Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
Muzium Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.
Keluasan keseluruhan kawasan Muzium ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
Lokasi pembangunan Muzium ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun B.P. dan merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak Muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah Daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.

Muzium ini mempamerkan semua artifak dan maklumat dari ekskavasi Arkeologi Pra Sejarah yang ditemui khususnya tumpuan kepada sekitar Lembah Lenggong dalam bentuk medium yang menarik dan berinformatif. Pameran di galeri utama Muzium ini dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:-
- Pengenalan
- Arkeologi
- Teknologi
- Paleolitik
- Gua Gunung Runtuh (Perak Man)
- Gua Teluk Kelawar
- Gua Harimau
- Lukisan Gua
- Orang Asli
- Tapak Sezaman Lenggong
Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah:-
- Alat-alat batu zaman Paleolitik di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan Lawin
- Alat-alat batu bifas dan unifas yang ditemui di Gua Teluk Kelawar, Gua Ngaum, Gua Gunung Runtuh dan lain-lain tapak di Lembah Lenggong
- Rangka 'Perak Man' yang berusia 10,000 - 11,000 tahun ditemui di Gua Gunung Runtuh
- Peralatan yang digunakan untuk Penyelidikan Arkeologi
- Koleksi barangan masyarakat orang Asli dan perkaitannya dengan kehidupan manusia pra-sejarah
- Lukisan di Gua-gua dan kajian terhadap tapak arkeologi sezaman dengan Lenggong
- Alat-alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti Tembikar, Alat Batu, Perhiasan diri, Acuan dan Kapak Gangsa
Pameran tetap terletak di:
a. Balai Galeri Arkeologi Lenggong.
b. Galeri Kota Tampan.
Pameran sementara pula merupakan penemuan terbaru Arkeologi dari masa ke semasa.
Sumber : Muzium Arkeologi Lenggong
4 comments:
meriahnyerr uoolsss.. ehehe
seronoknya... terkenang zaman2 bujang akak dulu!
boipren ikut juga ke? ekekek!
sukanya jln2 ikut rombongan mesti meriah..
en_me: of course meriah selalu
K.fa10: xmain lah boipren2 ni..huhu
K.Mizah: ha'ah sgt suka jln2 ni..hehe
Post a Comment