topbella

11 February 2011

PILIHANRAYA JPP

Baru-baru ini, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah mengadakan Pilihanraya untuk sesi Disember 2010. Ianya diadakan untuk memilih barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baru untuk sesi ini.

Apa yang menariknya, saya dan rakan-rakan Kaunselor Pelatih (KP) di sini di beri tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Penamaan Calon dan Kempen Pengiraan Undi. Pada sebelah pagi, kami bertugas menjaga peti undi dan sebelah malamnya pula kami bertugas sebagai Pengira Undi. Bukan sesuatu yang senang ye...bila menggunakan sistem manual ni.

Kami di agihkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan proses pengiraan tersebut. Seorang akan bertindak sebagai pembaca nama2 calon (boleh tahan kering tekak yang ambil part ni...huhu) manakala selebihnya akan menanda nama yang di sebutkan oleh ketua itu.

Inilah pengalaman pertama bertugas dalam Pilihanraya.Dah ala-ala pilihanraya betul kerana Pilihanraya ini mengikut format SPR.

Terdapat 20 orang yang bertanding untuk calon bagi Kerusi Umum dan 5 orang calon bagi kerusi Jabatan.



Kiri: Tempat menanda undi
Kanan: Peti yang di penuhi dengan undi2



Petugas yang setia ngan peti-peti undi...cool je..hihi



Apapun pengalaman bertugas dalam Pilihanraya ini sesuatu yang baru bagi kami semua. Ianya meninggalkan kenangan indah di Bumi PSA.

2 comments:

en_me said...

ammvoiii.. coolnyerr akak baju ijo tewww.. ehehe

Unknown said...

masa study dulu tak pernah jd ajk utk mengundi.. jd pengundi jer...

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile