topbella

14 March 2011

FAMILY DAY...

Baru-baru ini, Kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah menganjurkan satu aktiviti "Family Day". Ianya melibatkan semua ahli kelab tersebut di samping pegawai-pegawai yang terlibat. Selaku Kaunselor Pelatih di PSA, saya juga mengambil kesempatan untuk sama-sama melibatkan diri dalam program ini.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengenali dengan lebih dekat ahli-ahli kelab di samping boleh mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab ini. Ianya merupakan aktiviti wajib kelab ini bagi memastikan semua ahli berpeluang untuk melibatkan diri sekaligus bersatu sebagai satu keluarga.



Pada awalnya, kami semua di kehendaki melakukan senaman ringan untuk meregangkan otot-otot supaya tidak berlaku sebarang permasalahan ketika berlangsungnya acara-acara yang di pertandingkan. Selepas itu, kami semua minum pagi beramai-ramai sebelum bergerak ke tempat pertandingan. Pelbagai acara menarik telah di sediakan oleh pihak penganjur pada hari tersebut. Jom lah melayan gelagat-gelagat kitaorang yang macam-macam ragam ni ketika hari kejadian...layankan aje....huhuhu



- Acara Mencari Gula-Gula Dalam Tepung -

Acara ni sajalah nak bagi muka yang dah agak-agak gelap tu putih sikit kan??? Bukan senang nak dapat kulit putih semulajadi ni..hehe...Saya memang selalu tak ketinggalan untuk join acara ini jika ada, nak tau kenapa, hmmmm of course lah kita takkan saja-saja nak g tempek tepung gandum kat muka kita kan... bila ada je acara ni barulah tepung tu berpeluang duk kat muka kita, kalau tak orang simpan buat cenkodok pisang ngan cucur udang je...taklah membazir macam ni..haha. Tapi time ni dengan sirap sekali diaorang letak, habislah muka-muka kitaorang ni jadi merah dah rupa conteng lipstik pulak kat pipi..apa yang pasti gula-gula tu sangat best dan manis-manis gitu.



- Acara Belon Air -

Acara ini menguji keseimbangan badan kita untuk menangkap belon-belon tersebut. Kita perlu bijak mengagak arah belon tersebut sambil menyambut belon tersebut dengan cermat. Kalau tak, jawapannya memang mandi air free lah hari tu. Yang melambung juga perlu pandai melambung dengan kadar yang akan boleh di sambut oleh peserta yang menunggu di belakang. Takkanlah orang yang rendah di balingnya dengan balingan yang tinggi, surelah orang belakang tak dapat sambut. Dalam acara ini, bukan semua pun belon selamat mendarat dengan baik, yang pasti pecah di pertengahan jalan yang lagi banyak. Sape yang dapat mandi free tu best kan??? Hahaha...



- Acara Isi Air Dalam Botol -

Acara ini memberi kebebasan kepada ahli kumpulan masing-masing untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan botol-botol tersebut penuh dengan air. Tengoklah pelbagai ragam yang di tampilkan oleh peserta-peserta acara ini, ada yang guna mulut, guna tangan dan paling tak tahan ada pulak yang bermurah hati nak basahkan kasut semata-mata nak bagi botol tu penuh dengan air. Di samping itu, ada yang lagi tak tahan guna stoking, tak tahulah macam mana rupa bau air tersebut kan??? Dengan kaki yang berpeluh-peluh boleh pulak di gunakan jadi sumber nak penuhkan botol tersebut. Inilah di namakan semangat, tak kira apa dah janji botol mau kasi penuh...hehe



- Acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu Sambil Jalan Mengepit Belon Pada Kaki -

Nak kawal bola ping pong jangan bagi jatuh dah satu hal, tapi yang lecehnya nak jalan dengan belon terkepit tu menjadi masalah. Tersekat-sekat jalannya nak boleh habiskan satu round tu. Terkedek-kedek macam budak kecil yang baru nak belajar berjalan...haha



- Ratu Surat Khabar -

Acara ini juga menguji kreativiti kumpulan masing-masing untuk mereka pakaian yang pelbagai jenis menggunakan surat khabar. Dengan masa hanya 15minit, kami di minta mereka sambil menghias ratu tersebut dengan peralatan yang sangat terhad. Mana nak tampal, mana nak potong dan mana nak hias.



- Acara Tarik Tali -

Ianya menguji segala urat sendi di dalam badan kita bilamana tarikan yang kita lakukan meninggalkan kesan lenguh-lenguh pada kaki dan tangan. Esoknya mulalah bangun pagi rasa sengal-sengal kat kaki dan tangan, habis tu yang kauorang punyalah semangat tarik semalam tu tak ingat pulak ekh???



- Acara Mengangkat Botol Menggunakan Batang Chopstik Dan Benang -

Dalam acara ini, dapatlah di lihat kreativiti kumpulan masing-masing mengikat benang pada batang chopstik tersebut. Dan tak kurang juga yang tak sempat nak angkat botol, tapi batang chopstik dah patah.



Sebelum berlangsungnya upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang, kami semua di minta untuk berada di dalam bulatan sambil menyanyikan lagu "Jalinan" sebagai mengakhiri program pada hari tersebut.



Majlis Penutup telah di rasmikan oleh Pegawai Psikologi PSA, Puan Nor Hazaiwati Binti Haji Ahmad Teridi. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya di laksanakan dengan jayanya. Thumbs up untuk adik2 pelajar sem 1 yang di beri kepercayaan untuk melaksanakan program ini.


psssttt:- teringat pulak last semester punya FAMILY DAY COUNSELING bersama kawan-kawanku di USIM

4 comments:

Unknown said...

huhuuu.. x tahan tgk acara bawa bola pingpong dgn sudu sambil kepit bola.. apsal tak tunjuk gambor penuh... ekekkekek...


jemput singgah ke kakyong.com

CIK TOM said...

meriahnya family day kat psas...plg seronok tgk cr gula2 dlm tepung..semua muka putih xyah pakai bedak...heheehhe

Affieza said...

@K.Yong: xboleh r...takut diaaorg malu plk coz lucu bangat...hehe

@Cik Tom: tu r dpt bedak free je kn???hehe

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. ehehe

My Photo
Affieza
A daughter, a sister & a degree holder in Bachelor of Counseling (Hons.)..above all, a Muslim.. :)
View my complete profile