam dinasour tu dekat je dengan kita. Tapi orang yang ada sakit jantung tidak dibenarkan masuk. Jadi dengan tiket RM30 tu kami boleh naik cable car, ke SkyDome dan juga SkyTrex. Lain tempat kalau nak masuk jgk, belilah tiket lagi.


4) Idaman Suri

Keluar dari Oriental Village, kami ke Idaman Suri pula. Kat sini ada jual perkakas rumah, pinggan mangkuk dan segala macam barang-barang yang ada kat dapur. Waktu sampai tu hujan, jadi tak amik gambar. Masuk cari hadiah kahwin...jauh tau beli hadiah kahwin. 

5) Kompleks Haji Ismail Group Sdn.Bhd

Semalam dah pergi survey, hari ni just datang untuk amik dan bayar je. Senang kan???? Datang Langkawi, haruslah beli coklat. Amik situ, tarik sana, penuh bakul, pergi kaunter dan bayar. Masa singkat dan pantas. 


6) Pasar Malam Pekan Kuah

Untuk dinner malam tu, kami tapau makanan dari pasar malam je. Semua dah penat seharian berjalan. Ada ke pelancong datang Langkawi pergi pasar malam??? Mesti tak kan...Huhu... Kami berjalan dengan orang Langkawi, jadinya haruslah semua tempat kena pergi tengok. 

Menjelang Maghrib, bergerak balik rumah untuk bersihkan diri dan solat. Selepas itu, barulah makan makanan yang kami beli dekat pasar malam. Disebabkan esok dah nak balik, layanlah sembang dengan depa laki bini tu sampai ke tengah malam. 

Ok...kami tak tidur lagi. Lewat malam, kami dibawa keluar lagi untuk supper pula. Kami pergi makan chicken chop memalam buta. Lupa dah nama kedai...tapi chicken chop tu murah RM4.50 je. Susah nak jumpa ni. Makan kenyang-kenyang, pulang ke rumah untuk tidur dan berakhirlah cerita jalan-jalan hari kedua di Langkawi. 

TO BE CONTINUED...

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile