topbella

23 May 2016

SISTER GETAWAY TO LANGKAWI : DAY 1

Assalamualaikum...

Holiday agaiiiinnnnn!!! Baru je pergi Sabah bulan Febuari dengan keluarga. Kali ni ke Langkawi pula dengan adik perempuanku. Last pergi Langkawi tahun 2012 dengan keluarga and now I'm back. Tujuan asal ke sini adalah ingin ke rumah kawan baik aku waktu degree dulu. Sesambil tu bolehlah berjalan juga. 'Sambil Menyelam Minum Air' begitulah kekdahnya...huhu. First impression sesampai je Langkawi adalah; wahhhh banyak dah berubah...ye lah aku datang 2012 sekarang dah 2016. 

Ok...waktu untuk mencoret catatan perjalanan ke Langkawi bagi tahun 2016. 

Day 1, (20 May 2016)

Bertolak dari rumah selepas selesai Solat Subuh dan flight untuk ke Kuala Lumpur adalah pada jam 8.20 pagi. Sampai di KLIA2 jam 9.15 pagi dan terus ke food courts untuk breakfast. Transit kat KLIA2 lebih kurang 3 jam lebih sebelum menaiki flight seterusnya ke Langkawi. 


Tepat 12.45 tengahari, selamat berlepas ke Langkawi dan perjalanan mengambil masa 1 jam. Sampai je kat Langkawi International Airport, terus call kawan aku untuk jemput. Rumah dia dekat belakang airport je pun. Dia dah sampai dulu dari flight aku. Masuk je kereta terus dia ajak balik umah untuk makan tengahari. Baiklah tuan rumah, kitaorg follow je. Untuk tengahari tu kami disajikan dengan juadah nasi putih, gulai ketam, ayam goreng, ayam masak merah dan air anggur. Sedapnyerrrr Sakinah masak sampai bertambah kitaorg makan. Banyak plk lauk tu. Settle makan dan sembahyang, maka bermulalah kisah jalan-jalan kami di Langkawi.

1) Kompleks Haji Ismail Group Sdn. Bhd

Ini adalah benda baru yang wujud di Langkawi bagi pengunjung yang kali terakhirnya datang pada tahun 2012...huhu...Ye waktu aku datang dulu xde lagi kompleks ni...yang ada hanyalah kedai-kedai berlabelkan nama Ismail Group. Seriously, kompleks ini lagi besar dan selesai untuk membeli belah. Dengan nama dan label yang cukup gah memang patut pun Haji Ismail ni ada kompleks dia yang sendiri. Tapi kedai-kedai dia yang waktu aku datang 2012 tu masih beroperasi seperti biasa. Dah jadi macam cawangan gitu. Untuk hari pertama ni, kawan aku suruh datang survey barang apa yang nak beli kemudian datang lagi untuk beli. Apalagi terus cari coklat-coklat kesukaan dan melihat harganya terlebih dahulu. Nanti senang nak compare dengan kedai lain. 


2) RAMS

Seterusnya, kami ke RAMS pula. Lupa nak amik gambar. Pergi tengok kain batik, pinggan mangkuk dan sudah tentulah coklat. Harga memang berbeza-beza. Ada yang lagi murah dan ada juga yang lagi mahal jika nak dibandingkan dengan Ismail Group. Adik aku beli kinder bueno dekat sini buat makan malam tu. Lepas tu balik rumah untuk solat Asar pula dan tunggu suami Sakinah balik kerja untuk bawak kitaorg jalan-jalan lagi. 

3) Pantai Cenang

Sebelah petang, kami ke pantai pula. Kali ni tukar driver, suami Sakinah pula yang drive. Both my sister and I always look forward to be at the beach whenever we have a time. Kerja-kerja jgk tapi sometimes we need 'Vitamin Sea'  for sure. The best feeling bila kaki dah mula memijak pasir, mata menangkap pemandangan yang indah dan nak lagi best pergilah sentuh air laut tu sikit...kihkihkihkih


Waktu kitaorg sampai tu, memang ramai orang. Ada yang mandi, yang tengah berlatih silat, yang main banana boat dan bergambar sudah semestinya. 


Kitaorg berada kat sini sehingga menjelang maghrib. Hari macam nak hujan so tak dapat nak capture view sunset.

Before balik rumah, sempat pula ke giant signboard ni. Kitaorg macam malas je tapi menurut suami Sakinah, kalau orang datang Langkawi mesti nak amik gambar kat situ. So, layannnnn....hahaha. Nampak lah dua ketul cinonet kat situ. 

Masuk kereta dan bersedia untuk pulang. Dalam perjalanan pulang tu, sempat lagi singgah kat pasar, Sakinah dengan suaminya nak cari stok lauk pauk. 

Sebelah malam, kitaorg dinner lauk lebihan tengahari tadi yang masih banyak dan Sakinah masak pula ayam masak kicap. Siap je makan nasi, kitaorg potong kek untuk birthday Sakinah yang jatuh pada hari aku datang Langkawi . Happy Birthday Dearest Bestfriend. Beberapa hari sebelum datang Langkawi, aku telah mencari kedai-kedai kek yang boleh buat surprise delivery kat Langkawi ni. And then jumpa kat Instagram and terus deal untuk tempah. Kek dihantar pada pagi sebelum kitaorg sampai. Thanks to theladywhobake for the delicious and yummy almond brownies. Suami Sakinah pula belanja sate untuk melengkapkan lagi juadah makan malam pada hari itu.


Perut dah kenyang...kitaorg pun bersiap untuk mandi dan rehat. Malamnya tidur dengan nyenyak sekali sampai tak sempat nak bentang toto...huhu

TO BE CONTINUED...

0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile