topbella

31 July 2012

AL- KISAH SOLAT SUNAT TARAWIH...


Hari ini 11 Ramadhan 1433H, umat Islam memasuki Fasa Kedua di bulan Ramadhan. Alhamdulillah kerana kita semua telah berjaya melalui Fasa Pertama dengan sebaik mungkin.

Di dalam entry lepas, saya telah kongsikan pengalaman saya belajar berpuasa. So, kali ni saya kongsikan pula pengalaman saya mengerjakan solat sunat tarawih. 

Solat sunat tarawih dilakukan sesudah solat Isyak hingga waktu fajar. Bilangan rakaatnya ialah 8 rakaat dan ada juga yang mengerjakannya sebanyak 20 rakaat. 

Saya mula berjinak-jinak dengan solat sunat tarawih ketika berusia 7 tahun lagi. Ini kerana saya selalu mengikuti nenek saya ke surau. Surau di kampung saya melakukan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat dan solat sunat witir sebanyak 3 rakaat. 

Bagi budak yang berusia 7 tahun ketika itu, saya dapat rasakan banyaknya nak kena sembahyang. Saya tak sembahyang pun sepenuhnya. Bila saya rasa nak sembahyang saya ikut, tapi bila dah malas tu mulalah nk bercakap-cakap ngn kengkawan dekat belakang. Memang gitulah gayanya, budak-budak ditempatkan di saf belakang beramai-ramai. Bila dah ramai macam-macam ceritalah jadinya. 

Ketika berusia 9 tahun, saya dah berjaya melakukan solat sunat tarawih dengan sepenuhnya. Apa resipi kejayaan itu??? Nenek saya akan pastikan dia sembahyang berhampiran dengan saf budak-budak so dari situ dia senang nak monitor saya samada saya sembahyang atau bercakap. Saya ingat lagi kalau saya bercakap nenek saya akan pusing belakang dan cubit dekat paha...hehe. Apalagi takut kena cubit punya pasal, saya sembahyanglah dengan jayanya. 

Ada juga cerita lucu bila pergi solat sunat tarawih ni..biasanya saya akan pakai telekung siap-siap dari rumah dan berjalan kaki bersama nenek saya, cik su dan kdg2 cik za pun ada gak. Dalam perjalanan nak sampai ke surau tu akan adalah suara-suara sumbang yang cakap "oiii cepat tgk hantu lalu depan kita ni". Ini kerana kitaorg kan berpakaian telekung serba putih berjalan kaki utk sampai ke surau.  Bila difikir logik manalah ada hantu time-time bulan puasa ni.

Part paling di nanti juga bila pergi tarawih ni ialah selepas siap sembahyang sunat tarawih mulalah terhendap-hendap nak tengok juadah utk moreh makan apa, kuih apa dan air apa..hehe. Sekarang bila pergi tarawih mesti teringat-ingat, semua tu dah jadi kenangan zaman kanak-kanak saya. 

Satu pesanan yang dititipkan oleh ustazah saya ketika di sekolah menengah dulu untuk kami budak-budak perempuan,  Rebutlah peluang utk bertarawih ketika masih bujang ni, kerana bila dah kahwin nanti masa kamu agk terbatas dengan nak uruskan rumahtangga, melayan kerenah anak-anak kdg2 minta didukung, minta dibuat susu dan paling havoc menangis  dan mengamuk lagi. Nak pergi masjid mmg payah dah kerana komitmen menjaga anak-anak di rumah. Kalau kat rumah pun mungkin kena curi-curi masa ketika diorang dah tido.

Kesimpulannya, nak memupuk budaya solat sunat tarawih ni biarlah sejak kecil lagi ibarat pepatah 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'. Bukan sesuatu yang mudah utk nak ajak kanak-kanak solat sunat tarawih ni kerana bilangan rakaatnya yang banyak tu dah satu hal. 

Bagi saya pula, apa yang cuba diterapkan oleh arwah nenek saya ni sangatlah berguna. Sehingga kini, saya tidak melepaskan peluang utk bertarawih bila ramadhan tiba. Rebutlah peluang ini, Setahun hanya sekali.




26 July 2012

BELAJAR PUASA VERSI SAYA...


Sudah hampir seminggu Umat Islam berpuasa. Memasuki 6 Ramadhan, rata-rata blog menceritakan tentang kisah-kisah menarik ketika bulan Ramadhan. Ada yang cerita pengalaman berpuasa pertama kali sebagai suami isteri, cerita pengalaman berterawih dan yang paling banyak sudah tentu menu untuk berbuka dan bersahur.

So, kat blog saya nak cite apa agaknya ye??? Bila tiba je bulan Ramadhan macam-macam cerita ada nak2 bila diimbas kembali waktu kecil2 dulu. So, dikesempatan ini saya nak share cerita macam mana saya belajar puasa disamping insiden-insiden nakal yang xboleh ditiru oleh adik-adik yang baru hendak belajar puasa.

Saya mula bersekolah ketika berumur 6 tahun di Pra-Sekolah. Pada waktu ni memang saya xstart pun lagi puasa. Waktu rehat kat sekolah disediakan makanan so saya makanlah dengan kawan2 yang lain. 

Bila masuk Darjah 1, saya mula berpuasa separuh hari yang mana balik sekolah saya pun berbuka. Memang xde satu hari pun yang saya puasa penuh waktu ni. Cukup dengan separuh hari je. 

Masuk Darjah 2 barulah saya berjaya puasa penuh untuk tempoh sehari. Tapi xcukup pun 30 hari. Ada hari puasa ada hari tak. Ada satu insiden lucu yang saya akan ingat sampai bila-bila iaitu paginya bangun bersahur konon2 nak puasalah ni pastu balik sekolah petang tu pergilah main kat pejabat ayah saya. Kitaorang duk kuarters, nak jadi  cite kat tepi pejabat tu adalah pokok jambu. Main2 kat situ terliurlah plk nk makan jambu tu. Saya pun amik jambu kat pokok tu dan terus makan tanpa rasa bersalah...huhu. Berdua dengan adik perempuan time ni, dia xpuasa lagi. Saya dah warning awal2 jgn bagi tau ma ngn abah kitaorang, tapi sekali petang tu kitaorang gaduh, apalagi si adik pun amiklah peluang bocorkan rahsia tu. Habislah saya kena marah ngn mak saya. Sebagai hukuman, waktu berbuka tu saya xboleh makan sekali kena duk dalam bilik je sampai semua dah siap...sedih disitu...huhu

Masa Darjah 3 momentum puasa dah makin baik. Tau kenapa...hmmm nenek saya bagi upah RM1 utk sehari puasa penuh. Apalagi gigih menahanlah hingga ke akhir waktu. Tapi di saat2 akhir momentum tu hilang sekelip mata dek kerana kuih raya yang pelbagai jenis. Actually mak cik saya yang belikan kuih-kuih raya ni bwk balik ke rumah nenek. Saya plk budak baru belajar puasa, bila ada kuih-kuih raya ni jap2 masuk dapur sampai mak cik saya ckp "buka je lah puasa tu, nak kuih mana meh cik za buka" huhu...gembira di situ. So, utk tahun tu saya berjaya berpuasa utk tempoh 26 hari je 4 hari terakhir dah xmenjadi. Dapatlah upah 26 ringgit utk tahun tu.

Misi puasa penuh diteruskan lagi ke tahun berikutnya. Ni dah masuk Darjah 4 tapi berjaya ke saya berpuasa penuh?? Hmmmm...xjugak. Bangun sahur mmg xmiss coz nenek saya akan kejutkan setiap hari utk make sure cucu dia laratlah nk puasa konon2..tapi ada lagi insiden lucu kat sini. Satu hari tu balik sekolah, cuaca amat panas terik, tekak mmg haus sesangat time ni. Masuk bilik air nak mandi sekali saya bantai minum air paip sebab dah xmenahan. So potong sehari di situ. Upah pun potong jgk lah...huhu

Setelah bertahun-tahun mencuba untuk berpuasa penuh, akhirnya ketika di Darjah 5 saya berjaya menghabiskan puasa dengan jayanya untuk tempoh sebulan. Weeeehoooo 30 ringgit!!!Tahniah untuk diri sendiri. Bermula di sinilah, saya berpuasa penuh untuk sebulan. Tahun berikutnya pun penuh lagi so 30 ringgit lagi. Upah berakhir di sini. Masuk sekolah menengah dah xde upah lagi. Berpuasa dengan sepenuh kerelaan hati...hahaha

Kesimpulannya, saya berjaya berpuasa penuh sehari adalah ketika di Darjah 2. Tapi untuk penuh 30 hari tu ketika di Darjah 5 dah. Agak lambat di situ. So, adik-adik yang baru nak belajar puasa tu janganlah jadi macam saya, banyak sangat kerenahnya...hehe

Hari ini, saya berbangga melihat adik-adik yang dah berjaya puasa penuh sebulan sedari umur 7tahun lagi. Respect lah dgn korang. Mintak upah ke tak tu??? 

Inilah pengalaman saya belajar berpuasa...korang plk macamana, umur berapa dah berjaya puasa penuh sebulan???


psssttt:- next entry, saya share pengalaman pergi solat terawih plk yerrr...

 

20 July 2012

SALAM RAMADHAN...

Happy Fasting!!!

 

May this Ramadhan be month of blessings,
A month full of forgiveness and
Guidances for all of us!!!

AMIN
 

19 July 2012

MY SECOND INTERVIEW @ UMP


I came again for my second interview at UMP. The candidates for this time only five which we already shortlisted during my first interview before. The interview still in group which first group consist of three candidates and the second group consist of two candidates. I'm in group two while the other one was a man who work as a counselor in private college. 

 

What happen during my second interview:-

# The interview handled by 'Ahli Lembaga Pengarah Universiti' while the first one handled by 'Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar'

# Four interviewer were there while before this only three

# Even in the group but the question were different between each other. During my first interview we got the same question and the interviewer let every candidates to give the best answer and opinion

# The questions for my second interview
   - Introduce myself
   - Why I choose to work in UMP
   - Do you have a license for CR (certificate counselor)
   - Do you know about hierarchy of Maslow and explain about that
   - How to handle a counseling using Al-Quran and As-Sunnah
   - Do you join any co-curriculum activities in university or school

# The interview finished after 30 minutes

What can I said, the interview more difficult compare to the first. Anyway, I'm happy for that because at least I had an experience for job's interview. Before this I never got the chances to attend it. The result is number two but the most important  I have that experience and more ready to attend other interview soon.  


13 July 2012

CONGRATULATION MY DEAR BRO...


Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik  2012/2013 telah di umumkan pada hari ini. 


Kepada adik-adik yang yang telah bercuti panjang sambil menunggu keputusan ini diumumkan bolehlah membuat semakan di Portal Kementerian Pengajian Tinggi http://upu.mohe.gov.my/upu.php bermula dari hari ini sehingga 13 Ogos 2012. Semakan juga boleh di buat menggunakan khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT jarak IC dan hantar ke 15888. 


Kepada yang berjaya ditawarkan pengajian ke IPTA tahniah diucapkan dan bagi yang tidak berjaya bolehlah membuat rayuan di https://online.mohe.gov.my/upu/onlinerayuanupu/ .

Tahniah juga utk my youngest bro yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus Farmasi di UiTM (Kampus Puncak Alam) . Perjuangan selama setahun di Kolej Matrikulasi akan disambung di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula selepas ini. 



For you my dear bro, may all the luck be with u and I wish u all the best and great achievement in your study. Enjoy your new beginning as a degree student.



psssttt:- nmpknya family saya akn ada 2org pharmacist lah pasni since my younger sis pun amik Farmasi jgk....huhu




My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile