topbella

26 January 2011

"KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SISWA"

Memasuki latihan industri di organisasi yang mendedahkan kita dengan pelajar-pelajar membolehkan kita turut serta dalam program-program yang di anjurkan. Saya memilih Politeknik sebagai tempat untuk menyiapkan latihan industri yang hampir lima bulan ini kerana saya sukakan persekitaran yang membolehkan saya bergerak dan berada dalam kelompok pelajar-pelajar. Saya berasa lebih selesa dalam situasi ini berbanding dengan rakan-rakan yang memilih hospital, pusat serenti dan jabatan-jabatan kerajaan ataupun swasta untuk menyiapkan latihan industri mereka.

Saya di tempatkan di Unit Bimbingan dan Kaunseling sepanjang tempoh lima bulan ini. Di bawah unit ini di wujudkan pula satu kelab yang di beri nama sebagai "Pembimbing Rakan Siswa" (PRS) . Bersama kelab ini, pelbagai aktiviti di rangka untuk memberikan pengalaman dan perkongsian idea dengan ahli-ahli kelab tersebut.

Program pertama yang saya sertai bersama unit ini dengan kerjasama PRS ialah "Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa". Ianya diwajibkan kepada ahli-ahli baru yang mendaftar sebagai ahli PRS. Ianya di jalankan selama 3hari berkonsepkan ceramah dan LDK.

Kami barisan Kaunselor Pelatih di beri mandat untuk menghiasi slot-slot ceramah manakala LDK pula di berikan kepada Majlis Tertinggi PRS yang bertindak sebagai urusetia di bantu oleh barisan fasilitator.

Jom layan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung.



14 Januari 2011


Jam 8 malam, para peserta mula mendaftar.



Jam 9malam, aktiviti pertama dimulakan iaitu Ice Breaking. Mereka diagihkan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan perlu memberi nama kumpulan dan mencipta logo kumpulan. Untuk menambahkan lagi keceriaan pada malam itu di selitkan juga beberapa aktiviti yang membolehkan peserta menyanyi sambil menari.


15 JANUARI 2011


Aktiviti pada hari sabtu di mulai dengan senaman pagi. Ianya di pimpin oleh seorang jurulatih jemputan.



Selepas itu, pada jam 9pagi bermulalah ceramah 1 "Asas Dalam Kaunseling 1" yang di sampaikan oleh tiga orang kaunselor pelatih (Izzati, Nadiah, Fendi
tiada dlm gmbr ). Mereka memfokuskan kepada etika kaunseling, mendengar dan empathy.



Kemudian aktiviti di teruskan dengan LDK 1



Pada sebelah petangnya, Cr. Shamsul Bahrain Bin Haron di jemput untuk memberi ceramah tentang "Sejarah PRS di PSA: Peranan & Sumbangan Ahli". Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kelab ini di PSA.



Selepas itu, LDK 2 di jalankan. Para peserta di beri peluang untuk tampil ke depan.



Pada sebelah malam, Ceramah 3: Asas Dalam Kaunseling 2" di teruskan pula. Inilah giliran saya untuk memberi slot dan di sambung pula oleh rakan saya. Kami memfokuskan kepada asas menyoal dan membuat keputusan. Inilah pengalaman pertama berada di depan kelompok pelajar sambil berkongsi ilmu. Kalau sebelum ini, sebagai pelajar biasalah duk je kat depan untuk presentation tapi malam tu kena plk bagi ceramah kat pelajar-pelajar. (nervous tak tau nk ckp time ni).




LDK 3 pula bermula pada jam 11malam. Setiap kumpulan di agihkan dengan sebatang lilin dan 3batang mancis. Mereka di kehendaki menyanyi 4buah lagu yang dah diberikan oleh urusetia. So, mereka perlulah mencari pemegang-pemegang lagu tersebut. Dalam pada itu mereka perlu memastikan lilin itu tidak padam. Di sinilah semangat berkumpulan di uji.


16 JANUARI 2011


Aktiviti terakhir pada pagi Ahadnya pula adalah Treasure Hunt. Para peserta perlu menutup mata dan sebahgian lagi perlu menutup mulut. Itu merupakan syarat dalam aktiviti ini.



Program ini di akhiri dengan majlis penutup oleh Cr. Shamsul Bahrain Bin Haron. Apa yang pasti program ini memberikan pengalaman baru kepada peserta-peserta kem tersebut.

3 comments:

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. ehehe

farez-FN-KISS said...

wah...jdi penceramah...bgus2..

Affieza said...

en_me: yupp mmg meriah..hihi

playfulkiss: haha..bguslah sgt...biasa2 jer

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile