topbella

17 September 2016

FAMILY VACATION TO BANDUNG : DAY 3

Assalamualaikum...



...sambungan...


Day 3, (2 September 2016)

Kepenatan hari kedua tidak lagi terasa setelah melalui tidur yang sangat lena pada malam kedua di Bandung. Hari ni bangun dengan teruja dan tak sabar nak pergi shopping lagi. Hari ketiga memang dikhaskan untuk shopping. Sebelum memulakan perjalanan hari ketiga, kami ke cafe untuk sarapan dulu. Menu pagi tu bihun goreng + telur mata, roti bakar, air teh dan kopi. Settle makan terus ke Avanza sebab Supir dah sedia menunggu. Supir yang kami upah tu tak dapat bawak kami jalan-jalan hari ni kerana perlu menghadiri kenduri dan dia mintak kawan dia gantikan. Kitaorang takde masalah janji misi shopping kami berjalan lancar. Here we go!!!

1) Grutty, Cibaduyut


Destinasi pertama kami untuk hari ketiga ni adalah ke Cibaduyut. Cibaduyut sememangnya terkenal dengan barangan kulit. Suka bebenor adik aku yang laki tu. Kasut, beg, tali pinggang, wallet dan pakaian semuanya ada kat sini. Harga pun takdelah mahal sangat. Tempat yang kami pergi ni namanya Grutty. Besar dan selesai untuk membuat exercise kaki...hehehe. 

Kalau nak beli t-shirt Bandung pun ada kat sini. Aku dengan adik perempuan aku beli untuk hadiahkan kat kawan-kawan. Manakala adik laki aku plk semua dia macam nak beli. Beli kasut, beg, jaket kulit dan t-shirt. Abah dengan mama pun beli jgk baju kat sini. Kami kat sini sampai tengahari. 

2) Rumah Kain, Taman Kopo


Kami keluar dari Grutty menjelang masuknya waktu Zohor. Di sebabkan hari ni hari Jumaat, abah dengan adik aku nak g Solat Jumaat. Sementara diaorg Solat Jumaat, kami mintak tinggalkan team perempuan ni kat Rumah Kain je. Kalau dah masuk rumah kain, memang pening lagi tengok kain cantik-cantik. Aku tak beli dah kain kat sini. Hati mesti kental ok...hehe. Tapi sempat jugak rembat telekung solat sepasang. Lepas habis solat Jumaat, diaorg datang jemput kami untuk pergi makan tengahari plk. 

3) Restoran Makan Sederhana


Kami ke Restoran Sederhana untuk makan tengahari. Sajian yang disajikan adalah masakan Padang. Masuk je, pelayan akan tanya berapa orang rombongan dan tunjukkan kita meja. Lepas tu mereka akan hantar nasi dengan lauk-lauk yang pelbagai jenis dalam setiap pinggan tu. Mana yang nak makan, amik siap-siap. Harga dikira untuk lauk yang kita usik je. Yang tak nak tu boleh letak tepi siap2. Ini merupakan kali kedua dah kami ke restoran ni. Sangat sedap, harga pun berpatutan dan very recommeded u ollsss. 

4) Toko Tiga


Perut dah kenyang... sambung berjalan lagi. Lokasi seterusnya adalah ke Toko Tiga. Toka Tiga merupakan tempat menjual jeans yang original. Supir aku siap berlawak lagi sebelum kami masuk. Dia cakap nak masuk dalam tu baca doa banyak2 sebab banyak jin katanya...hahaha. Di samping jeans, t-shirt, blouse pun ada dijual kat sini. Tapi fokus utama orang datang ke sini mostly akan beli jeans. Disediakan perkhidmatan potong jeans siap2 selepas kita dah selesai bayar tu. 

5) Pasar Kosambi


Tidak jauh dari Toko Tiga tu, ada pulak Pasar Kosambi. Pasar Kosambi ni terkenal dengan kerepek dan kacang. Pelbagai jenis dan rasa.Tarikan utama of course Kacang Bandung. Sedap jugak boleh rasa dulu sebelum beli. 


Aku beli Pisang Salai Cheese kat sini untuk diberi kepada rakan-rakan guru kat sekolah. Harga jauh lagi murah jika nak dibandingkan dengan Kartika Sari mahupun Pasar Baru. Kami dah kali ketiga datang Bandung so dah boleh compare mana mahal mana murah. 

6) Kartika Sari


Siap beli kerepek, kami ke Kartika Sari plk. Fokus datang sini sebab nak beli brownies. Adik beradik aku memang hantu Coklat. Semua yang coklat-coklat suka jangan vanilla, strawberri mahupun pandan. Ada brownies chip, brownies kukus, brownies gulung dan pelbagai lagi. Kek pun ada. Aku bawak brownies ni pergi sekolah dan bagi anak murid rasa sikit sorang. Selain Kartika Sari, satu lagi brownies yang famous kat Bandung ni ialah Amanda Brownies. Waktu kali pertama datang dulu, dah test dekat dua-dua kedai ni. Dan kami jatuh cinta dengan texture dan rasa dari Kartika Sari. 

7) Cihampelas Walk Mall (CiWalk)


Sebelah malam adalah waktu untuk mengukur Mall. Mall yang kami pergi untuk hari ketiga adalah CiWalk. Bila sebut Mall, macam biasa sama je macam Mall dekat Malaysia. Mall ni sangatlah besar sampai kami tak jumpa jalan mula-mula masuk tu. Apa yang aku boleh cakap, tempat ni budak-budak muda datang jalan. Dan kanak-kanak pun suka sebab ada corner untuk main. Mainan yang pakai masuk duit syiling tu pastu gerak. Sampai menangis-nangis tak nak turun. 

8) Paris Van Java


Selepas dah puas pusing kat dalam CiWalk, wassap Supir untuk datang jemput dan bergerak ke shopping complex yang lain pula. Penutup shopping malam tu adalah ke Paris Van Java. Kalau datang sini bolehlah kalau nak usha barang-barang branded. Even, Sogo pun ada kat dalam ni. Kat sini, beli tshirt je. 

9) HDL Cilaki


Penutup jalan-jalan hari ketiga adalah makan. Nak mula jalan makan dan of course habis jalan pun makan...hehehe. Kami makan malam di HDL Cilaki. Masakan Sunda. Sumpah sedap. Teringat-ingat sampai kat Malaysia. Tiga kali datang Bandung, tiga kali jgk kami datang makan kat restoran ni. Yang bestnya, lauk yang tak habis boleh tapau bawak balik. Sajian kat sini adalah masakan Sunda. Main dish kat sini seafood. 

Dah habis cerita jalan-jalan hari ketiga. Balik hotel keluarkan beg dan kemas barangan shopping. Esok awal-awal lagi dah nak check out sebab flight pagi. 

TO BE CONTINUED...


0 comments:

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile